CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PH-BN Pertimbang Fail Petisyen Pilihan Raya Bagi Empat Kerusi - Amirudin

13-8-2023 09:14 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4021| Komen: 37

Shah Alam: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mempertimbang untuk memfailkan petisyen pilihan raya, bagi membatalkan keputusan beberapa kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN), dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, semalam.


Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata antaranya ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang mana majoriti kemenangan adalah rendah.


Beliau berkata, keputusan bagi empat kerusi terbabit menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).

"Selain majoriti yang rendah, kita juga ambil maklum ada beberapa hal boleh dipertimbang untuk dibuat petisyen, seperti kes kertas undi tidak dikembalikan di Sungai Kandis.

"Pasukan peguam akan membuat penelitian lanjut mengenai kes di semua kerusi ini, sebagai pertimbangan dalam membuat petisyen," katanya pada sidang media pada majlis pengumuman keputusan PRN Selangor di sini malam tadi.


Sidang media itu turut disertai pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo, Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abd Aziz. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zezo 13-8-2023 09:26 AM
Ler.. biar la menang kt PN tu.

La ni fokus untuk fix apa sebab boleh jatuh tu. Move forward je. Tip top kan servis kerajaan negeri. Prove the other party, that you can do the work.
Quote Highflyer19 13-8-2023 09:33 AM
Terimalah hakikat…the truth hurts…
Quote ultra78 13-8-2023 10:09 AM
Elon Musk buka ofis di Cyberjaya. Cyberjaya dalam DUN Dengkil.

Harap ADUN baru ni boleh betulkan semua masalah di Cyberjaya ni. Waktu inilah nak kejar ADUN utk buat kerja. Sebelum ni ADUN dari PH.
Quote mojarean_X 13-8-2023 10:13 AM
ultra78 replied at 13-8-2023 10:09 AM
Elon Musk buka ofis di Cyberjaya. Cyberjaya dalam DUN Dengkil.

Harap ADUN baru ni boleh betul ...

Wow PN menang dengkil ke? Bertambah jaki lah puak2 PH muka kampung tp acah urban tu
Quote lostnfaun 13-8-2023 10:16 AM
Bila dia menang majority tipis pandai suruh terima hakikat, move on bagai. Tapi bila kalah tak boleh terima plak.
Quote Antifake 13-8-2023 11:26 AM
Jangan2 buat pertimbangan nanti berpihak pada PN camano ?
Quote Tinot7 13-8-2023 12:18 PM
Terima je la keputusan walopon pahit
Quote DeLuna85 13-8-2023 02:16 PM
Macai2 ph dkt fb “kami menang 3 negeri kaya”
Quote scorpionkiki 13-8-2023 02:27 PM
DeLuna85 replied at 13-8-2023 02:16 PM
Macai2 ph dkt fb “kami menang 3 negeri kaya”

Patutnya...kami.menang negeri yg bnyk non malay...itu yg plg tepat
Quote tikusmontok 13-8-2023 02:33 PM
ultra78 replied at 13-8-2023 10:09 AM
Elon Musk buka ofis di Cyberjaya. Cyberjaya dalam DUN Dengkil.

Harap ADUN baru ni boleh betul ...

Itu yang phanch panas sgt...camana cara kita nak celah masuk dlm lembaga pgrh majlis sepang ek
Quote tikusmontok 13-8-2023 02:36 PM
DeLuna85 replied at 13-8-2023 02:16 PM
Macai2 ph dkt fb “kami menang 3 negeri kaya”

Pasal sepet ngan kelly tatau nak p mana dah..ahh kita undi jer la parti yg tak paksa kita masuk islam..gitewww
Quote Skuau 13-8-2023 02:37 PM
tak perlu...lg buat orng 'menyampah'....akn timbul memacam 'andaiannya nt'.Buat jer kerja tu elok2...
Quote noor2 13-8-2023 02:51 PM
Laaaa apasal pulak...org dah menang x puas hati pulak...
Quote creep_bite 13-8-2023 02:56 PM
Amir wlp nmpk lembam tp blh tahan juga tamaknya...pilihan Azmin utk jd MB dulu.
Quote zeed 13-8-2023 03:40 PM
buat petisyen ni lagi buat orang nyampah kat ph. terima je keputusan dan memang korang ada simple majority.. masa utk bekerja utk rakyat
Quote shida81 13-8-2023 06:12 PM
Koyak la mb selangor nih... X trima kekalahan.. X pk rakyat ke yg asik nk mengundi.. Pala hotak dia
Quote TomyamPuteh 13-8-2023 09:39 PM
MB terpaling pendek.
Quote honeybee1802 13-8-2023 09:42 PM
ultra78 replied at 13-8-2023 10:09 AM
Elon Musk buka ofis di Cyberjaya. Cyberjaya dalam DUN Dengkil.

Harap ADUN baru ni boleh betul ...

Tu hah bgnan2 opis lot kosong kt cyber ni hah...suh la owner sewa mur mur...serem la ngk kosong jek...
Quote mojarean_X 13-8-2023 09:45 PM
Baik ko jaga diri ko amir.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.066167 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top