CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Acacia Lega Mohamad Safiq Diheret Ke Mahkamah Selepas 8 Tahun

10-8-2023 07:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14687| Komen: 70

Petaling Jaya: Seorang jurufoto yang juga mangsa menghendap dan gangguan seksual seorang lelaki selama lapan tahun menarik nafas lega susulan ‘kemenangan’ akhirnya berpihak kepadanya.

Ia susulan mahkamah hari ini memerintahkan lelaki yang membuat gangguan itu, Mohamad Safiq Rosli, 37, menjalankan permerhatian psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.


Wanita tersebut Acacia Mardiana Daud, 31, mengucapkan terima kasih kepada rakan rapatnya, keluarga dan orang ramai atas sokongan dan kekuatan yang diterima selama ini.


Ujarnya, kes yang akhirnya dibawa ke mahkamah ini melibatkan usaha pelbagai pihak khususnya peguamnya yang mengetahui apa yang perlu dilakukan bagi mengheret si pelaku ke mahkamah.

“Saya terjaga pukul 5 pagi dan lihat banyak video dia (suspek) bergari dan diapit polis. Ia adalah kemenangan positif yang perlu saya raikan.

“Saya berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Komunikasi dan Digital dan banyak lagi organisasi lain yang memperjuangkan undang-undang penting ini untuk digubal.


“Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 507A Undang-undang Anti-Stalking yang baharu dimana ia tidak pernah dicetak dalam buku undang-undang,” katanya dalam hantaran di Insta Storynya hari ini.

Tambahnya, kemenangan yang dirai hari ini adalah untuk semua mangsa-mangsa sepertinya dan untuk Malaysia yang lebih selamat.

Dalam pada itu, Acacia turut menggesa mangsa-mangsa diluar sana sepertinya supaya kekal kuat, dapatkan sokongan, dan buat laporan polis dengan segera.


Katanya, menghendap dan menganggu seseorang adalah jenayah yang berleluasa dan menjejaskan ribuan rakyat Malaysia setiap hari.

“Mangsa terpaksa menanggung kesalahan, menukar lokasi, menyesuaikan gaya hidup mereka, hanya untuk hidup aman di negara ini. Walaupun saya berasa sangat kesepian, saya tahu saya tidak bersendirian dalam perjuangan saya.

“Saya bersyukur pengalaman saya tular dan kisah saya didengari oleh ramai pihak. Jadi saya gunakan platform ini untuk memastikan isu ini dipandang serius sebelum lebih ramai mangsa maut.

“Kisah saya bukanlah yang pertama terjadi. Saya sendiri tidak tahu di mana kisah saya akan berakhir, tetapi saya tahu saya perlu mengajak orang lain juga bersama-sama saya,” luahnya.

Hari ini, tertuduh, Mohamad Safiq mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan bekas pereka sambilan itu didakwa menggunakan akaun Twitter “@sopert99” telah secara berulang mengganggu Acacia kepada akaun Twitter “@ShaFoShizzle”.

Lelaki berusia 37 tahun menjadi individu pertama dituduh dibawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 507A baharu, sesiapa yang berulang kali melakukan sebarang tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan atau mengetahui bahawa berkemungkinan menyebabkan kesusahan, ketakutan atau kecemasan kepada seseorang mengenai keselamatannya, boleh disabitkan melakukan kesalahan menghendap. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote opie5662 10-8-2023 08:22 PM
Napa pakai mask... Tunjuk pensel kontot ko tak malu... Tp bile dah popular ko malu2 plak tunjuk muka
Quote hareeeesah 10-8-2023 08:33 PM
fam sapit ni xde dtg ke? Mmg biar je ke ank adik dorg mcm ni?  
So happy for acacia..
kes yg rumah retis kena pecah masuk kat kenny hills tu pn scary.
Quote makneng 10-8-2023 08:34 PM
Edited by makneng at 10-8-2023 08:37 PM

Bior tak hensem jgn jahat. Ni jahat pun ya, tak hensem pon ye. Jenis2 yg layan porn, ngidam awek cun tapi sendiri serupa beruang #donebodyshaming
Family pun sejenis enabler agaknya. Bodoh sungguh habiskan masa buat keje sia2. Please go die sopert!
Quote airmineral 10-8-2023 09:34 PM
keji dan jijik okey tyg kote bersepah²
Quote airmineral 10-8-2023 09:34 PM
pastu tunggang ayat quran pulak
cibai btol laki ni
Quote OshinDaSolja 10-8-2023 11:12 PM
8 tahun baru dpat tangkap... lama betul... kesian kt Acacia ni... semoga mamat psycho tak guna ni kena penjara dan disebat dgn segera...geram pulak iollz
Quote namieamuro 10-8-2023 11:25 PM
hrpnye si saiko ni tak lepas la dgn gune kad mental oku bagai. ramai mate tertumpu dkt kes ni since ni kes pertame libatkan stalker saiko nk mampus.

