View: 1955|Reply: 15
|
Puad Sifatkan Muhyiddin Angkuh, Zahid Tak Perlu Letak Jawatan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai seorang yang angkuh apabila mendesak Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan.
Katanya, ketika PN kalah di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini, Muhyiddin tidak meletak jawatannya selepas gabungannya mengalami kekalahan teruk.
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
"Jangan menuding jari. Ia beban bersama. Mendesak Ahmad Zahid letak jawatan bukan penyelesaian. Semua bertanggungjawab.
"Muhyiddin angkuh bila suruh Ahmad Zahid letak jawatan. Bila PN kalah teruk di Melaka dan Johor, dia tidak letak jawatan. Dia kekal Presiden BERSATU sedangkan dia kluster mahkamah," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.
Beliau berkata, UMNO yang mengalami kekalahan terburuk dalan PRN di enam negeri kelmarin perlu mendapatkan semula sokongan orang Melayu.
"Menteri-menteri UMNO mesti serius menjayakan agenda Melayu dan rakyat. Kuasa di tangan mereka.
"Sebab itu UMNO mesti kekal dalam Kerajaan Perpaduan. PH-BN perlu mengukuhkan kerjasama. Ahmad Zahid sesuai pikul misi ini. Dia tidak perlu letak jawatan. Jangan melatah," katanya.
Selain Ahmad Zahid, Muhyiddin kelmarin juga mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan serta-merta susulan penolakan pengundi Melayu dalam PRN di enam negeri.
Muhyiddin menyifatkan, kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan politik rapuh serta perpaduan palsu yang diterajui oleh Anwar dan Ahmad Zahid.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya betul...lepas Wak Jahid letak jawatan, umno pasti kena tolak lagi sbb ada yg kemaruk nak jadi PM...
|
|
|
|
|
|
|
|
pakcik ni tak boleh diam ker??? mancabub aja kerjaaa... meluattt.... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya memahami bahawa anda mungkin merujuk kepada situasi politik atau berita semasa di Malaysia berkaitan dengan individu-individu yang disebutkan. TellPopeyes |
|
|
|
|
|
|
|
Halah...halah....menjilat nombor satu kau ye Puad
Masihhhhh ko nk cakap pasal agenda Melayu tak habis2, mana lah nak dapat sokongan bukan melayu kalau mcm tu
Macam in denial pulak pokcit ni kekalahan besar BN mmg disebabkan Wak Jahid & keangkuhannya memecat ramai ahli berwibawa sebelum ni selain kluster mahkamah
First time dengar....Perpaduan Palsu....I loike 
|
|
|
|
|
|
|
|
macam la si zahid tu takde kes mahkamah... apooo...
jadi biarlah ameno karam bersama-sama zahid dan kaki kipasnya. orang melayu boleh pilih parti lain, anggap jek ameno dah mati |
|
|
|
|
|
|
|
penjilat tegar nih dia.... yuuccckkssssss....
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tersungkur teruk pun masih gigih nak menilat bottom president.
such a low class politician. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cover line la tu org Melayu dah tolak UMNO. Patut ko aje yg letak jawatan... |
|
|
|
|
|
|
|
knp muka heshe mcm ponen pakai lipstick ke tuu |
|
|
|
|
|
|
|
tadak taktikal langsung mamat ni.. jika wak 47 kes masih berdegil.. insyallah.. umno akan pupus pada PRU 16 nanti.. 
org melayu majoriti melihat umngok bukan lagi wadah perjuangan melayu sehingga terpaksa beralih arah pada lobai2 PAS kaa PN ka apa kaa serupa kes org cina beralih dari MCA to DAP...  |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau UMNO tersungkur abah Muhyidin naik le khunezz.. ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Abah Yidin pun bukan sihat sangat
Silap2 Jemin 
Siapa lagi pelapis dlm Bersatu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau x jemin si peja kaki clubbing tu.. ekekeke
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoiiii....tu laaagiiiiii 10x tak boleh pakai
Peja 
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku x ambik tau sgt pasal politik ni..td sembang gan suami..dia kata si puad ni org Najib..jd mungkin ade agenda dia nk ranapkan wak jahid dgn Cara mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|