CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Malaysia Bangga Dapat Kahwin Lelaki Bangladesh- Dapat Layanan VIP Oleh Keluarga Suami, Tak Seteruk Dan Selekeh Disangka

14-8-2023 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11945| Komen: 140

Kisah cinta seorang wanita Malaysia dan jejaka Bangladesh meraih perhatian ramai di media sosial.

Nur Nadhirah Roslee 26, dan pasangannya Mohammad Samim Hossain, 25, dilihat sepadan dan bahagia sewaktu mereka dinikahkan di Joypurhat, Bangladesh, 29 Mei lalu.


Kisah mereka menjadi bualan ramai selepas ia dikongsi menerusi aplikasi TikTok pada Sabtu.

Foto: mStar

Wanita yang senang disapa Nad itu mendedahkan dia berkenalan dengan suaminya ketika mereka bekerja di sebuah kilang sekitar tahun 2018.

"Kami kenal kat kilang Top Glove Klang. Saya supervisor staff. Dia supervisor worker. Jadi kami kenal pada waktu itu.

"Skop kerja kami kena jaga kebajikan pekerja. Jadi saya banyak berjumpa dengannya. Dia dah lima tahun datang Malaysia.

"Tiba-tiba jadi rapat sebab dia mula ajak keluar. Dulu dekat kilang saya tak ramai kawan dengan staf. Saya kawan dengan pekerja Bangladesh dan Nepal je waktu tu," katanya kepada mStar.


Foto: mStar

Menurut Nad, persahabatannya dengan jejaka itu bertukar serius apabila hubungan mereka dihidu oleh kakaknya yang turut bekerja di kilang sama.

Cerita Nad, dia pada awalnya menerima tentangan daripada ibu, namun lama-kelamaan keluarga mula menerima hubungan tersebut dengan hati terbuka.

"Makin lama, dia nak jumpa keluarga sebab dah kantoi dengan kakak. Kakak kerja sekali kat Top Glove masa tu. Jadi, dia boleh cam adik dia bercinta dengan orang Bangladesh.

"Awal tu mak tak okay, biasa la mindset orang kita ni. Tapi ayah okay je dengan orang mana pun. Bila nak kahwin ni, terbalik pula. Mak banyak tolong. Ayah pula tak okay sebab nak kena pergi nikah di sana.

"Sebab plan asal tu memang nak nikah kat Malaysia. Akhirnya kami nikah di kampung belah lelaki. Majlis di Malaysia batal. Sepatutnya buat hujung bulan ni. Tapi dia kena balik sana enam bulan untuk cooling period.

Foto: mStar

"Majlis di sana semua okay dan lagi meriah berbanding Malaysia. Yang ikut sekali hari tu pergi sana adalah mak ayah dan adik," ujar Nad yang berasal dan menetap di Perlis.

Dalam pada itu, Nad berkata dia turut menerima pelbagai reaksi netizen sejurus video pernikahan mereka meraih lebih sejuta tontonan di TikTok.

"Saya pun tak pernah jangka sebab dulu mindset saya sama macam orang lain juga. Nampak orang Bangladesh ni lekeh. Banyak (netizen) support, tapi ada juga yang komen negatif, komen kata suami bau bawang la, tak mahu kat orang Melayu la.

"Ada yang saya buat tak tahu. Kalau yang over tu saya terasa juga. Nasihat saya, kita ni sama saja tak kira bangsa. Kahwin sama Melayu pun boleh bercerai dan ada yang kena pukul. Tak semestinya kahwin dengan warga asing akan bercerai juga.

"Saya pergi sana dapat layanan tersangat baik, tapi bila orang mereka datang Malaysia, ada yang layan teruk. Jadi dengan video saya post, saya harap dapat buka mata orang kita yang orang Bangladesh ni tak seteruk macam yang kita sangka," ujarnya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote isseliparjepun 14-8-2023 04:10 PM
Teringat lecturer I dulu asal Bangladesh. Memang tak dinafikan, ramai yang pandang lekeh pada warga Bangladesh ni, termasuklah coursemate weols tu. Lepas tu lecturer tu marah marah, baru la weol take him seriously dan insaf.
Quote shernazz 14-8-2023 04:18 PM
Lecturer micro iols.dolu Bangla
Satu hape.dia.cakap.iols.tak.paham
Haiya...hahahaha
Belajo.sundiri je lah.

Quote sufi^_^ 14-8-2023 04:32 PM
Orang kita kalau omputeh kokesen baru nak pandang tinggi, walaupun stok2 hippies gelandangan backpackers busuk tak mandi. Cuba adik ni kawen omputeh, mesti ramai pooja pooji kan.

Pemikiran terjajah susah nak ubah.
Quote sufi^_^ 14-8-2023 04:34 PM
Entah2 lagi bertanggungjawab dari spesies biawak pemalas kerja dah tu lepak warung sembang juta2.
Quote BoongaKertas 14-8-2023 04:35 PM
maybe family husband sheols sejenis elok kot kan. tp bg meols, bangla ok lg rasanya. jgn bangsa yg dibuang lg 1 tu dah ler, seram dok ketuk tingkap kete org.
Quote nw111 14-8-2023 04:41 PM
isseliparjepun replied at 14-8-2023 04:10 PM
Teringat lecturer I dulu asal Bangladesh. Memang tak dinafikan, ramai yang pandang lekeh pada warga  ...

