CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dilarang Berkonvoi Rai Kemenangan

12-8-2023 07:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3021| Komen: 0

Alor Setar: Polis Kedah mengingatkan penyokong parti politik supaya tidak melakukan sebarang perarakan atau konvoi meraikan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) malam ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.


Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Saleh berkata, perbuatan itu akan menyusahkan dan mengganggu ketenteraman awam.

Fisol Saleh (tengah) mengesahkan polis menerima tiga laporan berhubung penyalahgunaan nama dan kad pengenalan milik individu di Kulim dan Kuala Muda sebelum membuang undi pada PRN. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

"Segala aktiviti berhimpun atau berkonvoi perlu mendapatkan kebenaran polis lima hari sebelum dijalankan tetapi oleh kerana sekarang di dalam tempoh pilihan raya penganjur mesti lapor kepada kita 24 jam sebelum," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Fisol berkata, anggota polis akan turut mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi dikenal pasti dan akan menahan individu yang melakukan konvoi atau membawa bendera parti.


Beliau berkata, polis boleh menahan dan mengambil tindakan kepada pihak yang melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 141 Kanun Keseksaan (Perhimpunan Yang Menyalahi Undang-Undang).


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.145161 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top