Quote namieamuro 10-8-2023 11:26 PM
makneng replied at 10-8-2023 08:34 PM
Bior tak hensem jgn jahat. Ni jahat pun ya, tak hensem pon ye. Jenis2 yg layan porn, ngidam awek cun ...

dh tau ke sape family die? nk tau gk vvvip mane yg biar anak mental kacau org ni.
Quote albedah 10-8-2023 11:27 PM
Tertarik dgn namanya yang Acacia. Aku nak boh anak nama Exora pun laki reject
Quote miss_perfect 10-8-2023 11:58 PM
Harap masuk la ke dalam tak keluar2...

Btw I rasa macam sebenarnya ada orang yg feed info kat mamat ni, maybe orang yg dengki pada Acacia tu. Kalau tak cemana mamat tu boleh sampai ikut dia kat UK tu
Quote edayildiz 10-8-2023 11:59 PM
i pernah kena masa umo 13 thn ngn bapak kwn i..he stalk i mandi..sial punya org tuaa
Quote Carcosa 11-8-2023 12:13 AM
Padan muka si gundu pensil kontot ni. Dia ingat dia kebal agaknya. Yelah, 8 tahun idup aman2 jah. Smp ke UK sana hah. Kemain tinggi taste engko ya Mat?
Sedor diri lah hoiiii, cari yg sekufu pls. Dah minah tu taknak, engko try lah Enot. Mana tau kau boleh straight kan dia balik. Rupa engko pon sikit lebih kurang dgn betina pengkid "husband" si Enot tu. So taklah rasa kehilangan sgt si Enot lessy tu.
Quote Rogue98 11-8-2023 01:00 AM
Asal kacau orang jer mahkamah suruh masuk mental hospital..
Quote BoongaKertas 11-8-2023 07:43 AM
acacia ni comel lah. iols sbg gegirl merasakan muka sheols sdp mata memandang. sejenis air muka lembut.

takde sape ke nak spill pervert ni family dia background mcm mana?
Quote azimodin 11-8-2023 08:21 AM
Pergh, kena stalk 2-3 bulan pon dah rasa cemas.. inikan pulak bertahun-tahun. Tapi yg x sedap bila ada jugak yang menyalahkan si acacia ni padahal si pervert gundu yang x sedar diri. Kalau si gundu ni adik aku, dah lama aku terajang kepala dia.
Banyak perempuan kat dunia ni. Bila orang dah x suka tu, move on je la. Ko stalk dia pon bukan dia balas perasaan ko tu.
Quote jazaa100 11-8-2023 08:42 AM
namieamuro replied at 10-8-2023 11:25 PM
hrpnye si saiko ni tak lepas la dgn gune kad mental oku bagai. ramai mate tertumpu dkt kes ni since  ...

Ada dulu kes artis yg cantik tu Nasha Aziz pun mzngsa stalker kannn.....siap passng cctv kt dlm rumah nasha sewa tu....
Quote jazaa100 11-8-2023 08:44 AM
azimodin replied at 11-8-2023 08:21 AM
Pergh, kena stalk 2-3 bulan pon dah rasa cemas.. inikan pulak bertahun-tahun. Tapi yg x sedap bila a ...

Mgkin baru dpt jd kes sbb Acacia ada report polis masa dia kat US..
si gundu ni pi US semata² nk intip Acacia....kena t angkap dgn polis sana

Quote jazaa100 11-8-2023 08:45 AM
BoongaKertas replied at 11-8-2023 07:43 AM
acacia ni comel lah. iols sbg gegirl merasakan muka sheols sdp mata memandang. sejenis air muka lemb ...

Dgr kata family dia bkn calang²....
Quote Miss_LoveLeen 11-8-2023 08:46 AM
albedah: Tertarik dgn namanya yang Acac ...
Exora dah jadi nama jenis kereta. Tu yg laki chuolss tak bagi agaknya. Takut nanti kawan2 sekolah ejek.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.048080 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top