CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dukung Bayi Kawan Elak Beratur Panjang

12-8-2023 08:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3299| Komen: 4

Petaling Jaya: Seorang lelaki mendakwa ada segelintir pengundi wanita yang sanggup ‘meminjam’ bayi daripada kenalan rapat semata-mata untuk memotong barisan ketika mengundi.

Menurut hantaran sama, wanita tersebut dikatakan berbuat demikian supaya dapat mengundi melalui saluran khas.


Orang ramai hadir di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam bagi mengundi sempena Pilihan Raya Negeri Selangor N.40 Kota Anggerik. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

“Aku nampak ada seorang pengundi pinjam ‘baby’ orang lain dan dukung semasa beratur. Terus dia dapat keutamaan untuk potong barisan.

“Nasihat aku, janganlah ambil kesempatan. Kalau betul nak cepat, datanglah awal. Seorang dua kita boleh ketawa lagi, tapi kalau dah ramai, sakit hati juga,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai tidak terkejut dan ada juga yang mengakui pernah melakukan perkara sama untuk elak beratur panjang.


“Aku rasa, benda ini boleh dimaafkan. Tetapi, aku tak akan maafkan orang yang sengaja tak pergi mengundi,” kata Yohan.

“Bagi aku, selagi tidak menyusahkan orang, tak mengapa,” kata Azhar.

“Bukan perempuan sahaja, suami saya pun tiba-tiba rajin dukung anak semata-mata untuk potong barisan,” kata seorang lagi pengguna. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 12-8-2023 10:02 PM
Pinjam je kan jgn culik sudahlah
Quote Skuau 12-8-2023 10:03 PM
pegawai spr:" awat ank depa serupa jer"????
Quote naisyahmh 13-8-2023 01:45 AM
X nak beratur panjang p ptg

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.045315 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top