Malis penikahan dan resepsi perkahwinan Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos depan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dibatalkan. Perkara itu disahkan oleh wakil pengurusan artis berkenaan iaitu Iman Tang dalam satu mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu dan jemputan khas.
Mesej pembatalan itu dikirimkan melalui agensi pengurusan jemputan artis yang dilantik. "Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. "Mohon maaf atas segala kesulitan," demikian mesej itu yang dihantar kepada tetamu pada Jumaat. Rakan-rakan artis dan jemputan yang menerima mesej pembatalan itu juga turut terkejut kerana majlis itu hanya akan berlangsung dalam masa seminggu sahaja lagi.
Majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di lokasi berkenaan mengambil keberkatan Jumaat, penghulu segala hari sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman Tetamu yang diundang perlu memenuhi tema majlis dengan kod berpakaian black tie, long suit atau evening dress. Mimi turut memuat naik puisi berbahasa Inggeris tentang penghargaan terhadap wanita di Instagram miliknya.
|
akuHavocczz replied at 11-8-2023 07:02 PM
Batal terus ke tunda je.. tapi theyols ni pun memang sesuatu. Macam tak serious. Kalau kawin pun ant ...
dheya_hanna replied at 11-8-2023 07:04 PM
I ada dengar ura2 tak jadi nie few days ago.. Katanya info dr iman.. Rupanya mmg betul la ye.. Takpe ...
qaqaarjuna replied at 11-8-2023 07:11 PM
U dgr ura2…batal terus ke postpone je?
Sian nyer dekat mimi…
qaqaarjuna replied at 11-8-2023 07:11 PM
U dgr ura2…batal terus ke postpone je?
Sian nyer dekat mimi…
heythere123 replied at 11-8-2023 07:19 PM
wait, nabil aqil tu cousin capik ke?
ADVERTISEMENT