Seorang individu mempersoalkan mengapa ada peniaga tidak meletakkan telur rebus walaupun ia merupakan salah satu bahan asas dalam nasi lemak. "Ingin mohon pencerahan daripada para peniaga nasi lemak. Memang prosedur jualan kalau (beli) nasi lemak telur mata, tak ada (letak) rebus yang potong empat atau potong lapan tu ye?
"Saya rasa kurang adil kepada kami para pembeli. Rasanya harga yang peniaga caj termasuk sekali dengan telur rebus. "Saya suka nak bagi kredit kepada gerai yang jual nasi lemak telur mata, mereka masih tetap sertakan dengan telur rebus," tulisnya pada hantaran di Facebook. Menurut individu tersebut, tujuannya hanya mahu mendapatkan pencerahan kerana menganggap mungkin ada peniaga yang terlepas pandang akan telur rebus apabila pelanggan membeli lauk tambahan. "Isu ni kecil saja sebenarnya. Tapi nak tahu juga apa pendapat mereka yang ahli serta bijak pandai agama berkenaan hukum dalam agama," tulisnya lagi.
Hantaran individu tersebut menjadi tular dan dikongsikan di beberapa laman Facebook sehingga meraih ribuan komen. Rata-ratanya bersetuju dengan luahan individu berkenaan malah turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah berdepan dengan ragam peniaga nasi lemak. "Kalau berniaga nasi lemak wajib tahu basicnya. Kalau customer minta lauk tambahan, telur rebus wajib letak juga. Bukannya kalau customer minta telur mata, kamu simpan telur rebus. Sekadar ingatkan sebab ada peniaga 'buat muka' bila kita tanya. "Samalah pernah kena. Beli nasi lemak tambah ayam, balik tengok telur hilang. Nasi caj RM4, ayam RM3 dan bayar RM7. Kalau beli nasi lemak biasa RM4 ada pula telur rebus separuh. Potong selera rasanya. "Sekarang jarang sekali yang cukup 'rukun'. Buat peniaga yang jujur tetap menyediakan sebungkus nasi lemak yang lengkap, semoga rezeki kalian diberkati Allah," demikian komen netizen.Seorang individu mempersoalkan mengapa ada peniaga tidak meletakkan telur rebus walaupun ia merupakan salah satu bahan asas dalam nasi lemak. "Ingin mohon pencerahan daripada para peniaga nasi lemak. Memang prosedur jualan kalau (beli) nasi lemak telur mata, tak ada (letak) rebus yang potong empat atau potong lapan tu ye? "Saya rasa kurang adil kepada kami para pembeli. Rasanya harga yang peniaga caj termasuk sekali dengan telur rebus. "Saya suka nak bagi kredit kepada gerai yang jual nasi lemak telur mata, mereka masih tetap sertakan dengan telur rebus," tulisnya pada hantaran di Facebook. Menurut individu tersebut, tujuannya hanya mahu mendapatkan pencerahan kerana menganggap mungkin ada peniaga yang terlepas pandang akan telur rebus apabila pelanggan membeli lauk tambahan. "Isu ni kecil saja sebenarnya. Tapi nak tahu juga apa pendapat mereka yang ahli serta bijak pandai agama berkenaan hukum dalam agama," tulisnya lagi. Hantaran individu tersebut menjadi tular dan dikongsikan di beberapa laman Facebook sehingga meraih ribuan komen. Rata-ratanya bersetuju dengan luahan individu berkenaan malah turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah berdepan dengan ragam peniaga nasi lemak. "Kalau berniaga nasi lemak wajib tahu basicnya. Kalau customer minta lauk tambahan, telur rebus wajib letak juga. Bukannya kalau customer minta telur mata, kamu simpan telur rebus. Sekadar ingatkan sebab ada peniaga 'buat muka' bila kita tanya. "Samalah pernah kena. Beli nasi lemak tambah ayam, balik tengok telur hilang. Nasi caj RM4, ayam RM3 dan bayar RM7. Kalau beli nasi lemak biasa RM4 ada pula telur rebus separuh. Potong selera rasanya. "Sekarang jarang sekali yang cukup 'rukun'. Buat peniaga yang jujur tetap menyediakan sebungkus nasi lemak yang lengkap, semoga rezeki kalian diberkati Allah," demikian komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
Skuau replied at 11-8-2023 03:23 PM
"kita bangla jual nasik limak..nasi putih..litak sambal,tulur,sikit ikan bilis,timun saja....yey!2.. ...
noor2 replied at 11-8-2023 04:18 PM
Mamak restaurant jual nasi lemak lg sedap
kakikuDibibirmu replied at 11-8-2023 03:19 PM
Paling gila sekali nasi lemak Terengganu tak ada ikan bilis goreng, dia taruk ikan tongkol pulak seb ...
edayildiz replied at 11-8-2023 12:57 PM
abg opis i ckp dia dh tau tlur akan hilang..so dia order ns lemak biasa..last nnti br ckp nk tmbh la ...
umie replied at 11-8-2023 01:15 PM
Betul, akk pun pernah kena. Tambah lauk kerang, auto telo hilang. Bila tanya mana telo rebus dia kat ...
little_sis replied at 11-8-2023 02:33 PM
Ya.. byk kali kena.. bila nak tambah telur mata, yg telur rebus dia tak letak pun.. walhal harga dah ...
ADVERTISEMENT