CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut, Kereta Dipandu Terbabas Di Lebuhraya Persekutuan

13-8-2023 11:20 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2946| Komen: 18

Subang Jaya: Wanita tempatan maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 17.4 Lebuhraya Persekutuan di sini, awal pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan, jam 3.38 pagi.



"Pasukan penyelamat tiba di lokasi jam 3.52 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar bahu jalan.

"Seorang wanita tempatan berusia 28 tahun tersepit dan tidak sedarkan diri berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat, namun disahkan maut oleh petugas kesihatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 13-8-2023 12:15 PM
Siannya. Muda lagi.
Quote kakikuDibibirmu 13-8-2023 06:58 PM
Lady driver   
Quote sugarlovebutter 13-8-2023 07:44 PM
Ni ke yg nmpk td kat federal, kereta die mmg ternaik ats tembok tepi tuh tggi ye, mule2 igt die jth dr ats flyover, tp bile tgk blk mmg die melanggar bahu jln tu..tp lame da kete tuh mcmtu, sbb ak keluar dlm pkl 9lbh pn kete msh dlm keadaan yg sm
Quote nw111 13-8-2023 08:26 PM
sugarlovebutter replied at 13-8-2023 07:44 PM
Ni ke yg nmpk td kat federal, kereta die mmg ternaik ats tembok tepi tuh tggi ye, mule2 igt die jth  ...

Takkan accident dr 9 lebih, sampai kul 3 pagi baru polis bomba dtg... melampau slow...
Quote _kelly 13-8-2023 08:45 PM
kat federal ni mmg ramai yang laju berdesup
iols kalau drive kat sini tak pernah nak stay fast lane..seram
Quote Jitu 13-8-2023 09:15 PM
takziah
mengantuk agaknya
Quote kakikuDibibirmu 13-8-2023 09:18 PM
baba-s-logo-4980FC955E-seeklogo.com_copy_1024x819.png
Quote Carcosa 13-8-2023 11:31 PM
kakikuDibibirmu replied at 13-8-2023 09:18 PM

India ke Driver nya, kaka?
Quote limesherbet 13-8-2023 11:38 PM
Mula² pelik accident sini sbb jam slow moving selalunya...bila tgk time rupanya pepagi buta, baru balik clubbing ke tu.
Quote jari10 13-8-2023 11:47 PM
nw111 replied at 13-8-2023 08:26 PM
Takkan accident dr 9 lebih, sampai kul 3 pagi baru polis bomba dtg... melampau slow...

Kau yg slow kot
Quote CiliPadiSedap 13-8-2023 11:58 PM
sugarlovebutter: Ni ke yg nmpk td kat federal,  ...


9 pagi ke 9 malam? Biar betul
Quote kam3n 14-8-2023 12:00 AM
CiliPadiSedap replied at 13-8-2023 11:58 PM
9 pagi ke 9 malam? Biar betul

Dia post pukul 7 malam lebih, dia kata dia nampak tadi. Maknanya 9 pagi lah agaknya.
Quote Tinot7 14-8-2023 12:20 AM
Takziah kpd keluarga.
Federal slalu jem.. hat ni drive awai pagi baru balik keje ka apa?
Quote gigahertz 14-8-2023 01:34 AM
Tinot7 replied at 13-8-2023 04:20 PM
Takziah kpd keluarga.
Federal slalu jem.. hat ni drive awai pagi baru balik keje ka apa?

Dia dua je. Kalau x mabuk mesti mengantuk.
3.52 pagi atas highway biasanya jalan lengang.
Kereta kurang . Tekan pedal senang dpt 100km/h
Quote sambaldurian 14-8-2023 02:20 AM
Ilusi optik, aku mcm nengok kt seat belakang tu mcm ada 'entiti', ' topeng seram traditional jepun' berwarna gelap.
Quote sambaldurian 14-8-2023 02:21 AM
Deleted double post
Quote Tinot7 14-8-2023 06:54 AM
gigahertz replied at 14-8-2023 01:34 AM
Dia dua je. Kalau x mabuk mesti mengantuk.
3.52 pagi atas highway biasanya jalan lengang.
Kereta  ...

Iols pun rasa sebegitu.. tapi ada jahh kes mcm ni lepaih walopon langgaq bebudak.. giteww.. hat ni meninggal sorang2 jahh..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.044933 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top