CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Golongan Ibu Sokong Anak Pakai Baju Sukan Ke Sekolah Bukan Pemalas

11-8-2023 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6180| Komen: 59

PETALING JAYA – Golongan ibu yang menyokong polisi membenarkan anak-anak memakai pakaian sukan ke sekolah, bukanlah pemalas.

Public Health Malaysia (PHM) di Facebook hari ini berkongsi situasi tersebut sebenarnya membantu memudahkan golongan ibu menguruskan pakaian anak-anak mereka untuk ke sekolah.




“Ibu-ibu yang menyokong polisi berpakaian sukan ke sekolah bukan bermaksud mereka malas tetapi polisi mesra pelajar dan ibu bapa ini memberi impak kualiti kehidupan serta kesihatan mental yang ‘significant’.

“Ini contoh bagaimana hidup secara minimalis dapat mengurangkan beban kekusutan mental. Masa, tenaga dan usaha dapat difokuskan kepada tugasan yang lebih penting,” kata PHM.

Menerusi poster yang dikongsikan, PHM meyifatkan pemakaian sukan ke sekolah menjadikan murid-murid selesa dan mudah bergerak.

“Ia juga memberi kesan kepada masa menggosok baju yang dapat dikurangkan, jimat tenaga elektrik, masa dan kesihatan mental ibu lebih baik.


“Pelajar dibenar memakai pakaian sukan ke sekolah, ibu gembira anak selesa,” kongsi PHM. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 11-8-2023 05:07 PM
Lain kali cakap la awai2 tak pakai uniform sekolah tahun ni..utk ank darjah1 aii beli 3set tau uniform sekolah sebab dia pakai 3hari uniform..2hari baju sukan. Dah kenapa baru 3minggu pakai uniform sudahnya sampai skg masih berbaju sukan..dah tu uniform sekolah yg belambak2 tu nak buat apa? Kain sekolah kakak dia aii dah alter sebab tak muat dah pinggang..next year bgtau siap2 awai2 tahun tu pakai uniform ka baju sukan.
Quote Thunderclouds 11-8-2023 05:35 PM
Voley follow PRC.
Uniform sekolah semua tracksuit.
Summer tracksuit,winter tracksuit.
Special occasion br sarung formal set.
Menda gini pon masih kusut.
Lg mau sibuk² nk bukak sekolah khas utk org miskin.
Quote kitaserupaaa 11-8-2023 05:41 PM
Mak2 skrg seterikakan baju anak2 yg bersekolah ke? Or malas nak basuh baju sekolah banyak2?
Quote kakikuDibibirmu 11-8-2023 05:43 PM
Menteri Kasut Hitam tersenyum sinis
Quote boongalalang 11-8-2023 05:48 PM
Suka je anak2 pakai tracksuit
Quote gangerina 11-8-2023 05:56 PM
orkid_amani replied at 11-8-2023 05:07 PM
Lain kali cakap la awai2 tak pakai uniform sekolah tahun ni..utk ank darjah1 aii beli 3set tau unifo ...

marahnya... takda larangan pun utk pakai uniform pg sekolah, boleh je pakai..cuma pakaian sukan dibenarkan..itu je beza. Anak iols pun kadang2 ada mood nak pakai uniform pg sekolah, iols bagi je...tp mmg lagi senang la pakai baju sukan, itu je lah..
Quote orkid_amani 11-8-2023 06:03 PM
gangerina replied at 11-8-2023 05:56 PM
marahnya... takda larangan pun utk pakai uniform pg sekolah, boleh je pakai..cuma pakaian sukan di ...

Sekolah ank aii mmg wajib baju sukan..hari Jumaat ja ada kelonggaran pakai uniform sekolah itu pun semua budak masih pakai baju sukan..so ank aii pun pakai la baju sukan jugak. Cuma tuu la..kalau tau sesi persekolahan kali ni pakai baju sukan xdak la aii beli uniform sekolah sampai 3 pasang utk ank darjah1 tu..
Quote gangerina 11-8-2023 06:12 PM
orkid_amani replied at 11-8-2023 06:03 PM
Sekolah ank aii mmg wajib baju sukan..hari Jumaat ja ada kelonggaran pakai uniform sekolah itu pun ...

