CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Pasar Raya Tak Bagi Plastik, Pelanggan Bangga Dan Puas Hati Dapat Aniaya Dan Susahkan Staf!

14-8-2023 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9955| Komen: 155

Di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, seorang individu berkongsi cerita dan pengalamannya membeli barang basah, dipercayai di sebuah pasar raya.

Katanya, pasar raya berkenaan tidak menyediakan plastik untuk pelanggan membawa pulang barang-barang yang dibeli.



Foto: mStar

"Saya pergi beli ayam dua ekor, ikan dua kilogram. Kesemuannya dipotong siap-siap. Selepas potong, saya belilah barang-barang lain juga. Harganya adalah dalam RM300 lebih.

"Selepas ke kaunter dia scan (imbas harga) keseluruhannya dan tolak tepi (barang) lalu minta saya buat bayaran. Saya kata macam mana nak bawa balik tak ada plastik? Dia kata memang tak bagi plastik.

"Saya kata okay sekejap. Saya ambil bakul dekat kereta. Dia kata bayar dulu boleh encik? Sebab belakang tu ramai orang beratur nak bayar. Kalau boleh tak nak tunggu," ceritanya di posting Facebook.


Katanya, disebabkan tiada plastik disediakan, dia mendapat idea untuk mengelak dan melarikan diri daripada membayar barang basah dibeli.

Dia kemudian memberi alasannya tertinggal wang di dalam kereta dan terpaksa meninggalkan kaunter untuk mengambilnya wang serta bakul untuk meletak barang-barang yang dibeli.

Taktik kotor tersebut ternyata membolehkan dia keluar dan melarikan diri.

"Saya buat-buat meraba poket seluar sambil kata alamak duit pun dalam keretalah. Kejap ya... jap jap.

"Saya berlari-lari anak pergi dekat kereta terus tinggalkan mart dia sebab tak bagi saya plastik. Tak kan saya b***h nak support perniagaan kedekut.

"Terpaksalah ayam dan ikan yang dipotong tu mereka letak balik dekat kawasan lauk (belum dibeli)," kata pelanggan itu, berpuas hati dengan taktik kotornya yang berjaya.

Berasa bangga dengan taktik dan penganiayaan yang dibuat, lelaki ini kemudiannya 'menghasut' rakan-rakan lain supaya melakukan perkara sama dan mereka mengikut apa yang disuruh.

Disebabkan perbuatan mereka, pasar raya tersebut bertindak menggantungkan notis pemberitahuan menyatakan tiada plastik disediakan untuk pelanggan.

"Saya balik rumah dan pakat dengan kawan. Saya bagi RM10 suruh buat benda sama petang tu. Sama juga cuma pekerja dekat kaunter tu orang lain.

"Esok saya berpakat dengan kawan lain pula buat benda sama. Cuma kali ni modal saya suruh kawan cakap duit tak cukup dan suruh kaunter tunggu untuk ambil duit dan potong ayam awal-awal.

"Hari ketiga saya tengok dia gantung banner tulis 'Di sini tidak menyediakan plastik'. Masa tu saya tengok orang dah berkurang masuk mart (pasar raya) dia. Padan muka," katanya lagi.

Berpuas hati taktiknya berjaya, individu tersebut mahu melakukan perkara sama terhadap premis lain yang tidak menyediakan plastik kepada pelanggan.

"Nanti saya nak buat lagi dekat kedai lain pula. Best kenakan orang macam mereka. Biarpun mereka pekerja tapi dia tidak memaklumkan awal-awal sebelum masuk membeli kepada pelanggan.

"Itu salah dia bukan bos dia. Bos dia rugi juga pelanggan ramai dah tak datang," katanya lagi.

Bagaimanapun, rata-rata netizen berang dengan tindakannya dengan menyatakan ceritanya ini tidak kelakar sama sekali.

