CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nabila Huda Mengaku Hidup Lebih Senang Tanpa Kekasih

3-7-2013 05:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22995| Komen: 92



KUALA LUMPUR: Pelakon Nabila Huda mengakui lebih gembira menjalani kehidupan secara bersendiri berbanding jika mempunyai kekasih.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 29, berkata dia lebih selesa menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki atas dasar persahabatan daripada melibatkan hati dan perasaan.

“Saya tidak mahu apa-apa daripada cinta lelaki, buat masa ini saya hanya mahu mencintai diri saya, anak dan kerjaya sahaja.

“Bagi saya lebih baik berkawan daripada menjalani hubungan cinta kerana saya percaya cinta hanya akan merosakkan persahabatan,” katanya ketika ditemui pada tayangan akhir drama Teduhan Kasih, di Rasta, Taman Tun Dr Ismail di sini, malam Selasa.

Nabila berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungan cintanya yang baharu sahaja putus dengan pelakon Nas T atau nama sebenar Muammar Zar Nasruddin awal bulan lalu.

Tambah Nabila, dia lebih bahagia menjalani hubungan sebagai teman baik berbanding menjadi kekasih kepada pelakon lelaki tersebut.

“Saya dan Nas T berkawan sejak kecil dan saya sangat senang menjalani kehidupan sebagai kawan berbanding kekasihnya.

“Bila beberapa bulan ini kami jadi kekasih rasa sangat pelik dan saya tidak boleh berkelakuan ‘gila-gila’ seperti waktu kami berkawan.

“Pada saya, hubungan sebagai kawan lebih menggembirakan, saya rindu saat-saat itu dan oleh itu juga kami mengambil keputusan untuk kembali menjadi kawan semula,” katanya.


Sementara itu, Nabila yang sering dihimpit pelbagai kontroversi mengakui kejayaan drama-drama lakonannya sedikit sebanyak menutup kisah peribadi yang sering dikatakan bermasalah.

“Alhamdulillah saya sudah buktikan kepada masyarakat bahawa saya berada dalam industri ini bukan kerana hanya dikenali dengan masalah peribadi sahaja.
“Saya buktikan pada mereka dan keluarga saya bahawa saya benar-benar ada bakat dan untuk sampai ke tahap ini bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang reaksi bapanya penyanyi terkenal Amy (Search) terhadap kontroversi yang sering melandanya, Nabila berkata mereka sering berbincang tentang perkara tertentu apabila bertemu.

“Setiap bulan kami sekeluarga ada perjumpaan dan di situlah kami berbincang tentang banyak perkara tapi kebiasaannya papa tidak banyak tahu tentang saya.

“Saya lebih suka simpan sahaja sendiri apa-apa masalah atau apa juga yang saya lalui kecuali ia betul- betul perlu dikongsi,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vokuro 3-7-2013 04:05 PM
minah ini antara pelakon wajah melayu sejati yg cantek.
Quote kakikuDibibirmu 3-7-2013 04:07 PM
gue sokong beliyau
Quote izamahmed 3-7-2013 04:08 PM
dia tak dapat Enche Ehsan
Quote shiro82 3-7-2013 04:09 PM
nabila mmg cun......
Quote Tuleins 3-7-2013 04:10 PM
suka dgn lakonannya....sgt berbakat
Quote pakwetizzaqyah 3-7-2013 04:14 PM
nabila huda nak yg mcm abg ehsan je...
Quote faizalaka 3-7-2013 04:15 PM
Nabila Huda Bbila berlakon watak apa pun tetap menjadi..
Quote go_kart 3-7-2013 04:23 PM
lakonan sheol superbb
Quote cahaya_almas 3-7-2013 04:29 PM
Pulak....berdua lebih baik ler....msti sbb frust ni.....apa2 pun lakonan u mmg mantap....terbaik.....
Quote cikatilia 3-7-2013 04:37 PM
iyo la tu
sapo yang sampai masuk ward nangis bertimba2 sampai bengkak mata..




Quote azie.dz 3-7-2013 04:40 PM
aik...konpem dah single ke neh
Quote ainie_1008 3-7-2013 04:44 PM
serius aku minat lakonan si Nabila nie.. bglah watak apa pon menjadi je..
Klu bg watak baik org blh menangis, klu bg watak jahat org blh marah..
tue tndanya lakonan kita betul2 terkesan kat diri penonton..

Quote maxim 3-7-2013 04:45 PM

Quote hazmireen 3-7-2013 04:47 PM
maxim posted on 3-7-2013 04:45 PM

hahahahaahaaa kelakar ok, tersembur air dari mulut sbb tgh minum...
Quote fadzyjemi 3-7-2013 04:54 PM
lorr.. da putus ker?? baru je ingat raya ni nk jumpa dia dgn nas t kt bukit tunku..(umah nenek nas t)
Quote hasniey 3-7-2013 05:37 PM
laaa...aritu nas-t kate x putus pon cume merajok je
padahal si nabila ni dah bengkak2 mate nanges kt sepital
hurm...ok la tu..tumpu la kt anak pasni
xyah laa asek pi holiday oversea ngn bf pastu tinggal anak kt umah..sian anak tu
Quote skymania 3-7-2013 05:44 PM
pd aku..nabila neh yg bermasalah..die tak nak komitment kot.. nak enjoy jeh.. tp apa pon...bab lakonan..mmg takleh nak keji..segalanyer hebat!
Quote munchkin 3-7-2013 05:49 PM
suka tengok nabila berlakon
Quote fazila17 3-7-2013 05:52 PM
Patutnya sejak Dari beranak lagi anak tu yang patut Jadi priority

Bukannya jantan2 dan clubbing holiday tu semua

Ni dah frust menonggeng baru Nak ingat anak

Esok2 dah dapat jantan baru, ulang balik perangai lama kot


Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.121700 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top