CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meletup Selepas Keluar 24,000 Saman Sebulan

14-8-2023 04:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1577| Komen: 3

Venice: Kamera perangkap had laju di utara Itali yang dipercayai mengeluarkan saman berjumlah 1 juta euro (RM5.044 juta) dalam tempoh sebulan, meletup secara tiba-tiba.

Kewujudan kamera itu menyebabkan pengguna jalan di bandar Cadoneghe, Wilayah Padua berang, selepas tertangkap melanggar had laju 50 kilometer sejam (kph).


KAMERA perangkap had laju yang dipasang di bandar Cadoneghe, utara Itali sebelum didakwa diletupkan pengguna jalan raya. FOTO Agensi.

Bagaimanapun, pemasangannya dibuat susulan permintaan penduduk yang tinggai di tepi jalan kerana mendakwa ramai pemandu yang kerap melanggar had laju.

Dikatakan selepas sebulan menyaman 24,000 pesalah, polis berdepan protes pengguna jalan yang mendesak kamera itu diturunkan.

Alat itu beroperasi pada 26 Jun dan Majlis Perbandaran Cadoneghe dilapor mengaut keuntungan sejak itu, sehinggalah penduduk mendakwa mendengar bunyi letupan minggu lalu.


Datuk Bandar Cadoneghe, Marco Schiesaro mengecam tindakan merosakkan harta benda awam dan menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Ini adalah tindakan yang memalukan. Mereka takkan terlepas daripada kawalan walau satu milimeter. Kamera had laju ini akan diganti dan kami akan meneruskan (penguatkuasaan).

"Saya berharap rakaman pengawasan dapat mengesan identiti pengebom. Saya mempunyai keyakinan penuh pada polis dan harap pelaku itu akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya.

Polis dilapor menemui serbuk letupan pada sisa kamera yang rosak teruk, menurut media tempatan.

Sementara itu, Ketua Agensi Perlindungan Pengguna, Giannantonio Sottile berkongsi kes dikendali membabitkan pemandu lelaki warga emas dikenali Giovanni, yang menerima 38 saman had laju ketika memandu untuk janji temu kesihatan.

"Kita bercakap mengenai sejumlah saman 110,000 euro (RM555,045.74) yang perlu dijelaskannya dan penolakan merit lesen memandu. Kami akan melindungi keluarga ini dan mengemukakan rayuan secepat mungkin," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 14-8-2023 06:28 PM
Caprutnya perangai.

Quote insulin 14-8-2023 06:35 PM
Bonggol tinggi setiap 500 meter lebih berkesan.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.032316 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top