CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88814|Reply: 587

Seminggu Je Lagi, Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Tiba-Tiba Batal Nikah

[Copy link]
Post time 11-8-2023 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Malis penikahan dan resepsi perkahwinan Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos depan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dibatalkan.


Perkara itu disahkan oleh wakil pengurusan artis berkenaan iaitu Iman Tang dalam satu mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu dan jemputan khas.


Mesej pembatalan itu dikirimkan melalui agensi pengurusan jemputan artis yang dilantik.


Foto: IG




"Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.


"Mohon maaf atas segala kesulitan," demikian mesej itu yang dihantar kepada tetamu pada Jumaat.


Rakan-rakan artis dan jemputan yang menerima mesej pembatalan itu juga turut terkejut kerana majlis itu hanya akan berlangsung dalam masa seminggu sahaja lagi.


Majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di lokasi berkenaan mengambil keberkatan Jumaat, penghulu segala hari sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman


Tetamu yang diundang perlu memenuhi tema majlis dengan kod berpakaian black tie, long suit atau evening dress.


Mimi turut memuat naik puisi berbahasa Inggeris tentang penghargaan terhadap wanita di Instagram miliknya.


  



Tanpa sebarang kapsyen dan hanya meletakkan tanda noktah, Mimi turut menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.


Syafiq tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan berita pembatalan pernikahan mereka.


mstar melaporkan, pembatalan majlis istimewa ini mungkin disebabkan jadual kedua-dua mereka padat dengan penggambaran.


Mimi ketika ini sedang menjayakan karya berjudul Headliners bergandingan dengan Meerqeen.


  



Dalam pada itu pelakon Nabil Aqil, individu yang mempunyai pertalian keluarga dengan Syafiq Kyle memaklumkan, pihaknya juga terkejut dengan berita itu.


Katanya, setakat ini tiada siapa pun tahu punca pembatalan majlis itu sebaliknya hanya keluarga terdekat sahaja yang lebih maklum mengenainya.


“Saya terkejut dan agak sedih, tiada siapa yang tahu punca melainkan hanya keluarga,” ujarnya ringkas.




  



Sebelum ini, Mimi diraikan dalam satu majlis istimewa yang hanya dihadiri sahabat rapatnya termasuk pelakon Fazura, Amelia Henderson, Azira Shafinaz, Nabila Huda dan Sherry Al Hadad.


Aktres drama Perempuan Itu juga hampir mengalirkan air mata kerana sebak dengan sambutan yang diberikan oleh rakan-rakannya.


Pada 21 Januari lalu, Mimi, 28, memuat naik gambar dipercayai majlis pertunangannya dengan Syafiq.


Syafiq, 31, dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini memaklumkan persiapan pernikahan mereka sedang berjalan lancar dan mereka hanya menanti hari bahagia.


Untuk rekod, pasangan ini juga pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar di media sosial. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts


               
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:00 PM | Show all posts
Ha sudahhhh.. seminggu je lg kot. Ni batal trus ke postpone..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa betul ke tak nie
Bachelor party buat meriah kot
Harap2 potspone je bukan batal
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya mimi.

sapa buat hal?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
syafiq ke belakang sikit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2023 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Batal terus ke tunda je.. tapi theyols ni pun memang sesuatu. Macam tak serious. Kalau kawin pun antara artis cepat bercerai. Tapi lepas tu rujuk balik lepas tu cerai balik
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat atikah Suhaimi ngn sape nth tu .. seminggu nk nikah ,putus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
I ada dengar ura2 tak jadi nie few days ago.. Katanya info dr iman.. Rupanya mmg betul la ye.. Takpe la baik putus sebelum kahwin dr bercerai berai lps dah ada anak nnt..
SK mcm x ready je nak ada commitment as husband
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg noooo. Iols excited nak tengok wedding deyols. Batal ke tunda je ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik batal sekarang dari bercerai kemudian hari.
Bertabahlah mimi,
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:11 PM | Show all posts
akuHavocczz replied at 11-8-2023 07:02 PM
Batal terus ke tunda je.. tapi theyols ni pun memang sesuatu. Macam tak serious. Kalau kawin pun ant ...

vibes nazim othman n bella dally sangat dorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dheya_hanna replied at 11-8-2023 07:04 PM
I ada dengar ura2 tak jadi nie few days ago.. Katanya info dr iman.. Rupanya mmg betul la ye.. Takpe ...

U dgr ura2…batal terus ke postpone je?

Sian nyer dekat mimi…
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
qaqaarjuna replied at 11-8-2023 07:11 PM
U dgr ura2…batal terus ke postpone je?

Sian nyer dekat mimi…

Nmpk mimi yg mcm excited kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sianya..baik2 la hendaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak tak jadi… mimi mcm dh jauh gap maturity and achievement compared to syafiq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
qaqaarjuna replied at 11-8-2023 07:11 PM
U dgr ura2…batal terus ke postpone je?

Sian nyer dekat mimi…

Nnt i tanya kwn i cancel ke postpone je.. Aritu dia cuma bgtau iman kata syafiq mimi tak jadi kahwin.. Tp dia pon sure takut dia salah dgr
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
hah sudah

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
wait, nabil aqil tu cousin capik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 11-8-2023 07:19 PM
wait, nabil aqil tu cousin capik ke?

Klu x silap i ex step dad nabil cousin sk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.242496 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list