Pelakon Emma Maembong mengakui bukan mudah untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan dua cahaya mata. Tidak menggunakan jalan pintas, Emma atau pemilik nama penuh, Fatimah Rohani Ismail berkata, selain mengamalkan senaman dia turut mengawal pemakanan.
"Saya sudah lebih kurang tiga bulan bersalin cahaya mata kedua dan bukan sesuatu yang mudah sebenarnya untuk kembali mendapatkan berat badan ideal. "Malah, pada peringkat awal saya langsung tidak menyentuh nasi. Tidak dinafikan menganggu mood sehinggakan saya menjadi 'cranky' kerana menahan lapar. "Jadi apabila ada yang kata, jalan itu lebih mudah buat saya tidak benar sama sekali. Selain bersenam saya juga menahan lapar. Mungkin dulu saya tidak bersenam namun metabolisma kini tidak lagi sama. "Seandainya tidak bersenam, lemak selepas bersalin itu menjadi tepu dan sukar untuk dikurangkan. Jadi, ambil masa juga sebenarnya," kata Emma.
|
sangbara2020 replied at 10-8-2023 02:16 PM
cmne dia dpt nm maembong........??????????
prizadane replied at 10-8-2023 02:30 PM
Tu nama ayah she. Nama ayah she ismail embong. Sebut laju laju jadi la maembong. Memang orang pang ...
Hoshhi replied at 10-8-2023 03:03 PM
Jahtek pun nak kurus kena bersenam...Jangan tau nak gesek laki je macam kucing betina birah yang nak ...
Hoshhi replied at 10-8-2023 07:03 AM
Jahtek pun nak kurus kena bersenam...Jangan tau nak gesek laki je macam kucing betina birah yang nak ...
ADVERTISEMENT