CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Gomen Senyum Lebar, Kerajaan Naikkan Gaji Penjawat Awam Dalam Belanjawan Madani

11-8-2023 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7525| Komen: 118

LANGKAWI – Kerajaan  menaikkan skim gaji 1.6 juta penjawat awam menerusi Belanjawan Madani 2024 pada Oktober ini sementara kajian menyeluruh berhubung kenaikan skim tersebut siap pada tahun hadapan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangannya dengan Kementerian Kewangan, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Foto: Kosmo

“Saya bincang dengan Kementerian Kewangan, KSN dan KPPA, saya kata sementara kajian (skim gaji dan persaraan penjawat awam) ditingkatkan, saya cuba dalam Belanjawan Madani Oktober ini kita naikkan dulu sedikit gaji.

“Kita cuba naikkan dulu gaji, sementara kajian menyeluruh yang boleh siap tahun depan,” katanya ketika berucap pada program Walkabout Pelancongan dan Perasmian Geopark Discovery Centre (GDC) LADA, di sini hari ini.

Kata beliau, keputusan tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan bukan hanya sekadar menabur janji tetapi melaksanakannya dengan kadar segera demi kepentingan rakyat.


“Itu sebab kerajaan ini kerajaan yang ada tindakan. Dalam masa sama saya nak tanya pasal apa (kerajaan terdahulu) tidak buat tahun sudah, dua tiga tahun sudah tidak ada,” ujarnya.

Menurut Anwar, penjawat awam sepatutnya sudah menikmati kenaikan gaji dua tahun lalu kerana berdasarkan peraturan, semakan gaji perlu dibuat setiap 10 tahun. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-8-2023 02:07 PM
Eeeiii kaki rasuah ...moga melingkupla ko PRN kali ni...celaka
Quote allshares 11-8-2023 02:37 PM
Nak ambik hati 1.6juta penjawat awam, lagi 8juta+ pekerja swasta panas hati tak jadi undi kerajaan perpaduan esok2. Ha mcm mana tu?
Quote immi 11-8-2023 02:44 PM
TERBAIK PMX prihatin pd semua. PASTI KEKAL LAMA MEMERINTAH KERAJAAN PERPADUAN. AAMIINNNNNNNNNNN
Quote stingerpressor 11-8-2023 02:51 PM
Acikgomen senyum syukur....
Quote CiliPadiSedap 11-8-2023 03:02 PM
noor2 replied at 11-8-2023 02:07 PM
Eeeiii kaki rasuah ...moga melingkupla ko PRN kali ni...celaka

kebannyakan kt putrajaya tu sep kelate budu, walau naik gaji bulan tetap di hati .

haha. pastu acik swasta iri hati xde bantuan. sayonara pakatan ringgit rahmah
Quote pokokmeranti 11-8-2023 03:04 PM
naik gaji? bunyi seronok tapi lepas nie boleh kena potong lhdn lagi tinggi
Quote CiliPadiSedap 11-8-2023 03:15 PM
allshares replied at 11-8-2023 02:37 PM
Nak ambik hati 1.6juta penjawat awam, lagi 8juta+ pekerja swasta panas hati tak jadi undi kerajaan p ...

[youtube]Cy657JZBCU8[/youtube]

dah kecoh dah. tengoklah.
Quote kakikuDibibirmu 11-8-2023 03:15 PM
Lepas tu nanti ada makcik gundu kepam gemok 100 kilo komplen, kenapa korang semua nak dengki dengan penjawat awam?
Quote ajinomotonosuga 11-8-2023 03:25 PM
naik gaji pasti harga goods n services akan naik

semua naik ..hujan je turun
Quote getah 11-8-2023 03:27 PM
gaji gomen naik, harga barang pun naik lahhhhh.
x yah tunggu bulan 10, tgk2 esok ade yg senyap2 naik harga.
Quote Skuau 11-8-2023 03:30 PM
noor2 replied at 11-8-2023 02:07 PM
Eeeiii kaki rasuah ...moga melingkupla ko PRN kali ni...celaka

ni BUKAN RASUAH ni...bg naik gaji...jer.Bg bas percuma tuk orng balik kampumg..tu tableh tu....-Macai...
Quote lifeline 11-8-2023 03:32 PM
allshares replied at 11-8-2023 02:37 PM
Nak ambik hati 1.6juta penjawat awam, lagi 8juta+ pekerja swasta panas hati tak jadi undi kerajaan p ...

SETUJUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU
SANGAT SANGATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

IGT YG 8JUTA PEKERJA SWASTA NI XDE KOMITMEN?
X TERASA KENAIKAN KOS HIDUP KE?
Quote copy_paste 11-8-2023 03:35 PM
kalau betul naik gaji ,kami akan sokong kerajaan madani,
Quote Tinot7 11-8-2023 03:37 PM
Rega brg nnt naik baper byk?
Quote CiliPadiSedap 11-8-2023 03:38 PM
lagi nak prn lagi banyak gula2. bak kata jiran kaka, gula2 ambil, pn tetap di hati

Quote Dovahkiin 11-8-2023 03:39 PM
Penjawat awam da tentu2 la bosnya kerajaan pusat. Yg swasta tu mintak la bos korang naikkan gaji. Tp budak2 aku pun aku x naikkan gaji. Bisnes nijam bukannya elok nau.
Quote totokreturn. 11-8-2023 03:39 PM
terbaik piyem

point dia, kita "cuba"
Quote SedihPedih 11-8-2023 03:48 PM
Weh..sampai xboleh tunggu masa pembentangan belanjawan nk umum. Ternyata heshe dh berdebor tgu result sabtu ni
Quote noor2 11-8-2023 04:16 PM
CiliPadiSedap replied at 11-8-2023 03:02 PM
kebannyakan kt putrajaya tu sep kelate budu, walau naik gaji bulan tetap di hati .

haha. pa ...

Kehkeh ...mmg la sakit hati..mcm najib pulak

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039590 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top