CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puad Sifatkan Muhyiddin Angkuh, Zahid Tak Perlu Letak Jawatan

14-8-2023 11:17 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2068| Komen: 16

Kuala Lumpur: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai seorang yang angkuh apabila mendesak Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan.


Katanya, ketika PN kalah di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini, Muhyiddin tidak meletak jawatannya selepas gabungannya mengalami kekalahan teruk.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

"Jangan menuding jari. Ia beban bersama. Mendesak Ahmad Zahid letak jawatan bukan penyelesaian. Semua bertanggungjawab.

"Muhyiddin angkuh bila suruh Ahmad Zahid letak jawatan. Bila PN kalah teruk di Melaka dan Johor, dia tidak letak jawatan. Dia kekal Presiden BERSATU sedangkan dia kluster mahkamah," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.


Beliau berkata, UMNO yang mengalami kekalahan terburuk dalan PRN di enam negeri kelmarin perlu mendapatkan semula sokongan orang Melayu.

"Menteri-menteri UMNO mesti serius menjayakan agenda Melayu dan rakyat. Kuasa di tangan mereka.

"Sebab itu UMNO mesti kekal dalam Kerajaan Perpaduan. PH-BN perlu mengukuhkan kerjasama. Ahmad Zahid sesuai pikul misi ini. Dia tidak perlu letak jawatan. Jangan melatah," katanya.

Selain Ahmad Zahid, Muhyiddin kelmarin juga mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan serta-merta susulan penolakan pengundi Melayu dalam PRN di enam negeri.

Muhyiddin menyifatkan, kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan politik rapuh serta perpaduan palsu yang diterajui oleh Anwar dan Ahmad Zahid.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 14-8-2023 11:22 AM
rasanya betul...lepas Wak Jahid letak jawatan, umno pasti kena tolak lagi sbb ada yg kemaruk nak jadi PM...

Quote laksmanabentan 14-8-2023 01:12 PM
pakcik ni tak boleh diam ker??? mancabub aja kerjaaa... meluattt....
Quote Emanuel55 14-8-2023 01:20 PM

Saya memahami bahawa anda mungkin merujuk kepada situasi politik atau berita semasa di Malaysia berkaitan dengan individu-individu yang disebutkan. TellPopeyes
Quote Lavender_Violet 14-8-2023 01:24 PM
Halah...halah....menjilat nombor satu kau ye Puad

Masihhhhh ko nk cakap pasal agenda Melayu tak habis2, mana lah nak dapat sokongan bukan melayu kalau mcm tu

Macam in denial pulak pokcit ni kekalahan besar BN mmg disebabkan Wak Jahid & keangkuhannya memecat ramai ahli berwibawa sebelum ni selain kluster mahkamah

First time dengar....Perpaduan Palsu....I loike

Quote nazurah 14-8-2023 01:26 PM
macam la si zahid tu takde kes mahkamah... apooo...
jadi biarlah ameno karam bersama-sama zahid dan kaki kipasnya. orang melayu boleh pilih parti lain, anggap jek ameno dah mati
Quote laksmanabentan 14-8-2023 02:25 PM
Lavender_Violet replied at 14-8-2023 01:24 PM
Halah...halah....menjilat nombor satu kau ye Puad

Masihhhhh ko nk cakap pasal agenda Melayu  ...

penjilat tegar nih dia.... yuuccckkssssss....
Quote bulalof 14-8-2023 02:27 PM
dah tersungkur teruk pun masih gigih nak menilat bottom president.

such a low class politician.
Quote tungkai 14-8-2023 02:40 PM
Nak cover line la tu org Melayu dah tolak UMNO. Patut ko aje yg letak jawatan...
Quote Orix 14-8-2023 03:15 PM
knp muka heshe mcm ponen pakai lipstick ke tuu
Quote silencekiller 14-8-2023 03:18 PM
tadak taktikal langsung mamat ni.. jika wak 47 kes masih berdegil.. insyallah.. umno akan pupus pada PRU 16 nanti..

org melayu majoriti melihat umngok bukan lagi wadah perjuangan melayu sehingga terpaksa beralih arah pada lobai2 PAS kaa PN ka apa kaa serupa kes org cina beralih dari MCA to DAP...
Quote KamikuP 14-8-2023 03:24 PM
Kalau UMNO tersungkur abah Muhyidin naik le khunezz.. ekekeke
Quote Lavender_Violet 14-8-2023 03:28 PM
KamikuP replied at 14-8-2023 03:24 PM
Kalau UMNO tersungkur abah Muhyidin naik le khunezz.. ekekeke

Abah Yidin pun bukan sihat sangat
Silap2 Jemin
Siapa lagi pelapis dlm Bersatu?
Quote KamikuP 14-8-2023 03:31 PM
Lavender_Violet replied at 14-8-2023 07:28 AM
Abah Yidin pun bukan sihat sangat
Silap2 Jemin
Siapa lagi pelapis dlm Bersatu?

Kalau x jemin si peja kaki clubbing tu.. ekekeke
Quote Lavender_Violet 14-8-2023 03:32 PM
KamikuP replied at 14-8-2023 03:31 PM
Kalau x jemin si peja kaki clubbing tu.. ekekeke

Adoiiii....tu laaagiiiiii 10x tak boleh pakai
Peja
Quote ina_na 14-8-2023 03:59 PM
Aku x ambik tau sgt pasal politik ni..td sembang gan suami..dia kata si puad ni org Najib..jd mungkin ade agenda dia nk ranapkan wak jahid dgn Cara mcm ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.081861 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top