Kota Kinabalu: Seorang pengasuh taska di Luyang yang disyaki mendera kanak-kanak lelaki empat tahun di taska berkenaan direman seminggu. Perintah reman ke atas wanita berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, suspek itu ditahan awka pagi tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. "Setakat ini, polis menerima tiga laporan polis daripada ibu mangsa, pengusaha taska dan pengasuh taska (suspek) yang mendakwa dikasari bapa kanak-kanak terbabit," katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Phoong Jin Zhe dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris bersama pegawai serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Kinabalu mengadakan lawatan dan tinjauan di taska berkenaan, pagi tadi.
Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 12 saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditendang, ditampar dan rambut ditarik oleh pengasuh di sebuah taska di Luyang sejak petang tadi. Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak lelaki itu ditampar dan dipukul menggunakan pembaris di muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan. Sumber: BH Online |
Carcosa replied at 11-8-2023 12:46 AM
Oooooo bapak budak tu sempat la kasari si anak haram tu??
Bagus, bagus!! Harap2 apak budak tu dpt le ...
Peduli la sy mau viral juga muka dia!! Sakit hati sy !!
Nama teacher ni teacher Melona, anak sy skolah di sini dri umur 1-4 tahun tahun 2019-2022 ..tukar2 teacher sana, teacher yg ni start mcm masa mco tu, tapi time umur 4tahun 2022 teacher ni guru class anak sy, memang dia jaga budak 4tahun ,setahun juga oh anak sy d bawa jagaan dia, time ni anak sy memang slalu balik skolah luka2, benjol2, lebam tapi bila sy tanya cigu sana, “biasa la mami, budak2 bermain, budak2 terhantuk, berlari2 terjatuh” kebodohan sy sbb tidak cek cctv masa tu sbb anak sy boy so sy fikir mgkin memang anak sy nakal, anak sy pernah bgitau “ mami tadi teacher melona marah sy pukul sy” tapi sy fikir mgkin anak sy buat salah bersalah btul sy sama anak sy oh, spnajng umur 4tahun tu kurang anak sy pigi skolah, ada yg halfday ja sy hntar sbb anak sy fullday bah d sana!!
Lpas tu,Sy kasi pindah anak sy sbb sy perasan anak sy tak da perkembangan pelajaran n attitude dia tidak bgus pandai middle finger, pndai ckp bad words, kalau marah teriak2 , memukul .. so sy pindahkan dia pigi Tadika Chung Hwa Penampang class grasshopper( the best teacher, soft spoken )… syukurr anak sy bnyak perubahan dia di skolah ini !!
Bila sy tgok video ni, sakit btul hati sy oh patut la tergerak btul hati sy mau kasi pindah dia!!Thank God
Dlm video budak yg kena pukul tu, anak kwn sy, kicii ja gia tu budak, good boy lagi btul2 good boy yg dengar cakap!!
KamikuP replied at 11-8-2023 11:49 AM
Fuhh puas hati meolls tengok pengasuh ni kene balun kaw kaw.. kalau parents ni kene tahan ayuh kita ...
lasagna replied at 11-8-2023 11:56 AM
ada juga 1 lg video yg mak budak tu pun lempang kan pengasuh tu jugak.
apa dia ingat beranak ni ke ...
aint replied at 11-8-2023 04:35 AM
padan muka pengasuh... ada bukti cctv, pengasuh dr neraka ni buat pd budak 4 thn... budak tu raba t ...
ejans replied at 11-8-2023 03:18 PM
Adalah tu cikgu yg tak nak bersekongkol..
Aku dulu kantoi cikgu taska buat x elok dkt budak2 pon s ...
ADVERTISEMENT