CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Mentua Tak Suka Menantu Meroyan Selepas Bersalin, Minta Anak Lelaki Ceraikan Isteri

11-8-2023 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2900| Komen: 24

Seorang ibu meminta anak lelakinya menceraikan isteri hanya kerana tidak mendapat layanan sewajarnya sedangkan emosi isterinya berada dalam keadaan tidak stabil disebabkan baru lepas bersalin.

Memulakan cerita, dia berkata, perkahwinannya dan isteri belum lagi mencecah usia setahun.

"Isteri memang ada depression dan anxiety yang perlu dirujuk ke doktor mengikut temujanji yang ditetapkan.

"Bulan Julai baru-baru ini dia bersalin dan sejak itu perangainya berubah... lebih banyak diam, menangis dan kadang kala membenci anak sendiri," luahnya di halaman Facebook.

Gambar Hiasan

Malah katanya, isterinya sudah tidak seceria seperti awal perkahwinan.

Disebabkan bimbang keadaan isteri yang seperti meroyan, dia mengajak ibunya datang tinggal bersama.


"Apabila mak saya datang dan jaga dia dalam pantang selama tujuh hari, mak ada terasa dengan sikap isteri yang banyak diam.

"Disebabkan itu, dia meminta saya menceraikan isteri. Malam kejadian pula, isteri tiba-tiba menjerit dan menangis kerana tertekan.

"Bimbang menjadi lebih buruk, saya masuk ke bilik dan memarahinya tetapi dia marah saya balik," katanya lagi.

Selepas kejadian tersebut, ibunya terus pulang ke kampung halaman.

Lebih menyedihkan apabila ibunya turut memberi kata dua sama ada memilih isteri mahupun dirinya.

Bukan itu sahaja, jika dia tidak bercerai, ibunya tetap dengan pendirian untuk tidak berbaik dengan isteri.

"Sekarang saya dilema. Saya perlu pilih isteri atau mak... isteri pun masih dalam pantang.

"Berbanding isteri, saya gemar menceritakan apa yang berlaku kepada keluarga sedangkan dia hanya mendiamkan diri," katanya.

Dia yang tidak mengetahui punca masalah dalam hubungan turut beranggapan apa yang berlaku berpunca daripada sihir pemisah.

Perkongsian masalah itu membuatkan warga maya tampil memberikan pandangan masing-masing.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa marah kerana dia bersikap seperti 'anak mak' yang sanggup mengikut telunjuk meskipun memberi kesan buruk dalam perkahwinan.

"Tak sedar mak awaklah punca isteri meroyan... awak lelaki dah kahwin, ada tanggungjawab pada isteri dan anak. Selagi isteri masih taat, awak kena dahulukan keperluan isteri.

"Kau jantan, jadi jantan jaga bini (isteri). Sudah pilih dari awal nak jaga dia, jangan buat aniaya anak orang.

"Sikit-sikit cerita pada mak... tak bolehkah masalah rumah tangga jangan ceritakan pada mak? Dah meroyan macam tu, jagalah elok-elok dan bukan cepat percayakan cakap mak," luah beberapa warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 11-8-2023 02:23 PM
Patutnya kembiri mamat ni awai2.. dah besaq pun tak reti jaga kuarga sendiri..
Quote Thunderclouds 11-8-2023 02:30 PM
Mudah aje soh serai.
Kalo bini hari² mkn kaki tgn laki pandai pulak ko suruh sabo.
Ini bukan isu semasa yachh..
Isu turun temurun.
Quote lanacondor 11-8-2023 02:47 PM
Tinot7: Patutnya kembiri mamat ni awai ...
[em:3:][em:4:]
Quote lanacondor 11-8-2023 02:47 PM
[quote]lanacondor:  [em:3:] [em:4:]
Quote Cassieopeia 11-8-2023 02:58 PM
kesian ke isteri dia dahla baru bersalin, takkan xde rasa simpati kat menantu? diapn bini tu lahirkan anak ko kot
Quote myakayina 11-8-2023 03:05 PM
mak mertua dari neraka..
Quote ninja boy 11-8-2023 03:14 PM
Mak mertua merosak rumahtangga pulak
Quote _kelly 11-8-2023 03:17 PM
ceraikan je bang pastu jangan menikah dah sampai mampus
Quote mamajawie 11-8-2023 03:36 PM
anak n mak sama2 bodohhh
Quote seri_mawr 11-8-2023 03:55 PM
x guna jadi lelaki...

mak mertua pun mohon mereput.....ko duk la berdua dgn anak ko...jgn buat naya anak perempuan org..
Quote pocongkiutss 11-8-2023 03:58 PM
Bengong ke apa..org tu tgh depress ko angkut mak mertua dia duk skali?? Seriously??? Angkut la mak dia ke..upah confinement lady..bodoh
Quote green~tea 11-8-2023 04:11 PM
Cannot generalize all mertua toxic begitu..  dalam kes ni, mmg mak dia jahat toxic... patut dia guide anak jantan dia tu jangan bodoh tongong sangat... bendul.. kena support laaa emosi bini tu....


I met both type of mertua... satu level toxic mcm kes thread ni.. lagi satu sangat baik penyayang pengganti ibu kandung... sayang mak sangat sangat.. sayang mak..
Quote she 11-8-2023 10:08 PM
1. Mana ibu kepada isteri tersebut?
2. Kenapa tak bawa ibu isteri yang jaga?
3. Isteri memang ada sakit depress sebelum kawen ke?
4. Masa kawen dulu ibu lelaki ni setuju ke tak dengan calon menantu?

Sekian soalan tak berapa KBAT dari macik
Macik baca gitu2 sekali napas ikan buntal aje
Quote joy_ah 11-8-2023 10:12 PM
oh post yg ni ramai hentam dia termasuk lelaki. ko kena jadi jantan katanya. cash.
Quote isseliparjepun 11-8-2023 10:45 PM
she replied at 11-8-2023 10:08 PM
1. Mana ibu kepada isteri tersebut?
2. Kenapa tak bawa ibu isteri yang jaga?
3. Isteri memang ada s ...

Kalau ikut artikel, memang isteri dia ada depression dan anxiety. Tapi lemahnya si suami ni. Jenis nak senang, bawak mak dia sendiri. Ye lah, kalau bawak mak mertua dia (mak kepada si isteri) tak dapatlah mengadu begitu begini ye dak. Yang penting tembolok dan diri sendiri jaga. Bukan risaukan isteri dan anak bayi tu pun kan.
Quote _kelly 11-8-2023 11:25 PM
si jantan tu memang tahu isteri dah makan ubat sebelum nikah..kalau rasa diri sendiri tak kuat nak jaga orang sakit mental, lebih baik jangan nikah

anxiety depress bipolar apa bagai tu kena ada pasangan yg kuat untuk sokong emosi contoh macam jana nick ngan laki
Quote chiyoasuka 12-8-2023 01:43 AM
smoga di jauhkan drpda mertua mcm ni…
Quote KucaiHijau 12-8-2023 07:28 AM
Hidup nak senang je
Quote pocongkiutss 12-8-2023 07:33 AM
joy_ah replied at 11-8-2023 10:12 PM
oh post yg ni ramai hentam dia termasuk lelaki. ko kena jadi jantan katanya. cash.

Ye ke .bagus2..iols paling geram komen2 toxic positivity tu..mmg rasa nak dimakikan je

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.033906 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top