Malah, ada juga netizen berpendapat bahawa pelanggan ini mempunyai masalah hati dan tiada orang lain akan melakukan perkara sama.

"Tak lawak pun. Semoga Allah persulitkan segala urusan. Kau dah menganiaya. Kalau pun tak suka, kau dah menghasut orang buat benda merugikan orang lain. Semakin sempit rezeki.

"Kalau sekali terkena isu plastik tu kami boleh terima. Kalau ajak orang lain buat dan ada niat nak kenakan peniaga lain pula itu tandanya anda mempunyai masalah hati.

"Kenapa buat perangai macam ni sebab plastik je ke. Semoga kebodohan encik tak merebak dengan pantas pada orang dalam grup ni," antara komen netizen pada hantaran asal. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 14-8-2023 10:00 AM
Niat x menghalalkan cara... Ko nyusahln staff tu buat ape.. Tauke cina ni plastic pun nk berkira.. Speed99 pun sm.. Ak ritu g beli beras minyak segala mk nenek la.. Pas byr dia kt x de plastic kak... Pergh da la parking jauh
Quote cmf_premierleag 14-8-2023 10:03 AM
Lenkali, depan kedai tu ko tulis la besar2 KEDAI NI TAK SEDIAKAN BAG PLASTIK.SILA BAWA SENDIRI
dr jauh org dh nampak, so org dh bleh prepare
Ni org dh beli brg, baru la nak bagitau, ko sediakan la Eco bag suruh org beli mcm kat AEON tu
Takpun ko gi je mydin..mmg ada beg plastik
Quote zad78 14-8-2023 10:05 AM
Kebodohan bukan lah satu penyakit...Ia adalah bakat semulajadi....
Quote Themilo 14-8-2023 10:12 AM
dah la miskin, bebal pulak tu. pastu duk menghasut orang buat benda bodoh.
Quote ultra78 14-8-2023 10:18 AM
Nama pun B40. Beli aje la reusable bag kat kaunter
Quote rikiruj 14-8-2023 10:19 AM
Bodo mamat ni.. bila ko buat benda bodoh macam ni, kedai akan implement polisi atau action yang nak kekang daripada orang buat benda bodoh macam tu.. dan kemudiannya akan lebih menyusahkan semua orang & pembeli.  E.g.. sebelum ni depa bagi servis potong ayam ikan semua tapi sebab ramai yang buat perangai bodoh konon2 nak menyusahkan kedai.. tinggalkan barang tak bayo sebab nak menyusahkan kedai.. nanti kedai buat polisi takde lagi servis potong ayam & ikan.  Cas pandai tapi sebenarnya bodoh..
Quote _kelly 14-8-2023 10:34 AM
macam hasanah je tapi kalau betul semoga kau mandul supaya takde lagi keturunan bodoh macam ni
Quote cikatilia 14-8-2023 10:39 AM
99 mart mmg ada mention xdak bag
and mmg dah susah nak jumpa bag tu sbb rasanya semua dok beli beli beli beli
Quote supernaturalee 14-8-2023 10:41 AM
langsung xde ea plastik
bkn dorg sediakan tp kena cas 2 posen each ke


kena giatkan lagi promosi bawa beg sendiri bila nk shopping
sungguh pun dh lbh 10 tahun kot psl galakan bawa beg sendiri ni
dan juga psl isu beg plastik

