CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Baru Kahwin Nekad Curi Kambing Sebab Hutang

10-8-2023 06:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7739| Komen: 2

Jakarta: Akibat masing-masing terjerat hutang, pasangan yang baru berkahwin nekad mencuri kambing penduduk di daerah Kayong Utara, Kalimantan Barat.

Kompas melaporkan Ketua Polis Daerah Kayong Resort Utara Achmad Dharmianto berkata, tiga penjenayah termasuk suami isteri itu ditahan bersama 20 ekor kambing di beberapa lokasi berbeza.


Gambar hiasan

Siasatan lanjut mendapati, pasangan dikenali sebagai BG dan TR itu nekad mencuri kambing kerana baru berkahwin dan berhutang.

"Seorang lagi suspek adalah rakan mereka yang diajak sama untuk mencuri kambing. Rakan mereka itu dikenali sebagai AG.

"Berdasarkan pemeriksaan, pasangan itu nekad mencuri kambing kerana baru berkahwin dan berhutang," kata Dharmianto ketika dihubungi pada Rabu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pelaku menggunakan sebuah kereta Toyota Agya berwarna putih.


"Caranya ialah mereka memerhati haiwan ternakan yang diikat di tepi jalan atau di taman awam.

"Kemudian apabila dikenal pasti tiada gangguan, pelaku memutuskan tali pengikat kambing dan memasukkan kambing itu ke dalam kereta," kata Dharmianto.

Menurut Dharmianto, ketiga-tiga pelaku didakwa melakukan kegiatan curi dengan serata lokasi.

Sebanyak 20 kambing dicuri.

Menurutnya, siasatan mendapati setiap suspek sudah ada tugas masing-masing.

"AG keluar akan dari kereta dan memutuskan tali kambing. BG dan TR menjalankan penyeliaan.

"Apabila sudah selamat, kambing itu dimasukkan ke dalam kereta dan mereka bergegas pergi," katanya.

Kes itu kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kkm123 15-8-2023 10:28 AM
semoga hingga ke jannah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.085822 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top