i know sbb iols pun dah beli uniform awal tahun hari tu, now kena beli baju sukan extra pulak sbb kids lagi suka pakai bajau sukan...terpaksa la iols redha, tp syok jugak tak yah gosok baju...
Quote isseliparjepun 11-8-2023 06:20 PM
I tengok anak anak I, asal pakai baju sukan elok je makan nasi lemak, mee goreng, kari ayam, tak tumpah pun ke baju sukan. Bila pakai uniform, kalau ikut kotor kat baju tu, I boleh teka dah menu recess dengan lunch dia. Anyway, I tak kisah baju sukan or baju uniform. Sekolah anak I sebab berhawa dingin, so surat siaran KPM pasal pakai baju sukan tu deme tak ikut.
Quote Chah21 11-8-2023 06:35 PM
kitaserupaaa: Mak2 skrg seterikakan baju ana ...

Maksud u seterika baju ank skolah? Part ni mmg i buat.. sbb i dulu darjah 4 baru iron seniri.. tu pon byk kali x lulus.. mak i jenis baju xleh kedut skit pon.. kira i lulus iroj form 3
Quote Lampuled 11-8-2023 06:35 PM
Biarlah pakai baju sukan. Dalam kelas tu panas kot berpeluh bukan berekon mcm org keje opis smpai nk berkot bagai.
Lagi2 utk yg tahap satu tu jenis berlari sana sini budak2 tgh active. Cukup lah zaman skrg girl pun dh pakai tudung. Baju kurung tu dh la warna putih uihhh..
Quote azimodin 11-8-2023 06:40 PM
Aku iron semua baju sekolah, termasuk baju sukan. Tapi yg baju sukan tu sekali lalu je la. Satu yang aku suka bila pakai baju sukan xde la penat aku nak menyental lengan baju anak. Lengan uniform selalu kotor dengan kesan carbon pensel. Tu belum lagi water colour, crayon, sambal nasik lemak dll. Jimat la sikit cost beli sabun mahal/vanish/baking soda.
Lagi satu aku perasan eczema anak aku pon dah berkurang mungkin disebabkan kurang berlengas bila di sekolah.
Quote _blackbird 11-8-2023 06:43 PM
Aku dulu dari sek rendah jarang iron baju, baju sek aku pakai kain jenis tak perlu gosok. Ada aku kisah tak pakai kain cotton pon janji color ikut piawaian. Huhuhu
Quote green~tea 11-8-2023 06:45 PM
Nokksss sekolah kebangsaan kat malaysia ni kelas panas pakai kipas sajorkkkk.. berpeluh2..  so baju skolah berlapis2 lengkap tie ni mcm dah tak practical pun..
Quote syamzana 11-8-2023 06:59 PM
iols happy anak pakai baju sukan je wpun anak iols sorg jah laki umur 14thn dia dah iron baju sendiri
tmpg happy utk dia la kalau tak dia punya rempanan malam2 ms iron baju tu habis serumah terasa
lgpun skrg wpun adakala hujan tp time panas terik tu masih ting2 berkicap belengas anak iols
Quote jihyomelly 11-8-2023 07:07 PM
anak iols pakai baju skolah bila ada event je..hari biasa baju sukan..actually budak2 pun happy sbb senang bergerak & tak panas…
Quote shida81 11-8-2023 07:26 PM
X kisah la nk kata ak mls ke apa.. At least membantu la mk2 yg bekerja nih..
Lg satu senang bdk2 jg.. Da la kt kelas panas...
Quote Tunan 11-8-2023 07:30 PM
orkid_amani replied at 11-8-2023 05:07 PM
Lain kali cakap la awai2 tak pakai uniform sekolah tahun ni..utk ank darjah1 aii beli 3set tau unifo ...

Bukan ke asalnya sbb cuaca panas tiba2 hari tu?
Klau x mmg kena pkai bj sek
Tp sek anak kami masih pakai uniform lgkap hari Isnin
Quote krustykrab 11-8-2023 07:32 PM
Nk iron baju keje laki pun rasa malas..campur lg baju sekolah anak, berpeluh² iron.
Masa anak aku sekolah dulu mmg stress oiii kna iron baju byk² ni..
Mng patut la unoform sekolah tu ganti je dgn baju yg sesuai dgn cuaca kita

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039417 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top