CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bandar Lahaina Di Hawaii Jadi Abu

13-8-2023 10:21 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5225| Komen: 37

Washington: Apabila Anthony La Puente pulang ke tempat yang menjadi kediamannya sejak 16 tahun lalu, hampir semuanya menjadi abu.

Rumahnya seperti kebanyakan kediaman lain di bandar Lahaina, musnah dalam kebakaran hutan dahsyat yang melanda Pulau Maui, Hawaii minggu ini.


La Puente merupakan antara berpuluh-puluh penduduk yang dibenar pulang ke Lahaina yang dahulunya indah tetapi menjadi abu kelmarin.

BANDAR Lahaina hangus dijilat api dalam kebakaran hutan kelmarin. -- AFP

Bandar yang mempunyai 12,000 penduduk itu berdiri teguh di Pulau Maui selama beratus-ratus tahun dan pernah menjadi tempat tinggal keluarga diraja Hawaii.

Beribu-ribu pelancong melawat Lahaina setiap tahun untuk menyaksikan panorama indah tepi pantai dan melihat pokok beringin besar yang dipercayai tertua di Amerika Syarikat (AS).

Sebuah pasukan AFP meninjau sekitar bandar itu kelmarin dan menemui hanya bangkai rentung kucing, burung dan haiwan lain yang terperangkap dalam kebakaran besar itu.


Kabel-kabel elektrik pula berjuntai daripada tiang dan sebilangan api kecil terus menyala.

Di keseluruhan bandar itu, timbunan abu yang masih panas kelihatan di mana-mana sahaja.

Bot-bot yang diletakkan di jeti beberapa hari sebelumnya kelihatan sama ada hitam, mencair atau tenggelam.

Antara kemusnahan yang dilihat, pokok beringin itu masih berdiri, namun batangnya bertukar hitam dan rentung.

Pokok itu mendominasi Lahaina selama 150 tahun ketika pulau itu masih mengamalkan sistem monarki sebelum menjadi wilayah dan akhirnya negeri AS sepenuhnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Peguam Negeri Hawaii, Anne Lopez menyatakan kelmarin bahawa beliau membuka kertas siasatan tentang bagaimana kebakaran hutan dahsyat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 orang itu ditangani.

“Jabatan saya komited untuk memahami keputusan yang dibuat sebelum dan semasa kebakaran hutan berlaku serta berkongsi hasil siasatan dengan orang awam,”katanya.

Terdahulu, seorang lelaki dikenali sebagai Todd, 64, berkata, rumahnya dan kediaman jirannya masih selamat, manakala panel solarnya juga masih membekalkan kuasa elektrik kepada peti sejuk yang berfungsi seperti biasa.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memberi amaran bahawa segelintir kediaman yang masih kelihatan sempurna di Lahaina adalah tidak selamat.

“Sesetengah struktur sistem bekalan air di Lahina musnah dalam kebakaran hutan ini. Ia mungkin mencetuskan pencemaran berbahaya termasuk benzena dan bahan kimia organik mudah berubah yang memasuki sistem bekalan air,” kata Jabatan Bekalan Air Maui dalam satu kenyataan.

Sementara itu, angka korban rasmi meningkat kepada 67 orang, melepasi bilangan mangsa yang terbunuh apabila tsunami melanda Pulau Besar Hawaii dalam tahun 1960.

“Tanpa kesangsian lagi, angka korban kebakaran hutan ini akan terus meningkat. Kami tidak tahu berapa lagi kebakaran hutan yang akan berlaku,” kata Gabenor Hawaii, Josh Green.

Ketua Polis Daerah Maui, John Pelletier menyatakan pada Khamis lalu bahawa nasib seramai 1,000 orang masih tidak diketahui, namun ia bukan bermakna mereka telah meninggal dunia atau hilang. – AFP


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makiting 13-8-2023 12:41 PM
https://t.me/BumKita/130353

Seorang penumpang di dalam pesawat merakam kebakaran yang dahsyat ???? yang melanda bandar Lahaina, Maui #Hawaii :⛱️????????????️
Quote jlo 14-8-2023 07:51 AM
Allahu...sedih betul
Quote jazaa100 14-8-2023 08:03 AM
1000 org je satu bandar....

Mesti best kan, tak yah tgok muka indon, bangla & rohingya....
Quote Tinot7 14-8-2023 08:04 AM
makiting replied at 13-8-2023 12:41 PM
https://t.me/BumKita/130353

Seorang penumpang di dalam pesawat merakam kebakaran yang dahsyat ????  ...

Eh ngiler laa...
Quote Simunggu 14-8-2023 08:07 AM
apa pengajaran nya?
Quote Minami2013 14-8-2023 08:14 AM
Edited by Minami2013 at 14-8-2023 04:59 AM

Punca kebakaran sbb pemanasan global ke?

Quote VespaSilbe 14-8-2023 08:20 AM
abes semua dah jadi abu.. kalau rumah ok pun tak selamat katanya.. disarankan pindah..
Quote tukul 14-8-2023 08:23 AM
makiting replied at 13-8-2023 12:41 PM
https://t.me/BumKita/130353

Seorang penumpang di dalam pesawat merakam kebakaran yang dahsyat ????  ...

Nak tgk kat mana ni u
Quote ninja boy 14-8-2023 08:24 AM
Tempat berangin kuat mmg senang api merebak, kalau hurricane x boleh lagi mana, laut bergelora
Quote ultra78 14-8-2023 08:29 AM
Rumah di Amerika ni biasanya rumah kayu aje. Bila berlaku kebakaran mmg rata jadi abu la.
Quote batmana 14-8-2023 08:34 AM
baru aku tau hawaii dulu ada keluarga diraja,
namanya kamehameha

pencipta dragon ball,akira tomiyama amik nama tu dlm komiknya mengikut saranan bini dia..

https://en.wikipedia.org/wiki/Kamehameha_I
Quote supernaturalee 14-8-2023 09:09 AM
aLahai


dia mcm scene dlm filem 2012 yg masa john cusack, family dgn bos die nk landing kt hawaii
sekali habis 1 pulau tu tgh terbakar
Quote supernaturalee 14-8-2023 09:12 AM
makiting replied at 13-8-2023 12:41 PM
https://t.me/BumKita/130353

Seorang penumpang di dalam pesawat merakam kebakaran yang dahsyat ????  ...

try bkk link
klik play tp blur mcm freeze je gmbr
tp play tu bergerak
mcmn nk explain ye
kira x nmpk lh cerita die


Quote beatgirlX 14-8-2023 09:26 AM
tukul replied at 14-8-2023 08:23 AM
Nak tgk kat mana ni u

Click je kat link atas tu.. Copy then open
Quote ifanonline 14-8-2023 09:34 AM

mungkin golongan LGBTQ ramai sangat di hawaii
Quote FOTHER-MUCKER 14-8-2023 09:46 AM
Akhirnya perkampungan melayu terbakar jua.
Quote kucingitam 14-8-2023 10:14 AM

ya. smlm teringat scene tu juga. nak speku konspirasi tak...hihi
Quote makiting 14-8-2023 12:51 PM
tukul replied at 14-8-2023 08:23 AM
Nak tgk kat mana ni u

Kat telegram
Ada group bumi kita
Quote makiting 14-8-2023 12:52 PM
Tak tau macamana nak share video kat sini

Gambar aje boleh

Ada sesiapa blh ajarkan tak

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.038126 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top