CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Lelaki 'Cabut' Lari Lepas Ijab Kabul

12-8-2023 05:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4001| Komen: 12

Jakarta: Gadis yang dikenali sebagai K, 16, terpaksa duduk sendiri atas pelamin menyambut tetamu, gara-gara pengantin lelaki dikenali KA melarikan diri selepas mereka diijab kabul, di Bima, Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, baru-baru ini.


Bapa pengantin perempuan itu, Adhar Amirudin berkata, pengantin lelaki terbabit langsung meninggalkan acara selepas dijemput keluarganya.

PENGANTIN perempuan (tengah) itu ditemani oleh ibu bapanya di pelamin. FOTO Agensi

"Selepas diijab kabul, dia (pengantin lelaki) terus keluar dari bilik lalu lari dijemput keluarganya menggunakan motosikal," katanya.

Adhar memaklumkan acara pernikahan anaknya dengan KA sebenarnya sudah dipersetujui. Kedua pihak keluarga juga sepakat melangsungkan resepi selepas akad nikah.

Bagaimanapun, keluarga pengantin lelaki menyatakan tidak jadi mahu adakan resepsi dengan secara mengejut. Padahal, menurutnya, kad jemputan sudah diedarkan.


"Kami sudah edar undangan, tidak mungkin kami batalkan resepsi," katanya.

Adhar juga pasrah tidak mampu berbuat apa-apa dengan tindakan pengantin lelaki itu serta keluarganya.

Namun begitu, dia tetap teruskan majlis resepsi berkenaan dan menyuruh anaknya duduk di atas pelamin bagi menyambut tetamu yang hadir.

Sementara itu, ketua kampung, Muhammad, bersetuju pengantin perempuan yang juga penduduk kampungnya itu ditinggalkan pengantin lelaki terbabit.

Ini kerana menurutnya, K masih di bawah umur untuk bernikah sekiranya mengikut undang-undang kampung terbabit.

"Ya, pengantin perempuan masih di bawah umur," katanya.

Menurutnya, kedua pihak keluarga pengantin memang ada berdepan masalah sebelum akad nikah itu. Pihak pengantin lelaki memang tidak mahu meneruskan pernikahan itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 12-8-2023 07:12 PM
Dah jadi hubby n wife la kan… cuma pengantin lelaki kabur time kenduri je
Quote antikorok 12-8-2023 07:19 PM
Satu lagi kejayaan kebangga buat Priskiess! Ummah Yindo mendonia!
Priskiesss tersenyum kebangga sambil mengalirkan air mata tanda kesyukuran!
Quote kakikuDibibirmu 12-8-2023 07:22 PM
Subuh baru cabut
Quote Ayda89 12-8-2023 07:23 PM
Yg perempuan baru 16. Sebelum nikah pulak pihak lelaki hampir tak nak teruskan. Kenapa paksa nikah? Hamil duluan kah?
Quote Tinot7 12-8-2023 07:45 PM
kakikuDibibirmu replied at 12-8-2023 07:22 PM
Subuh baru cabut

Bkn ka dia blah lepaih diijabkabul?
Quote kakikuDibibirmu 12-8-2023 07:50 PM
Tinot7 replied at 12-8-2023 07:45 PM
Bkn ka dia blah lepaih diijabkabul?

Kabul berada di Afghanistan
Quote tikusmontok 12-8-2023 07:59 PM
Malu saya kakak, kata friska babu ndon garit
Quote Tinot7 12-8-2023 08:26 PM
kakikuDibibirmu replied at 12-8-2023 07:50 PM
Kabul berada di Afghanistan

Oh.. kaka pernah pi sana ka?

Tapi ni kes kat negara friska
Quote jazaa100 12-8-2023 09:24 PM
Mgkin tersedar tak mau nikah dgn bangsa friska ....nk dtg msia cari keja di kilang top glove du
Quote kaedahnya 12-8-2023 10:46 PM
ijab & kabur?
Quote green~tea 12-8-2023 11:13 PM
Ermmm... tak minat lah nak amek tau KRT indon

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.035201 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top