Isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid terkejut apabila menerima mesej daripada seorang individu yang memintanyau membelikan iPhone 14 Pro Max buatnya. Alasannya nak digunakan dalam urusan berniaga.
“Belikan saya iPhone 14 Pro Max boleh tak? Saya teringin nak pakai iPhone. Hari itu dah kumpul tapi duit saya hilang. Saya sedih sangat. “Saya beli iPhone untuk ‘invest’ ke bisnes. Nak sangat buka kedai macam Datuk dan Datin. Semoga Allah permudahkan urusan Datin, dan ini no akaun saya,” katanya.
Shahida pada ruangan kapsyen hantarannya itu memaklumkan dia tidak dapat menunaikan permintaan individu terbabit. “Maaf la ya adik, nak beli iPhone 14 nak minta duit. Saya ini pun telefon bimbit tak bertukar dah lama. Awak sibuk nak minta belikan telefon baharu,” balas Shahida. Di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan individu tersebut kerana disifatkan sebagai pemalas serta mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.
“Ramai tahu Datuk dan Datin ini pemurah orangnya, selalu membantu. Tapi tak akan la nak minta beli telefon pun kau tak usaha, siap ‘demand’ nak iPhone 14 Pro Max. Lain macam cita rasa kau,” tegur Suhaimi. “Mudahnya meminta macam itu tanpa rasa malu. Kita yang baca pun malu, usahalah adik, duit tak datang bergolek macam itu. Kalau rasa tak mampu, ukurlah baju di badan sendiri, pakai mana yang mampu. Pesan kakak nak berjaya kena usaha atas kaki sendiri tanpa meminta-minta,” pesan Amoiheaxa. –CARI Sumber: Kosmo
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|