CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dendam Dilabel Anak Tak Membanggakan, Remaja Bunuh Ibu Bapa

12-8-2023 05:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4138| Komen: 6

Jawa Barat, Indonesia: seorang lelaki berusia 23 tahun nekad membunuh ibu kandung dan mencederakan ayahnya dengan menggunakan sebilah parang.

Menerusi laporan Kompas.TV, remaja lelaki yang dikenali sebagai Rifki Azis Ramadhan telah membunuh ibunya Sri Widiastuti, 43 dan menetak bapanya iaitu Bakti Ajis Munir, 49, pada Khamis lalu.



Ketua Polis Cimanggis, Arief Udiharso berkata pelaku mendedahkan dia sering dimarahi oleh orang tuanya sejak kecil sehinggakan melontar kata-kata yang tidak menyenangkan. Disebabkan itu, Rifki terasa hati dan menyimpan dendam sehingga memutuskan untuk membunuh kedua orang tuanya.

"Menurut Rifki (pelaku) bapanya lontarkan kata-kata ‘kau dari lahir sampai sekarang, cakap satu perkara yang pernah buat orang tua kau bangga?’. 

"Memang ada informasi yang kita peroleh dari tersangka ini bahwa sejak dari awal sekolah rendah hingga sekolah menengah sering dimarahi," katanya.



Susulan perasaan marah itu, bapa Rifki cedera parah akibat ditetak manakala ibunya meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, polis telah menangkap Rifki atas kesalahan membunuh dan dipenjarakan seumur hidup atau 20 tahun penjara.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 12-8-2023 05:31 PM
Ya tohannnnn..adik friska ke ni??
Quote antikorok 12-8-2023 06:16 PM
Priskiess bangga dengan kejayaan anak Jawa Yindo sambil berteriak Yindo menduniyya!

Priskies sujud syukur sambil tersenyum simpul mendengar berita yinni
Quote B40tastePosh 12-8-2023 08:20 PM
Syukur aku sejak kecil sering dibanggain ibubapa ku.
Quote kaedahnya 12-8-2023 10:39 PM
rumah teres 2 tingkat pakai mitsubishi pulak. bukan b40 indon ni
Quote sayurmayur88 14-8-2023 01:52 PM
ada je parents yg toksik aka mulut puaka suka menyumpah anak2 sendiri walhal diri sendiri yg gagal mendidik anak2.
bestie iolls sendiri sejak kecil mmg tak difavour olh parents dia (lebih2 lg ibu dia), rumah kami berjiran, so iolls kerap dgr kwn tuh kena maki hamun. yg ibunya pulak selamba badak cakap tak halalkan air susu dia bagi ke kawan tuh (jadah betol ibu begini). yg ayah pulak siap cakap anak tu tahu habiskan beras je. memang jahanam betol parents cenggitu, kawan iolls tu jenis nerd sikit, pendiam je , bagus budaknya, kalau weolls main kt padang bola, masa tu dia nangis sekuatnya dek kena dera mental fizikal parents dia.
now, dah dewasa, kawan tuh menjauh dari parents dia, dia buat bisnes kat pantai timur, alhamdulillah berjaya jugak dia, walaupun kena sumpah mak yg toksik.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.031346 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top