Ada sorg politician pangkat dato yg jadi calon prn baru ni kawin dgn anak lecturer uia org Bangladesh...anak lecturer you agaknya..
Quote Jitu 14-8-2023 04:46 PM
semoga bahagia lah
org sana layan pompuan bkn mcm org kita

pernah ada sorang bangla ni kerja cleaner kena marah dgn sorang hakak ni
pastu aku sembang2 dgn dia
kata dia klu kat tmpt dia org pompuan tinggi2 suara mcm ni mmg kena pukul dah
Quote supernaturalee 14-8-2023 04:47 PM
gmbr kawen dgn gmbr dgn family lakinya asal lain benor


mana @Skuau
topik fav ni
Quote CiliPadiSedap 14-8-2023 04:49 PM
shernazz replied at 14-8-2023 04:18 PM
Lecturer micro iols.dolu Bangla
Satu hape.dia.cakap.iols.tak.paham
Haiya...hahahaha

jgn lupa bawa perfume
Quote CiliPadiSedap 14-8-2023 04:50 PM
kaka ada kawan bangla nama dia friskatits
Quote stroberi_80 14-8-2023 04:51 PM
Kok ya pun, pendekkan la sikit lengan baju melayu hitan si Samim tu. Nampak panjang melebihi jari
Quote cmf_premierleag 14-8-2023 04:51 PM
Baru kawen mmg le bleh ckp mcm2
Aku tgk kwn2 aku yg kawen dgn family pakistan/yindia/bangla ni, depa ada spesis buat kaum pompuan mcm hamba abdi
Esok2 dia mintak family ko duit la etc...sbb perangai leluhur hindu mmg takkan hilang ya...meminta2 mas kawen dr pihak pompuan, meminta2 mcm2 dr family pihak pompuan
Get ready la dik
Quote _blackbird 14-8-2023 04:54 PM
bangla ni mcm india ada kasta2 juga. dpt yg middle class & upper class tu mmg ler ok, open minded hidup tak susah. dpt yg kasta pariah & low class ermm masak la kena jadi buruh kasar & pemikiran sempit
Quote Skuau 14-8-2023 04:56 PM
supernaturalee replied at 14-8-2023 04:47 PM
gmbr kawen dgn gmbr dgn family lakinya asal lain benor



bila kena tinggal mula la minta simpati..bab ni...la ni...dia la terpaling.....
Quote shida81 14-8-2023 04:58 PM
Skuau replied at 14-8-2023 04:56 PM
bila kena tinggal mula la minta simpati..bab ni...la ni...dia la terpaling.....

Ak harap x de la nnti nk mintak tlg umno bw blk msia....
Quote kucingitam 14-8-2023 05:06 PM
persepsi orang malaysia yang buatkan drg ni dipandang rendah.. iols kawan dgn bangla , nepal, indon..ok je drg tu.. yg ramah, ramah, hormat org..yg gangster2, gangster la..
Quote salimrock 14-8-2023 05:06 PM
cmf_premierleag replied at 14-8-2023 04:51 PM
Baru kawen mmg le bleh ckp mcm2
Aku tgk kwn2 aku yg kawen dgn family pakistan/yindia/bangla ni, depa ...

baru kawin mei 2023 kan?
ok la semoga berbahagia, dah jodoh korang..



tp tak di nafikan, ramai juga bangla yg patuh pada ajaran islam dan baik tingkah laku... aku pernah kosong kan rumah sewa arwah seorang bangladesh, mmg tak ada 1 pn vcd blue,

semasa hidup pn baik orangnya , kalo wa dtg roma dia, slalu tgk vcd hindustan joget2,  


kawan2 aku yg kerja MRT pn diorang tak pandang rendah bangla diorang tak panggil bangla ni bangla , diorang panggil staff ,

cth ada staff injured , warga bangladesh

takde la cakap ada bangla injured... panggil bangla tu,

mgkn part of profesionalism...

cth cam kita kan slalu ckp kerja teruk cam bangla,

mrt corp tak bagi orang cakap cam tu, mgkn tak nampak profesional atau racist kot











Quote supernaturalee 14-8-2023 05:13 PM
salimrock replied at 14-8-2023 05:06 PM
baru kawin mei 2023 kan?
ok la semoga berbahagia, dah jodoh korang..

wah bagusnya
work environment yg healthy

knowing org msia ni yg mostly mmg racist
bab gelaran pd sesuatu bangsa tu pun dh sebati


Quote she 14-8-2023 05:17 PM
Tapi macik suka kawan dengan bangla
Kalau masuk site
Baik aje deme berborak
Senyum semedang

Pernah deme cite
Pergi pasar malam
Nak beli senduk
Pacik melayu penjual tu campak balik senduk tu masuk dalam bakul
Tepis tangan deme tak bagi beli
Deme plak lurus bendul

Next week macik borong senduk dgn cutlery kat Eco
Saja bagi deme
Kemain suka

Dop tahu ler bangla tempat lain acaner

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.130064 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top