CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kastam Ambil Tindakan Pegawai Tular Guna ‘Earphone’ Ketika Bertugas

12-8-2023 04:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3792| Komen: 12

Putrajaya: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengambil maklum berkenaan satu isu tular yang dikeluarkan oleh AduanRakyat di laman Twitter mengenai satu insiden melibatkan seorang pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis lalu.


JKDM dalam kenyataan di sini berkata, Ibu Pejabat JKDM melalui Cawangan Integriti ingin menjelaskan bahawa tindakan ke atas perkara ini akan diambil.

Gambar yang dikongsi melalui aplikasi Twitter oleh AduanRakyat pada Khamis lalu.

“JKDM memandang serius terhadap perkara ini dan ingin menegaskan bahawa sebarang salah laku pegawai dan anggota JKDM akan dikenakan tindakan sewajarnya.

“JKDM berterima kasih terhadap orang awam yang prihatin dalam menyalurkan aduan dan pandangan berhubung perkara ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, melalui perkongsian di laman Twitter AduanRakyat memaklumkan seorang pegawai kastam dikatakan sedang tidur atau menonton TikTok sambil menggunakan fon telinga (earphone) ketika bertugas di sebuah kaunter di KLIA Terminal 2. 



Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 12-8-2023 05:08 PM
Kastam tido tu yg blh seludup ular, dadah 1 kontena tu
Quote miss_white 12-8-2023 05:11 PM
Edited by miss_white at 13-8-2023 12:29 AM

Sama lah dekat office aku
Ada sekor legal officer kat office aku boss panggil xdgr interkom xjawab
Boss keluar kena maki
Masuk bilik boss kena hentam
Coo aku tu dh lah suka maki2
Padan muka kena maki
Quote she 12-8-2023 05:13 PM
Kastam antara yang paling banyak makan rasuah
Member macik ore kastam
Takde nak sorok2 lah mana dia dapat duit

Tapi pandaiii
Pakai kereta nasional aje
Itu pun buruk
Rumah menyewa

Tapi bab shopping barang lain
Beli cash je semua
Quote Thunderclouds 12-8-2023 05:35 PM
she replied at 12-8-2023 05:13 PM
Kastam antara yang paling banyak makan rasuah
Member macik ore kastam
Takde nak sorok2 lah mana dia  ...

Ape ni macikk..
Kecik ati the rest of urang² enforcement yg kuat mkn rasuah
Quote she 13-8-2023 01:03 AM
Thunderclouds replied at 12-8-2023 05:35 PM
Ape ni macikk..
Kecik ati the rest of urang² enforcement yg kuat mkn rasuah

Halamak
Maap ler
Hahahahaha
Quote jejaka_hensem 13-8-2023 03:18 AM
Apa nama officer tu?kot2 kenal
Quote Lagubestbest 15-8-2023 02:58 PM
Edited by Lagubestbest at 15-8-2023 03:00 PM

dah kete buruk rumah menyewa, tentu2 la dia punya bil cuma air api letrik je macik. banyak la cash shoping nye. sengaja bagitau konon dpt hasil haram sbb xnak share duit gaji le tu.

Quote lazim 15-8-2023 03:01 PM
Imigresen satu lagi biadab. Boleh dok mkn chewing gum masa berurusan
Quote uda 15-8-2023 03:22 PM
she replied at 12-8-2023 05:13 PM
Kastam antara yang paling banyak makan rasuah
Member macik ore kastam
Takde nak sorok2 lah mana dia  ...

Macam exbf my sister. Bapa dia ex kastam. PAstu dia kata stay kat Kayangan Height. Wow! rumah yang juta2 RM tu. Dulu kastam level PT je.
Kita orang bila dengar duduk di Kayangn Height : krik...krik...
Quote pokokmeranti 15-8-2023 03:25 PM
Kastam? Ohhh...mcm staf I dulu cite. pegawai kastam nie semua rasuah ambil. rokok, arak semua boleh lepas. Dadah je x berani sbb klu kantoi kena gantung.
Quote makita 7-9-2024 03:47 PM
she replied at 12-8-2023 05:13 PM
Kastam antara yang paling banyak makan rasuah
Member macik ore kastam
Takde nak sorok2 lah mana dia  ...

Mmg dia cuba buat terbaikkan utk cober line. Tapi percaya lah 1 hari nnti dia kene pasrahlah apa dia buat tu x betoi.

Mcm kwn meols (A)bdk bijak pandai, tkc. Abes spm  pi Aussie buat dip tapi separuh jalan. Kwn meols lagi sorg (B) blajar sana terpaksa pegi check nape tiba2 dia tamo sambung degree. Si A ni kata dia tiba2 rasa tak nak bljar dah. Si B ni mmg buat loan ratus ribu la utk bljar kat Aussie. Siasat punya siasat. Bapak A ni boss yayasan pendidikan negeri tooot. Guna duit yayasan utk hantar anak ke sana. Mujur si A kwen dgn T20 jadi xde lah terasa susah sgt idop.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.037314 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top