CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Terima Tiga Laporan Mykad Diguna Individu Lain Untuk Mengundi

12-8-2023 05:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3659| Komen: 6

Alor Setar: Polis menerima tiga laporan berkaitan nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, setakat ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata dua laporan berkenaan diterima di daerah Kulim manakala satu laporan di daerah Kuala Muda.


Beliau berkata, dua wanita tidak berpuas hati apabila dimaklumkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa namanya telah ditanda untuk mengundi menyebabkan mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab itu, masing-masing berlaku di Kulim dan Kuala Muda.

Gambar hiasan

"Kes lain di Kulim pula membabitkan seorang lelaki yang mendakwa namanya digunakan orang lain untuk mengundi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Fisol berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi ketiga-tiga kes berkenaan.


Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga mengesan satu video tular menerusi media sosial tentang seorang wanita yang tidak berpuas hati apabila petugas SPR membantu suaminya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) menanda kertas undi di pusat mengundi di Pendang.

"Wanita yang juga isteri kepada lelaki itu, mendakwa petugas SPR menanda kertas undi tidak seperti mana dikehendaki suaminya.

"Bagaimanapun, setakat ini, polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian daripada wanita atau petugas SPR yang terlibat," katanya.

Berkenaan satu lagi video tular berkaitan bas yang didakwa membawa "pengundi hantu" di daerah Kuala Muda, Fisol menjelaskan dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana bas-bas yang ditularkan itu ialah bas yang disewa oleh pihak polis untuk membawa petugas polis di sekitar daerah berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menyewa 34 bas dari Kuala Lumpur dan Kedah untuk membawa petugas-petugas polis yang ditugaskan menjaga keselamatan dan kelancaran proses PRN sepanjang pilihan raya kali ini.

Sementara itu, Fisol menasihati orang ramai terutamanya penyokong parti politik di Kedah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti konvoi bermula petang ini sehingga malam nanti bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

"Kalau hendak sambut kemenangan parti politik mereka pun jangan sehingga menyusahkan dan mengganggu ketenteraman awam," katanya.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kkm123 12-8-2023 06:04 PM
How they do that thing wei? Bahaya la dekat diri sendiri
Quote Firenzza 12-8-2023 06:09 PM
Check la kertas undi tu pangkah siapa? Kan ada no siri tu.....
Quote kakikuDibibirmu 12-8-2023 06:12 PM
Quote Zazama 12-8-2023 07:14 PM
Baru 3. Entah berapa banyak la agaknya pengundi hantu.
Quote kakikuDibibirmu 12-8-2023 07:16 PM
images_copy_1024x1019.jpg

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.066305 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top