CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Nasib Baik Tak Buta Anak Saya!' - Lengan Berlubang Ditikam Rakan Sekelas Dengan Pensel Sebab Suruh Kutip Sampah

11-8-2023 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4041| Komen: 52

Seorang ibu sedih dan kesal apabila dimaklumkan sepupunya bahawa lengan anaknya ditikam rakan sekelas dengan pensel.

Malah, Rosmida, 36, turut terkilan dengan sikap ambil lewa ibu kepada murid yang didakwa menikam anaknya, Riz Danish Afiq, 9.



mStar

Katanya, dia dimaklumkan hal tersebut selepas mengambil Danish pulang dari sekolahnya di Guar Chempedak, Kedah.

"Saya dapat tahu fasal anak kena tikam dengan pensel kayu tu lepas sepupu beritahu.

"Kebetulan sepupu memang jiran sebelah rumah saya dan anak dia pun sekelas dengan Danish.

"Saya seorang peniaga, jadi dia yang ambil anak saya pulang dari sekolah setiap hari," katanya ketika dihubungi mStar.

Rosmida berkata, dia difahamkan punca kejadian disebabkan murid berkenaan berang apabila Danish menyuruhnya mengutip sampah.


mStar


Menurut cerita anak sepupunya, Danish menangis di dalam kelas apabila lengannya luka akibat dicucuk menggunakan mata pensel tajam.

"Budak tu buang sampah merata-rata dalam kelas jadi anak saya tegurlah jangan buang sampah bawah meja. Tiba-tiba budak tu marah-marah dan ambil pensel tikam Danish.

"Masa kena tikam tu dia menangis tapi katanya cikgu tak ada dalam kelas. Balik rumah dia memang takut-takut nak beritahu apa yang berlaku masa saya tanya. Ni nasib baik tertikam tangan. Kalau kena mata, buta anak saya.

"Saya pernah jadi nurse (jururawat) selama 14 tahun kerja di klinik dulu, jadi saya dressing (cuci luka) dia sendiri di rumah. Saya cuci biasa saja tak bawa pergi klinik sebab ingatkan luka biasa," ujarnya.

Bagaimanapun, selepas hari kelima, Rosmida terkejut apabila terjumpa serpihan mata pensel terkeluar dari kesan luka anaknya yang bernanah.

Dia kemudiannya membawa Danish ke sebuah klinik di Kedah untuk mendapatkan ubat antibiotik bagi mengelakkan jangkitan kuman berlaku.

"Saya ada maklumkan perkara ini dekat cikgu. Pihak sekolah cakap nak siasat dahulu.

"Masa hari mata pensel tu keluar dari kulit lengan, anak saya mengalami demam dan pening kepala. Tapi lepas tu dia okay semula, Danish pergi sekolah macam biasa.

"Ini bukan pertama kali anak saya kena 'benda' macam ni. Sebelum ni ada pelajar tuang air Vitagen atas kepala dia. Kasihan juga, kami baru saja pindahkan dia ke sekolah ni bulan Oktober lalu," ujar Rosmida yang berasal dari Kedah.

Sebagaimana hantaran Rosmida yang tular di Facebook, dia meluahkan rasa terkilan apabila tiada permohonan maaf dibuat oleh ibu kepada murid tersebut.

Malah, suaminya juga enggan masuk campur dalam hal ini bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah dan buruk.

"Saya tak ada buat sebarang laporan polis memikirkan dia baru darjah tiga. Lagipun ini kali pertama dia buat jadi saya bagi peluang dulu.

"Cuma saya tak puas hati ibu dia macam tak rasa bersalah siap putar belit cerita. Saya ada hantar gambar lengan anak bernanah dekat WhatsApp tapi dia hanya baca dan senyap (tak bagi respons).


mStar

"Kalau anak buat salah, mengaku dan beri amaran atau nasihat dia supaya kejadian tak berulang lagi. Sebagai ibu, tak susah pun nak minta maaf dengan ikhlas kalau anak kita buat salah," ujarnya lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 11-8-2023 09:13 AM
Edited by dua_chzy at 11-8-2023 01:15 AM

Haih.

Bila budak2 buat jahat pehtu mak pak idok disiplinkan atas alasan, "ala biasalah budak2", maka terhasil la anak2 syaitan.

Kalau semua mak pak reti didik anak tentang prinsip 'semua perbuatan, akan ada akibatnya', aiols think dunia akan jadik lebih baik.

Yesterday 7 orang budak kelas aku minum air ketum dan hisap vape dalam kelas. Sekolah baru aku ni persis Kelantan : kampung asal usul deols 98% Muslim pehtu mak pak jenis hanta anak pi sekolah agama sedari kecik, tapi masalah sosial, dadah, sangat teruk iya.

