Pelawak Shuib sudah memfailkan saman terhadap seorang lelaki dikenali sebagai John Dihani atau nama sebenarnya Mohd Johan Dihani Mohd Zaini yang didakwa memfitnahnya di laman sosial. Shuib atau Shamira Muhamad, 39, berkata, tindakan tersebut diambil susulan fitnah yang dibuat bukan sahaja menjejaskan nama baiknya tetapi melibatkan maruah keluarga serta perniagaan diusahakan.
"Saya menerusi peguam telah memfailkan saman kepada seorang individu yang memfitnah saya melalui media sosial. "Penggunaan media sosial secara meluas menyaksikan penyebaran fitnah dan berita palsu sehingga menjatuhkan reputasi pihak-pihak tidak bersalah. "Saya percaya tanggungjawab menentangnya bukan hanya terletak pada individu dianiaya tetapi semua masyarakat," katanya.
Dalam pada itu, Shuib berkata dia sudah bersedia untuk turun naik mahkamah bagi berdepan kes tersebut demi menegakkan kebenaran serta membersihkan namanya. "Ketika saya buat sidang media Julai lalu, saya pernah menyebut nama dia... Saya sudah bersedia dan ada masa untuk dia, memandangkan dia yang minta (disaman). "Saya akan adakan masa itu, sebab dia yang mahu," ujarnya. Sementara itu, peguam Syed Afiq Syed Albakri berkata, pada 4 Julai lalu, John Dihani ada membuat permohonan maaf kepada Shuib namun mengubah kenyataan selepas itu. Ia susulan pada 10 Julai lalu, John Dihani yang juga defendan kes tersebut menyatakan dia tidak bersetuju dan menafikan semua fitnah yang dikeluarkan. "Pihak kami memfailkan saman terhadap defendan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan akan menyerahkan writ saman dan penyata tuntutan kepada defendan melalu peguamnya. "4 Julai lalu dia buat permohonan maaf tapi 10 Julai pihak kami terima surat daripada peguamnya menyatakan dia tak setuju dan menafikan semua fitnah yang dikeluarkan," katanya. Pada 4 Julai lalu, Shuib berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya dia terlibat dengan dengan ikutan Freemason. Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut mendakwa Allahyarham isterinya, Siti Sarah ditidurkan secara paksa kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu mengandung tentang risiko tidak mengambil vaksin. Walau bagaimanapun, salah seorang individu yang memfitnah Shuib iaitu Zulhairi Abu Othman, 35, telah bersemuka dan tampil membuat permohonan maaf. Manakala John Dihani pula tampil membuat permohonan maaf tidak lama selepas itu menerusi satu hantaran di media sosial. Dia mengakui kesilapan berkongsi kandungan tanpa fakta tepat dan mengakui tindakannya itu memburukkan keadaan. Bagaimanapun, Shuib bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap John Dhani kerana enggan tampil bersemuka. Sumber: mStar
|
red_velvet replied at 10-8-2023 02:32 PM
Tengok je dah tau siapa yg menang kes ni . Johan dihani tu kalau stalk ig dia semua sembang pasal t ...
Suci_Murni replied at 10-8-2023 02:38 PM
Johan ni yang jumpa bermask bagai minta maafkan? Sbb tgk ritu IG dia. Lepas kes jumpa soib ritu di ...
Suci_Murni replied at 10-8-2023 02:38 PM
Johan ni yang jumpa bermask bagai minta maafkan? Sbb tgk ritu IG dia. Lepas kes jumpa soib ritu di ...
red_velvet replied at 10-8-2023 02:32 PM
Tengok je dah tau siapa yg menang kes ni . Johan dihani tu kalau stalk ig dia semua sembang pasal t ...
CiliPadiSedap replied at 10-8-2023 06:22 PM
mana ye kaka blastoff. teringat dia dengan teori bumi itu bulat
lightheaded67 replied at 10-8-2023 06:24 PM
bukan ke petak?
ADVERTISEMENT