View: 2412|Reply: 9
|
Isteri Aliff Syukri Bengang Ada Individu Yang Demand, Minta Belikan Iphone 14 Pro Max
[Copy link]
|
|
Isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid terkejut apabila menerima mesej daripada seorang individu yang memintanyau membelikan iPhone 14 Pro Max buatnya.
Alasannya nak digunakan dalam urusan berniaga.
Foto: IG
“Belikan saya iPhone 14 Pro Max boleh tak? Saya teringin nak pakai iPhone. Hari itu dah kumpul tapi duit saya hilang. Saya sedih sangat.
“Saya beli iPhone untuk ‘invest’ ke bisnes. Nak sangat buka kedai macam Datuk dan Datin. Semoga Allah permudahkan urusan Datin, dan ini no akaun saya,” katanya.
Shahida pada ruangan kapsyen hantarannya itu memaklumkan dia tidak dapat menunaikan permintaan individu terbabit.
“Maaf la ya adik, nak beli iPhone 14 nak minta duit. Saya ini pun telefon bimbit tak bertukar dah lama. Awak sibuk nak minta belikan telefon baharu,” balas Shahida.
Di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan individu tersebut kerana disifatkan sebagai pemalas serta mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.
“Ramai tahu Datuk dan Datin ini pemurah orangnya, selalu membantu. Tapi tak akan la nak minta beli telefon pun kau tak usaha, siap ‘demand’ nak iPhone 14 Pro Max. Lain macam cita rasa kau,” tegur Suhaimi.
“Mudahnya meminta macam itu tanpa rasa malu. Kita yang baca pun malu, usahalah adik, duit tak datang bergolek macam itu. Kalau rasa tak mampu, ukurlah baju di badan sendiri, pakai mana yang mampu. Pesan kakak nak berjaya kena usaha atas kaki sendiri tanpa meminta-minta,” pesan Amoiheaxa. –CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Clout chaser je ni. Entah betul ke tidak. Laki, bini, mak, sama ja. Lapar perhatian. |
|
|
|
|
|
|
|
Fasha sanda tu memang suka bergambar dengan mulut ternganga besar gitu ek?
Sorry ot. Sbb ada poc fasha kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
bottompro: Clout chaser je ni. Entah betu ... iols pcy je ada org cmni. Ada je dm kt IG iols cmni la prgai. Iols ckp ada kaki tgn sihat walafiat keje jgn smpi tuhan bg ko betul2 cacat baru insaf |
|
|
|
|
|
|
|
dah kau laki bini pun kaki clout chaser mana ada orang isu viral time tu korang menyelit kan... bini hapis rosdi mental tu pun kau tetiba mengendeng suh jual tudung kan.. haaa dapat lah followers bodoh pemalas kerja macam tu..layankan je lah..mesti tambah lg followers bodoh kau berdua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Heran aku orang terkejar2 nak memiliki iphone
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai aje kat fb sejenis yg teringin2 ni
Muka tak tau malu pastu minta kat ramdom ppl
If u want something work for it |
|
|
|
|
|
|
|
entah2 guna akaun anak msg diri sendiri demi konten. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas beli iphone nanti ko mampu tak beli wireless charger sendiri?
mesti misken dok cucuk2 cable jugak ujong2 khennn |
|
|
|
|
|
|
|
usaha laa.. klu tak mampu pakai je hp murah2… tak mampu pn sibuk nak beli hp mahal |
|
|
|
|
|
|
| |
|