Masalahnya bila pentadbir pun lemah. Tak ambik tindakan tegas. Bebudak pun naik kepala lah.

Tetibe la pula kan meluah.
Quote kelip2_07 11-8-2023 09:58 AM
cikgu pn buat bodoh jer mak bdk tu komplen

terpaling cikgu..terpaling bz katanyee

stalk status parent ade ms plk mcm cikgu ank aku..bl org tnye ape2 lsg xreply..pdhal kita bkn jnis ckit2 wasap tnye..
Quote Binodino 11-8-2023 10:05 AM
Baru2 ni anak iols pun kena buli. Kawan dia 2 orang sepak dia dalam dewan. Iols cakap kat laki iols, dia kata biasala budak lelaki gurau kasar. Iols pun speechless, takkan nak tunggu ada lebam baru nak ambil tindakan? So iols pesan kat anak, time rehat cari kawan2 yang baik & rehat ramai2. Jangan rehat sorang2. Agaknya budak2 ni terpengaruh dengan cerita kapla high council, tu yang rasa diri nak jadi macam kahar konon cool sangat la. Sunat pun belum sibuk nak buli orang, nak pau orang. Jentik lato2 tu kang baru tau langit tinggi rendah
Quote menjad 11-8-2023 10:07 AM
bahaya oiiiii


Quote Binodino 11-8-2023 10:09 AM
kelip2_07 replied at 11-8-2023 09:58 AM
cikgu pn buat bodoh jer mak bdk tu komplen

terpaling cikgu..terpaling bz katanyee

Anak iols pernah kena pau duit dengan budak senior. Dia pergi mengadu kat cikgu time rehat, cikgu tu marah dia balik suruh pergi rehat. Masa tu cikgu tu tengah bersembang sesama dorang, so marah la sebab ganggu dorang sembang agaknya. Bukan nak dengar apa yang anak aku nak cakap. Mujur kawan anak iols belanja dia makan. Kalau tak kebulur anak aku kat sekolah.
Quote prettyuglybabe 11-8-2023 10:13 AM
acik ajar la anak acik tu melawan semula..
apa guna badan besar tapi takut nak melawan..
Quote kelip2_07 11-8-2023 10:17 AM
Binodino replied at 11-8-2023 10:09 AM
Anak iols pernah kena pau duit dengan budak senior. Dia pergi mengadu kat cikgu time rehat, cikgu  ...

yee..cikgu kn maksommm mane blh kena usik..dh la jnis antar wasap lmbt2..bdk skolah ptg tibe2 wasap kata digalakkan pkai bj skolah..ms tu dh pkul 11pg..mane sempat dh nk tkr..lgpn kpm xde bgtau pn kena pkai uniform
Quote Suchi 11-8-2023 10:33 AM
kelip2_07 replied at 11-8-2023 10:17 AM
yee..cikgu kn maksommm mane blh kena usik..dh la jnis antar wasap lmbt2..bdk skolah ptg tibe2 wasa ...

Skrg dh kena pakai baju sekolah ke? Anak iols menten pakai baju pj lagi.

Selagi menteri kpm tak kuar apa2 iols wat bodo je dulu
Quote Suchi 11-8-2023 10:38 AM
dua_chzy replied at 11-8-2023 09:13 AM
Haih.

Bila budak2 buat jahat pehtu mak pak idok disiplinkan atas alasan, "ala biasalah budak2", mak ...

Dasat sekolah uolss
Form berapa tu?

Mak pak semua akan ngaku anak dia baik anak mati meninggal eksiden beramai2 atas highway pun duk kata anak dia tak berlumba tp cuma bawak laju blablaaa

Quote dua_chzy 11-8-2023 10:42 AM
Edited by dua_chzy at 11-8-2023 02:46 AM
Suchi replied at 11-8-2023 02:38 AM
Dasat sekolah uolss
Form berapa tu?



Dasat. Padehal sekolah luar bandar je pon. Form 2. Btw mungkin pentadbir malas buat keje betul2 sebab tak dapat lawan suara mak pak. Sekolah ni terkenal dengan mak pak kaki bekap anak. Haha. Aiols cadang buat laporan polis, kenakan bebudak tu cukup2 (sebab yang buat tu memang dah banyak kali buat kesalahan berat di sekolah. 2 hari lepas, 2 orang dari bebudak yang ditangkap minum ketum tu pi hisap rokok kat kelas sebelah semasa bebudak kelas tu sedang PJ. Hada cikgu iya kelas2 lain masa tu, bukan takda...) pun deols krik krik aje cadangan aiols.

Sampai sekarang aiols geram bila fikir though bukan anak2 aiols yang buat.

Quote kelip2_07 11-8-2023 10:51 AM
Suchi replied at 11-8-2023 10:33 AM
Skrg dh kena pakai baju sekolah ke? Anak iols menten pakai baju pj lagi.

