CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penerbangan MH122 Patah Balik Ke Sydney, Seorang Penumpang Lelaki Buat Kacau Dalam Pesawat Ditahan

14-8-2023 08:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8897| Komen: 27

Kuala Lumpur: Polis Persekutuan Australia (AFP) menahan seorang penumpang yang didakwa mencetuskan 'gangguan' di dalam pesawat Malaysia Airlines MH122 ketika dalam penerbangan.

AFP dalam satu kenyataan disiarkan dalam laman sesawangnya berkata, penumpang lelaki berumur 45 tahun itu ditahan tanpa sebarang insiden, dan dijangka didakwa lewat malam ini.


KEADAAN di dalam pesawat MH122. FOTO CHZAIB via The Sydney Morning Herald

"Penumpang itu telah dipindahkan dari pesawat. Tiada ancaman besar kepada orang ramai," menurut kenyataan berkenaan.

Sambil menjelaskan pihaknya tidak akan mendedahkan butiran operasi, AFP berkata, pelan tindak balas kecemasan telah dilaksanakan dan lelaki itu dipindahkan sebaik saja langkah berkenaan dianggap selamat untuk penumpang lain serta anak kapal.

Terdahulu, Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan, pesawat MH122 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney menuju ke Kuala Lumpur, terpaksa berpatah balik pada pertengahan penerbangan kerana ada penumpang yang mencetuskan 'gangguan'.


"Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk kembali ke Sydney. Penerbangan yang membawa 194 penumpang dan lima anak kapal itu mendarat dengan selamat pada jam 3.47 petang waktu tempatan," menurut kenyataan itu.

Satu klip video dipaparkan dalam aplikasi X oleh seorang individu yang mendakwa berada dalam penerbangan itu, menunjukkan beberapa anak kapal cuba mententeramkan seorang lelaki selepas dia dilihat mula menjerit ke arah penumpang lain. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 14-8-2023 08:21 PM
Ban aje dia seumur hidup.

Quote noell 14-8-2023 08:22 PM
aplikasi X mcm pornsite plak
Quote MarryPottet 14-8-2023 09:26 PM

Alhamdulillah takde insiden yg tak diingini
Pakcik tu Imam mahadi kah?
Tapi
Quote uda 14-8-2023 09:46 PM
MarryPottet replied at 14-8-2023 09:26 PM
Alhamdulillah takde insiden yg tak diingini
Pakcik tu Imam mahadi kah?
Tapi

orang muslim ke
Quote pisanggoreng 14-8-2023 10:09 PM




Quote lasagnaklcc 14-8-2023 10:23 PM
Mcm kepala tingtong je.
Quote kawaiichicken 14-8-2023 10:47 PM
Sebab solat kat jalan tu kan? tapi kenapa tak solat duduk je?
Quote hareeeesah 14-8-2023 10:47 PM
Dia dok kata dia muhammad.. dia dr mana nk kemana?
Quote LoveSungmin 14-8-2023 11:29 PM
[tiktok]7267117519192804626[/tiktok]
Quote faint_heart 15-8-2023 12:08 AM
Makin buruk nama islam
Quote clueless_gamer 15-8-2023 03:47 AM
konon dia nak solat, tapi tak nak solat duduk, nak jugak berdiri mcm solat dalam surau..

pakcik.. flight pg mekah pun kena solat duduk tak boleh berdiri sbb kita dlm flight

https://www.reddit.com/r/malaysia/comments/15qqno9/video_of_the_disruptive_passenger_on_board_mh122/?rdt=36668


https://twitter.com/MacroCrude/status/1691007027873828864

yg aku heran, paper kt msia dah mula tulis berita mcm nak "bayangkan" yg org tu nak letopkan bom lah, dah tawan semua org penumpanglah.. jenis suka buat fitnah nak kasi paper laku

ni ada kapten kapal bg tutorial cara solat duduk dlm flight - https://www.youtube.com/watch?v=b2We6GiPy80&ab_channel=HafizFirdausBinAbdullah

Cara nak berwudhu - https://www.youtube.com/watch?v=3aDfCZ-gKRE&ab_channel=HafizFirdausBinAbdullah
Quote FOTHER-MUCKER 15-8-2023 04:11 AM
Macam macam lah dia orang ni, sembahyand di atas pembahgi jalan di tengah kota London yang sangat bz pun ada.
Quote sambaldurian 15-8-2023 07:39 AM
Mcm pnh terbaca MAS ada ruang solat privasi. Cukup utk sorg. Ada org mmg qada' kn balik. Yela nk sembahyang duduk sebelah non muslim / bukan muhrim pun mcm x selesa jgk.
Quote Tinot7 15-8-2023 07:51 AM
Glamer lagi la MH
Quote Themilo 15-8-2023 07:58 AM
yang peliknya, benda-benda ni jadi kat flight MH jaa.. cuba kau buat kat flight Emirates ke, Qantas ke, SIA ke.. kesian la kat MH..
Quote Samerosie 15-8-2023 08:02 AM
Bangsa ni mmg suka buat hal pastu masuk mesia ajar ideologi derang yg melayu pun ikut sebab rasa terpaling berugama.  Anyway, tengok gambar atas tu geng2 lelaki dlm plane standby je nak pounce on him kalau dia start buat hal.  
Quote pokokmeranti 15-8-2023 08:03 AM
klu di Indonesia...mereka solat tgh jalan yg sesak...apa jadah dipikirkan
Quote prettyuglybabe 15-8-2023 11:55 AM
bangsa keras kepala gitu la...
Quote matamata 15-8-2023 11:59 AM
Byk je jadi kes mcm ni...bukan terhad pada Muslim saja...ramai jugak yg isim bila naik flight ni

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.087288 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top