CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arwah Ayah Sokong Minat Politik, Anak Harun Salim Bachik Kini Wakil Dun Batu Tiga Selepas Tewaskan Rina Harun

14-8-2023 04:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2952| Komen: 14

Kuala Lumpur: Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid adalah antara muka baru dalam Pakatan Harapan (PH) yang menewaskan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dari Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 3,382 undi.


Danial, 37, juga adalah anak kedua pelakon Harun Salim Bachik hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama, Martina Ahmad, 61, itu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Tiga, Shah Alam pada Pilihan Raya Negeri (PRN), kelmarin.

Danial ketika bersama bapanya.

Danial ketika dihubungi berkata, dia bersyukur pembabitan dalam politik mendapat restu ibu bapanya dan sokongan padu daripada keluarga.

"Saya minat politik sejak di universiti. Arwah ayah memang tahu dan memberi sokongan penuh. Dia tak pernah halang saya nak sertai politik.

"Saya sudah minat dan aktif politik sejak masih belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) lagi dan arwah ayah tahu mengenainya. Tapi, dia tak pernah halang saya termasuk selepas habis belajar pun saya pernah juga menyertai PAS.


"Arwah tetap tahu kegiatan politik saya. Cuma ketika dia jadi Presiden Persatuan Seniman pada 2009, barulah kami banyak bersembang hal-hal organisasi dan politik kerana arwah pun ketika itu nampak seronok.

"Saya juga banyak bagi 'advice' (nasihat) dan dia pun berkongsi pandangannya. Termasuklah, ketika saya sertai Perhimpunan Bersih, arwah tahu dan hanya berpesan kepada saya agar hati-hati. Dia sama sekali tidak pernah halang," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai bebanannya sebagai anak selebriti yang menjadi calon bertanding pilihan raya dan menang, Danial berkata, dia melihat bebanan digalasnya itu menjurus kepada menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga.


"Bebanannya bukanlah pada soal tanggungjawab digalas sebagai wakil rakyat baharu, tetapi saya melihat ia adalah pesanan pada diri saya untuk menjaga nama baik keluarga. Taklah teruk dan berat sangat pun.

"Lagipun, saya dan kawasan Shah Alam bukan asing. Saya membesar di Shah Alam bersama emak dan tiga lagi adik-beradik. Manakala, arwah ayah dan keluarga keduanya di Kuala Lumpur. Jadi, saya pun bukanlah naik pada masa ini atas nama politik dan juga nama arwah ayah.

"Tidaklah berat sangat bebanan itu, tapi pada masa sama tak ringan juga sebab kena jaga nama baik keluarga. Termasuk, apa yang pernah arwah ayah cemerlang dulu, katakanlah dalam kepimpinan Seniman dia baik, maknanya saya pun kena buat sebaik macam mana arwah ayah juga," katanya.

Danial yang memiliki Ijazah Pengurusan Matematik mempunyai enam beradik, empat daripada ibu kandungnya dan dua lagi daripada ibu tiri, Suriati Mohd Noor.

Harun meninggal dunia pada 8 Mac 2015 ketika berusia 56 tahun akibat sesak nafas kerana penyakit asma di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Perak.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 14-8-2023 07:34 PM
Rina harun tu x payah bertanding lah. Aku pon x gemor dia. Macam x buat keje
Quote krustykrab 14-8-2023 07:50 PM
Antifake replied at 14-8-2023 07:34 PM
Rina harun tu x payah bertanding lah. Aku pon x gemor dia. Macam x buat keje

Kan....gila dok mencantikkn diri, ambik gambo sana sini.
Bodoh PN dok calonkn dia, tu yg kalah.
Quote drivethru 14-8-2023 07:55 PM
Rina ni bernasib baik jugak. Sebelum kerjaya politik dia merundum, dia dapat gelaran datuk seri. At least boleh anak2 nanti boleh bangga jadi anak datuk seri yg tak berseri langsung. Itu pun kalau ada jodoh.
Quote kakikuDibibirmu 14-8-2023 08:11 PM
Rina Harun Salim Bachik tersenyum sinis
Quote noor2 14-8-2023 08:12 PM
Eh..bila masa meninggalnya bapak dia...
Quote noell 14-8-2023 08:19 PM
noor2 replied at 14-8-2023 08:12 PM
Eh..bila masa meninggalnya bapak dia...

astagaaa hg noor lama dh bapak dia meninggal dunia mcm keturuna meninggal awal depa neh samalah mcm tok dia dulu meninggal muda jgk
Quote AbukRokok 14-8-2023 08:31 PM
anak harun btul
-sejenis makian melayu-
Quote Supersirap 14-8-2023 09:30 PM
Tahniah diucapkan
Quote mojarean_X 14-8-2023 09:44 PM
Mak dia ngan bapa dia dh berpisah ke?
Quote noor2 15-8-2023 05:42 AM
noell replied at 14-8-2023 08:19 PM
astagaaa hg noor lama dh bapak dia meninggal dunia mcm keturuna meninggal awal depa neh samalah ...

Bilanya noell..
Aku lupa kut...maklumla dah tua
Quote raxief 15-8-2023 06:24 AM
noor2 replied at 15-8-2023 05:42 AM
Bilanya noell..
Aku lupa kut...maklumla dah tua

dah 10 tahun kot rasanya.. yg aku ingat dia jatuh kat rnr
Quote noor2 15-8-2023 07:27 AM
raxief replied at 15-8-2023 06:24 AM
dah 10 tahun kot rasanya.. yg aku ingat dia jatuh kat rnr

Oh..kisahnya..lamanya..jatuh terus maut?
Quote pokokmeranti 15-8-2023 07:29 AM
noor2 replied at 15-8-2023 07:27 AM
Oh..kisahnya..lamanya..jatuh terus maut?

"Harun meninggal dunia pada 8 Mac 2015 ketika berusia 56 tahun akibat sesak nafas kerana penyakit asma di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Perak." klu U baca habis mesti tahu dah cite dalam artikel tu...
Quote noor2 15-8-2023 07:30 AM
pokokmeranti replied at 15-8-2023 07:29 AM
"Harun meninggal dunia pada 8 Mac 2015 ketika berusia 56 tahun akibat sesak nafas kerana penyakit  ...

Ok tq info cik pokok...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.170754 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top