CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peratusan Keluar Mengundi Kurang Boleh Gugat Kuasa PH

11-8-2023 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2523| Komen: 19

Pemerhati politik meramalkan jumlah pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) esok lebih rendah dan berkemungkinan memberi kesan negatif terhadap sokongan untuk Pakatan Harapan (PH) kerana banyak penyokong gabungan tersebut minoriti etnik yang berada jauh dari negeri asal masing-masing.


Secara tradisi, pilihan raya negeri di Semenanjung Malaysia diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU).


CNA/Amir Yusof

Bagaimanapun, enam negeri di bawah pimpinan PH dan Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan PRU15 pada November lalu kerana perlu bersiap sedia menghadapi banjir monsun tahunan dari November hingga Mac.

Pengarah eksekutif dan pengasas firma penyelidikan Ilham Centre, Encik Hisommudin Bakar berkata kepada Channel News Asia (CNA): 

"Salah satu sebab utamanya adalah ramai yang bekerja di luar negeri, luar negara atau di kawasan yang jauh, tidak akan kembali untuk mengundi."


Menurut penganalisis politik dan salah seorang pengasas pusat pengundi Merdeka, Ibrahim Suffian turut berkongsi pandangan serupa.



"Apa yang kita lihat adalah kemungkinan kadar pengundian kurang 10 peratus berbanding PRU15 iaitu dalam 65-67 peratus. 

"Di beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, kadar pengundian mungkin dipengaruhi pengundi bukan pemastautin yang bekerja di luar negara atau di bahagian lain negara," kata Encik Ibrahim.

Sementara itu, AWANI melaporkan, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican berkata, kemenangan seseorang calon itu dianggap tidak bermakna sekiranya peratusan keluar mengundi rendah.


AWANI

"Jika kemenangan itu dari jumlah peratusan keluar mengundi yang rendah bukankah ia dianggap seperti tidak mewakili semua pihak?

"Saya berharap agar pengundi berilah satu makna kepada proses demokrasi dengan kehadiran yang seramai mungkin.

"Penting untuk pastikan siapa yang diangkat... siapa yang terima mandat diberikan dalam keadaan yang benar-benar tulen iaitu dengan jumlah kehadiran pengundi (yang ramai)," katanya ketika berkempen bagi PRN Pulau Pinang di kawasan sekitar Kompleks Kepala Batas pada Khamis.

Manakala luahan di Kosmo! Online mendakwa, faktor terbesar mempengaruhi keputusan sama ada untuk pulang mengundi atau tidak adalah kerana tarikh mengundi jatuh pada 12 Ogos iaitu pada pertengahan bulan.


Ramai perantau berkira-kira untuk pulang mengundi kerana tarikhnya pada pertengahan bulan yang menjejaskan duit belanja mereka. – Gambar hiasan

"Banyak perkara sedang bermain di fikiran termasuk kos untuk pulang ke kampung, kesesakan yang bakal ditempuhi memandangkan ia hanya cuti mingguan.

"Perbelanjaan pula akan bertambah sekiranya pulang dalam keadaan sedemikian.

"Dikhabarkan juga ramai rakan di perantauan turut mengalami dilema yang sama.

"Walaupun disediakan bas untuk perantau, bagi kami yang berkeluarga agak susah untuk menggunakan kemudahan tersebut," luah Pok Bey. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 11-8-2023 11:41 AM
tazabar nak tgk outcome for tomorrow.
Quote hareeeesah 11-8-2023 11:54 AM
Aku pn masih berfikir…
Quote lanacondor 11-8-2023 12:29 PM
Iols solat istikharah solat hajat byk2. Takot nk undi besok ni apa JD kalau salah pangkah. Semoga kemenangan utk pemimpin yg betul2 layak. Allahumma aamiiin
Quote ally9970 11-8-2023 01:09 PM
Jadi masalah bila bermaustatin, hidup dan cari makan kat negeri lain tapi mengundi negeri lain... kan senang kalau mengundi di tempat kau bermaustatin, boleh pilih wakil rakyat yg nak jaga kebajikan kau, yg jaga kat kawasan kau duduk
Quote kemaruk 11-8-2023 01:19 PM
PH dalam bahaya sebab pensokong PH sah2 akan undi UMNO kalau umno yang bertanding

Tapi kalau kerusi itu bukan ditandingi umno, 33% pengundi umno akan sokong PH, 33% undi PN dan 33% lagi tak turun mengundi..
Quote caprut 11-8-2023 01:20 PM
ally9970 replied at 11-8-2023 01:09 PM
Jadi masalah bila bermaustatin, hidup dan cari makan kat negeri lain tapi mengundi negeri lain... ka ...

Maslah org kelantan
Quote kemaruk 11-8-2023 01:22 PM
Dekat tiktok, pensokong PH mati matian membela wak jahit.. malah mengenang kembali jasa2 UMNO ketika memerintah terengganu dan kedah

Bangkem terpinga pinga.. tapi takpelah
Quote OshinDaSolja 11-8-2023 04:13 PM
iollz redha je lah dgn keputusan esok... tak nak expect lebih2...pesanan iollz sape pun yg menang diharapkan tolong la bgtaw federal supaya focus dan usaha untuk naikkan nilai Ringgit... tolong la jaga maruah negara please...
Quote noor2 11-8-2023 04:17 PM
Perasan la ko
Quote pokokmeranti 11-8-2023 04:19 PM
dah beberapa siri PRN/PRU, I x undi. Tiap kali i undi mesti parti yg diundi itu tewas.
Quote Skuau 11-8-2023 06:00 PM
kuasa penentu dasar atas 'orng besar' parti pung..Wakil rakyat hanya sekadar bidak mereka tuk pungut kerusi jer...pon.
Quote Highflyer19 12-8-2023 03:03 AM
…memberi kesan negatif terhadap sokongan untuk Pakatan Harapan (PH) kerana banyak penyokong gabungan tersebut minoriti etnik yang berada jauh dari negeri asal masing-masing…
Quote CiliPadiSedap 12-8-2023 08:55 AM
kemaruk: Dekat tiktok, pensokong PH mat ...


Bukan umno dh kena hina minta maaf dari roket? Video dh leak dh ucapan tersebut

Bangkem masih khadam roket ke?
Quote CiliPadiSedap 12-8-2023 08:56 AM
pokokmeranti replied at 11-8-2023 04:19 PM
dah beberapa siri PRN/PRU, I x undi. Tiap kali i undi mesti parti yg diundi itu tewas.

Uols undi apa hahaha
Quote CiliPadiSedap 12-8-2023 08:58 AM
OshinDaSolja replied at 11-8-2023 04:13 PM
iollz redha je lah dgn keputusan esok... tak nak expect lebih2...pesanan iollz sape pun yg menang di ...

Masa kempen pun dh tamat..harap ramai melayu islam keluar mengundi. Kaka buat live untuk group tempat kaka minta mereka keluar undi

Bukan apa prn dulu ramai malas keluar mengundi

Tu melaka johor bn sapu bersih
Quote OshinDaSolja 13-8-2023 06:18 PM
CiliPadiSedap replied at 12-8-2023 08:58 AM
Masa kempen pun dh tamat..harap ramai melayu islam keluar mengundi. Kaka buat live untuk group tem ...

wow thanks for your effort kaka... highly appreciated
Quote kakikuDibibirmu 13-8-2023 10:27 PM
Apa dia? Ubat gegat?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.145239 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top