Quote Simunggu 14-8-2023 10:44 AM
kena pakai plastik jugakan kalau benda basah mcm ayam, ikan...kalau penjual tak sediakan pembeli kena sediakan plastik...masih tak menyelesaikan masalah? org masi perlu guna plastik...reused able beg tu bukan kalis air pun..
Quote jim-jim87 14-8-2023 11:06 AM
kita sokong bawa bag. yg sakit ati casher makin malas utk tolong masuk kan dalam bag kita bawak.
Quote zehra2 14-8-2023 11:08 AM
cashier tu kerja berdiri je ber jam jam. kenapa lah nyusahkan org lain. dah terkena sekali, beringat lah. bakpe pi hasut org lain pulak.
malaikat ada di kiri dan kanan.
jgn esok2 bila ko susah, ko tertanya2 kenapa Allah swt tk dgr doa2 ko??
mesti ko dah lupa kan apa ko buat susah pd org lain
Quote lifeline 14-8-2023 11:08 AM
kedai pon at least sediakn la plastik bag even caj pon
ni 99 tu smpai xde lagnsung
jenuh la nk bwk brg bnyk2
kadang kita tak plan pon nk membeli tu
mmg tak standby grocery bag
contoh balik keje tiba nk beli roti je
masuk tgk byk brg yg ada n nk beli

aeon atau tmpt lain semua sediakan alternative mcm paperbag even kotak pon depa sediakan
Quote primarikey 14-8-2023 11:54 AM
shida81 replied at 14-8-2023 10:00 AM
Niat x menghalalkan cara... Ko nyusahln staff tu buat ape.. Tauke cina ni plastic pun nk berkira.. S ...

Aku pn pnh terkena dgn kedai ni...pertama kali beli brg kt situ...byk jgk brg..pastu cashier kata xde plastik...terpaksa la aku peluk brg2 tu bwk p kete...pastu memg x pegi lg dh beli kt situ
Quote allshares 14-8-2023 11:59 AM
I dok imagine org yg beratur panjang2 kat blkg tu. Mesti memaki2 si hanat ni. Menyusahkan org. Mmg dah bnyk dah supermarket tak bagi plastik bag start this yr. Kan malaysia menuju 2025 no plastic bag. Tula pengetahuan Am taknak ambik tahu. sendiri yg budu amattt ignorance perangai tahi.
Quote anony-mous 14-8-2023 12:00 PM
Org mcm ni kan mmg smpai mampus miskin. Kdg2 i xsuka kwn dgn org mcm ni, miskin 1 hal, pemikiran pon miskin. Selamanya dia ni akn hidup susah. Hrap2 nk mati esok pon disusahkan nk mengucap
Quote anony-mous 14-8-2023 12:03 PM
supernaturalee replied at 14-8-2023 10:41 AM
langsung xde ea plastik
bkn dorg sediakan tp kena cas 2 posen each ke


Tmpt i, sabtu ahad xde. Xde dah cas 20sen. Dlu bila cas 20sen org kondem, kedai nk untung, klau still ada plastik, xberjaya kempen no plastik. Bila dah 2-3 kali terkena pegi hari weekend, auto i akn ingat n simpan siap2 beg reusable dlm kete. Benda mudah n simple je. Time terkena awal2 dlu belanja 300-400. Tp ada bakul @ troli pasaraya boleh bawa ke kereta. So ok je. Cuma nk bawa masuk rumah jd 2-3 keje.
Quote anony-mous 14-8-2023 12:05 PM
Edited by anony-mous at 14-8-2023 12:06 PM
Simunggu replied at 14-8-2023 10:44 AM
kena pakai plastik jugakan kalau benda basah mcm ayam, ikan...kalau penjual tak sediakan pembeli ken ...


Point dia KURANGKan penggunaan plastik. Lemahnya kesedaran rakyat malaysia ni. Apa plak xde yg kalis air? Ada je. Mcm kedai noko tu dia punya reusable bag kalis air, sng cuci
Quote krustykrab 14-8-2023 12:05 PM
Simunggu replied at 14-8-2023 10:44 AM
kena pakai plastik jugakan kalau benda basah mcm ayam, ikan...kalau penjual tak sediakan pembeli ken ...

Setakat ni lalau beli ayam ikan eyc mmg afa je plastik gulung tu.
Tak tau la kot 2025 ni nk hapuskn terus..mmg kna bawak tupperware dr rumah la. Mmg menyusahkn.

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.113422 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top