CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pensyarah Rugi Lebih Setengah Juta Angkara 'Scammer'

14-8-2023 10:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7496| Komen: 19

Tanjung Malim: Perubahan sikap yang kerap memegang telefon bimbit, membongkar kisah seorang pensyarah wanita apabila kerugian lebih setengah juta akibat menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam.


Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, wanita berusia 38 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri dari syarikat penghantaran barang pada 3 Ogos lalu.


Katanya, suspek mendakwa mangsa mempunyai dua bungkusan yang mengandungi lima keping kad pengenalan, lima keping pasport dan lima keping kad mesin juruwang automatik (ATM) atas nama orang lain.

“Panggilan telefon kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bukit Aman, suspek yang menyamar polis memaklumkan mangsa terlibat dalam sindiket penggubahan wang haram dan pemerdagangan manusia.

“Malah, mangsa juga diberitahu terdapat notis waran tangkap atas namanya sebelum diarahkan membuat pindahan wang bagi tujuan semakan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak 3 hingga 12 Ogos lalu, mangsa telah melakukan 25 kali transaksi ke dalam 16 akaun pemilik berbeza dengan jumlah keseluruhan RM537,659.89.

Katanya, mangsa hanya mengetahui dirinya telah diperdaya setelah ditegur suami atas perubahan sikapnya yang kerap memegang telefon bimbit.

“Suami mangsa mengesan sesuatu yang tidak kena setelah wanita itu cuba meminjam wangnya untuk membuat bayaran kepada individu tertentu.

“Mangsa telah membuat laporan polis kelmarin dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue_blur 14-8-2023 10:22 PM
takda ka interview mangsa2 ni, apa yang buat scammer cakap tu dorang percaya? logik ke kalau tak pernah buat hal2 yang dia cakap tu, nak rasa takut?

takkan lah scammer ni boleh target orang2 yang pernah buat hal macam tu, lagi mustahil...... tak faham tak faham....
Quote immi 14-8-2023 10:27 PM
Tu la peliknya boleh dekat setengah juta tu kena tipu. Tapi kwn aku penah kena, dia kata dengar je suara org yg cal tu bercakap psl dia ada hutang dgn lhdn dia terus ketakutan & percaya terus transfer online rm5k. Padahal dia tahu dia xde pendapatan yg boleh kena tax pon
Quote Firenzza 14-8-2023 11:11 PM
Adakah org yg kna scam ni jenis lurus bendul?
Quote Carcosa 15-8-2023 12:26 AM
Taknak ckp ada unsur2 mistik kah??
Kan selalu gitu. Sendiri dungu, tapi selalu salahkan bomoh. Kena pukau lah, kena mandrem lah.
Tapi sendiri bongok taknak mengaku
Quote green~tea 15-8-2023 06:22 AM
Kenapa lah senang sgt diperbodoh kan...

Its ir hard earned money kot..
Quote Minami2013 15-8-2023 08:17 AM
blue_blur replied at 14-8-2023 02:22 PM
takda ka interview mangsa2 ni, apa yang buat scammer cakap tu dorang percaya? logik ke kalau tak per ...

Kalau ikut polis punca utama adalah panik. Bila panik mangsa tu dah tak fikir ape dah sebab takut. Walaupun teori i ada jugak unsur pukau. Tapi agaknya bila panik org mmg macam kena pukau. Berhari hari masih tak sedar.
Quote damieniman88 15-8-2023 08:31 AM
yg level jusa pun kena ade scam ni. berpuluh ribu juga abis.. sbb scammer ni xtau camne dia leh link telefon dgn balai polis n lhdn dan no yg diberikan tu semua no telefon betul. cumanya dia pakai sambung2 tu. org yg jawap tu scamer bukan polis/lhdn
Quote primarikey 15-8-2023 08:38 AM
Aku pernah kena mcm ni
Kononnya org dr pjbt pos..dia ckp ada parcel atas nama aku...dlm tu ada kad pengenalan aku...aku layankan je...sah2 ler kad pengenalan aku ada kat tgn aku sendiri...dia punya nk buat cam real..jap dia sambungkan kt staf pjbt pos kL...pastu sambung lak kt balai polis mane ntah...yg pasti katanya parcel aku tu sangkut kt pahang...dorg semua memg pandai berlakon...bila dh malas nk layan aku ckp je aku bkn org yg dia cari tu..dia salah nombor..kahkahkah...terus mamat tu letak phone...sblm tu sempat lg dia ckp aku bodoh...siot jek
Quote jeeja07 15-8-2023 08:40 AM
blue_blur replied at 14-8-2023 10:22 PM
takda ka interview mangsa2 ni, apa yang buat scammer cakap tu dorang percaya? logik ke kalau tak per ...

