CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Buaya Keluar Dari 'Bawah Tanah'

13-8-2023 12:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2874| Komen: 8

New Delhi: Menggemparkan apabila sekumpulan lelaki di India menemui tiga buaya hidup di bawah tanah di kawasan perumahan mereka, baru-baru ini.

New York Post melaporkan, penduduk mendakwa mereka sering mendengar bunyi dari bawah kawasan kaki lima, yang sudah retak.


TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan insiden berkenaan.

Tiga buaya kemudian ditemukan di kaki lima yang retak itu. Haiwan itu yang 'muncul' dari bawah tanah dan dipercayai cuba mencari jalan keluar.

Dalam klip video Instagram (IG) @mksinfo.official yang meraih lebih 930,000 tontonan, orang ramai kelihatan berkumpul untuk menangkap reptilia itu, sebelum ia terlepas.

Pada mulanya, seorang lelaki memakai but dan pakaian merah, menggunakan alat untuk menjerut kepala seekor buaya.

Ketika cuba menangkap haiwan itu, buaya kedua tiba-tiba keluar dari retakan tanah itu.


Mereka yang berada di situ tergamam melihat kemunculan buaya lain dari retakan tanah itu,

Buaya kedua keluar dari simen yang pecah dan menuju ke arah individu yang merakamkan insiden berkenaan. Lelaki itu kemudiannya melompat kerana ketakutan dan berpaut pada tiang.

Sementara itu, reptilia ketiga masih tidak bergerak, tertimbus di bawah simen dan hanya menunjukkan ekornya.

Bagaimanapun, jika ada bayi yang menangis di berhampiran kawasan itu, reptilia terbabit mungkin melakukan serangan.

Ini kerana penyelidikan baharu mendapati bahawa pemangsa amfibia terutamanya buaya tertarik kepada jeritan bayi yang ketakutan dengan cara yang tidak diketahui oleh hidupan liar lain, menurut The Royal Society.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 13-8-2023 12:12 PM
Takde bideo ka?
Quote lanacondor 13-8-2023 03:57 PM
https://www.itv.com/news/2023-08-11/noises-underneath-pavement-turn-out-to-be-three-crocodiles
Quote kakikuDibibirmu 13-8-2023 04:07 PM
Inilah Dabbah yang keluar dari perut bumi tu
Quote airfilterkotor 13-8-2023 04:36 PM
Yang merakam tu auto panjat tiang halus demi mengelak buaya yg no.2.
Quote airfilterkotor 13-8-2023 04:46 PM
[youtube]Su8OXVDyRT4[/youtube]
Quote Simunggu 14-8-2023 11:40 AM
buaya darat keluar merata rata perempuan/gadis/janda/andartu tak takut pun
Quote kucingitam 14-8-2023 04:17 PM
ada laluan air ke kat bawah tu?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.040818 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top