Selagi menteri kpm tak k ...

yee..ari isnin tibe2 up memo digalakkan pkai bj skolah memandangkan cuaca dh ok katanyee..tp iols mls nk iron ttp bg pkai bj pj..setkt nie blm dgr cikgu komplen..klu komplen mtk dia tnjkkn srt dr kpm
Quote Binodino 11-8-2023 10:56 AM
kelip2_07 replied at 11-8-2023 10:17 AM
yee..cikgu kn maksommm mane blh kena usik..dh la jnis antar wasap lmbt2..bdk skolah ptg tibe2 wasa ...

Yang jenis bagitau last minute ni pun masalah jugak. Esok nak pakai, malam ni baru bagitau. Agaknya cikgu tu ingat mak2 murid dia tu semua surirumah. Pagi2 esok boleh berkejar ke kedai buku beli barang
Quote CiliPadiSedap 11-8-2023 10:56 AM
Edited by CiliPadiSedap at 11-8-2023 11:00 AM

habislah cikgu chazey dh masuk komen. nasib baik kaka cikgu muzik

[youtube]UqWjoJxi_fM[/youtube]

[youtube]_GTgHfbx2IU[/youtube]
Quote talapia 11-8-2023 11:37 AM
prettyuglybabe replied at 11-8-2023 10:13 AM
acik ajar la anak acik tu melawan semula..
apa guna badan besar tapi takut nak melawan..

huhuhu...
ramai parents yg taknak ajar anak berlaku ganas camtu..
pesan kat anak.. kalau sape2 buat.. bagitau cikgu. Gitu je la.. tapi tak semua benda cikgu bole pantau. Kesian anak2 kita..

pada aku... kita kena persiap anak kita kental dulu..  
kena ejek? Bolayan kan aje
Kena mintak duit.. "awak mintakla kat mak awak"
kena tolak? sekali bole buat tak kisah masuk 2 3 kali.. masing2 ada 2 tangan 2 kaki cukup. Bela la diri. Elak.. takleh elak.. lawan.

Tapi tak semua budak boleh pertahankan diri sendiri...
Yang tu.. memang kita ajar elak kan dari bersemuka dengan bebudak nakal je..
kena pilih kawan.. selalu berdamping dengan cikgu.
bagitau cikgu kalau kawan2 buat apa2
Quote zuriey 11-8-2023 12:11 PM
Ohh igt kan budak dlm kelas anak aku
Rupanya kat kedah
Dlm kelas ank aku mcm ni la tikam guna apa tak tau
Sampai berjahit tangan kwn tu
Baru darjah 1 dah tunjuk samseng
Quote zuriey 11-8-2023 12:17 PM
kelip2_07 replied at 11-8-2023 09:58 AM
cikgu pn buat bodoh jer mak bdk tu komplen

terpaling cikgu..terpaling bz katanyee

Sama lah dgn cikgu kelas anak i
wasap tak pernah balas
Padahal bkn hari2 kita kacau dia
group wasap dia off komen
Ni dah 2 bulan i wasap kata dah transfer duit pibg dia blue tick sajok
At least jawap la "ok"
Quote Suchi 11-8-2023 12:22 PM
dua_chzy replied at 11-8-2023 10:42 AM
Dasat. Padehal sekolah luar bandar je pon. Form 2. Btw mungkin pentadbir malas buat keje betul2 se ...

Form 2 dah mengetum, isap vape

Awalnya dah rosak

Mula2 ketum hat murah dan mudah didapati esok2 ntahlaa
Mak pak plak tak function mencabar sungguh laa


Quote gideoncross 11-8-2023 12:23 PM
dua_chzy replied at 11-8-2023 09:13 AM
Haih.

Bila budak2 buat jahat pehtu mak pak idok disiplinkan atas alasan, "ala biasalah budak2", mak ...

"Malah, suaminya juga enggan masuk campur dalam hal ini bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah dan buruk"

Aiol plak sakit hti bca sentence ni, pdahal budak tu darah dging sndri tpi boleh plak x pduli, alasan nnti jdi buruk. Xkn lh jdi sorg ayah smpai xde hti bila tngok ank sndri cdera? Ni klau klau iol ada anak & anak iol kna cmni, siap lh c plaku, x kira budak kcil or not.
Quote gideoncross 11-8-2023 12:25 PM
Edited by gideoncross at 11-8-2023 12:27 PM
Suchi replied at 11-8-2023 12:22 PM
Form 2 dah mengetum, isap vape

Awalnya dah rosak

Jiran iol ank dia awl2 dh mrokok, kna buang skolah pun ya sbb dlu sllu escape skolah & attendance less than 75%. La ni dpt news yg dia rupa2 nya dh msuk pnjara, sbbnya psal temankan kwn gi mncuri, gila.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.051533 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top