Saja nak share. Baru2 ni dapat call, nombor mobile bukan fixed line. Dia kenalkan diri dia dari Etiqa Takaful dan bacakan nama kita sekali dgn nombor IC. Dia cakap dia nak bagitau pasal my claim utk rawatan di KPJ berjumlah RM86K yang mencurigakan. Sebab tak pernah ambil insurance Etiqa, jawab je la saya tak pernah ambil dan tak pernah buat claim. Dia tanya balik konon2 mcm terkejut, kalau bukan Puan siapa yang guna nama Puan buat claim. I jawab balik, takpe, saya ada kawan di Etiqa HQ. Nanti I suruh dia check. Dia counter balik dengan suara serious, ni dah jadi kes polis dan dibawa ke court, kawan Puan check dlm system Etiqa mmg tak wujud. I tanya balik, eh u kan call dari Etiqa, kenapa u boleh nampak tapi kalau kawan I check tak ada. Kalau dah jadi kes polis, patut yang call polis. Time ni baru dia ckp, saya nak sambungkan Puan ke talian polis, IO yang handle kes Puan. Nak gelak dah masa ni. Suara dia pun macam nak marah2. Agaknya dah tau umpan tak makan. I said, boleh bagi nombor IO tu biar I deal terus. Dia insisted utk terus sambung tak perlu buang masa nak call lain masa. I said sorry ye.. perut sakit nak gi toilet. Terus hang up. Betul, kalau kita tak buat salah, tak perlu takut.

Quote dua_chzy 15-8-2023 08:50 AM
Jadi manusia ni kena sikit2 licik juga, jangan bendul all the time.

Dah berapa banyak kali scammers approach aku, semua aku berjaya cam dan block dengan jayanya. Mungkin itulah kelebihan berforum. Korang tengok rakyat yang idok berforom di luar sana memang ala2 bimbo kan.
Quote KamikuP 15-8-2023 09:06 AM
Adakah mangsa kene pukau atau mmg lurus bendul & tak cakna isu semasa?
Quote ifanonline 15-8-2023 09:07 AM
memang cilaka punya scammer...boleh tak org awam just hunt this bastards down?
Quote blue_blur 15-8-2023 07:12 PM
jeeja07 replied at 15-8-2023 08:40 AM
Saja nak share. Baru2 ni dapat call, nombor mobile bukan fixed line. Dia kenalkan diri dia dari Et ...

takda makna etiqa nak call, sebarang urusan mesti ikut surat. kalau call pun sebab nak cross selling. ya, mesti jangan panik, baru kita boleh pusing balik apa dia cakap... jadahnya polis nak layan thru call, apa2 urusan terus ke balai...

tah mana dapat info peribadi tu kan....sebab tu kena ada 2nd number untuk urusan2 umum macam ni, personal number hanya untuk family dan rapat2 sahaja.
Quote blue_blur 15-8-2023 07:15 PM
Minami2013 replied at 15-8-2023 08:17 AM
Kalau ikut polis punca utama adalah panik. Bila panik mangsa tu dah tak fikir ape dah sebab takut. ...

tapi kes ni dah meluas.. semua biasa dengar scam.. takut apa nya.. macam dalam kes ni, laki dia ada, jadahnya dia tak refer ke laki dia? sebab bukan 1shot transfer, berkali2.... dah pulak kita nak tuduh, duit panas cepat datang cepat hilang.... duit tak berkat tak lekat lama... bla bla bla...



Quote nw111 15-8-2023 08:25 PM
I selalu rasa org2 yg kena scam ni mmg ada buat benda2 pelik....kalau xde buat benda pelik x perlu nk gelabah bila kena ugut mcm2..
Pastu byk kes kerja biasa2 je tapi duit ada berjuta2...
Quote plywood 15-8-2023 08:37 PM
hukuman kepada scammer ni perlu diwar-warkan oleh kerajaan secara berterusan, setiah hari keluar berita sebab nampaknya amaran kepada bakal mangsa masih tak cukup....
Quote Minami2013 15-8-2023 08:43 PM
blue_blur replied at 15-8-2023 11:15 AM
tapi kes ni dah meluas.. semua biasa dengar scam.. takut apa nya.. macam dalam kes ni, laki dia ad ...

Sebab tu la teori i mangsa kena pukau. Mcm tk logik kan tk aware psl scam ni. Tp polis tetap kata bkn pukau.. tp sbb panik.
Quote addamnor 16-8-2023 12:00 AM
Mesti cikki betina kesurupan kan yang kerap jadi mangsa.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.050464 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top