CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4242|Reply: 15

Tiada Jalan Pintas Untuk Kurus, Emma Maembong Bersenam Demi Berat Badan Ideal

[Copy link]
Post time 10-8-2023 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Emma Maembong mengakui bukan mudah untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan dua cahaya mata.


Tidak menggunakan jalan pintas, Emma atau pemilik nama penuh, Fatimah Rohani Ismail berkata, selain mengamalkan senaman dia turut mengawal pemakanan.






"Saya sudah lebih kurang tiga bulan bersalin cahaya mata kedua dan bukan sesuatu yang mudah sebenarnya untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.


"Malah, pada peringkat awal saya langsung tidak menyentuh nasi. Tidak dinafikan menganggu mood sehinggakan saya menjadi 'cranky' kerana menahan lapar.


"Jadi apabila ada yang kata, jalan itu lebih mudah buat saya tidak benar sama sekali. Selain bersenam saya juga menahan lapar. Mungkin dulu saya tidak bersenam namun metabolisma kini tidak lagi sama.


"Seandainya tidak bersenam, lemak selepas bersalin itu menjadi tepu dan sukar untuk dikurangkan. Jadi, ambil masa juga sebenarnya," kata Emma.


  



Tegas Emma, langkah menurunkan berat badan diambil bukan saja kerana mahu kembali bekerja semata-mata sebaliknya atas faktor kesihatan juga.


"Saya berdiet dan bersenam bukan kerana tawaran berlakon semata-mata, sebaliknya atas faktor kesihatan juga.


"Bukan apa, semakin meningkat usia, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan. Jadi tiada jalan pintas untuk kurus," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul. Setuju dgn emma
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:16 PM | Show all posts
cmne dia dpt nm maembong........??????????
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa..ko muda la mudah je nk turun berat badan...akak yg tua ni pun berat hanya 53kg sekarang ni..hari tu aku melantak x hengat lepas raya naik 55kg...sb sebelum tidur aku mkn..sekarang ni turun 2 kg sb aku mlm dah kurang mkn...bukan x mkn langsung tp kurang..tp aku suka pulak berat mcm ni...sebelum puasa dan raya aku 49kg...ye la bila aku bawah 50kg org kata aku kurus sgt...laki pun asyik komplen aku kurus dia suruh berisi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sangbara2020 replied at 10-8-2023 02:16 PM
cmne dia dpt nm maembong........??????????

Tu nama ayah she. Nama ayah she ismail embong. Sebut laju laju jadi la maembong. Memang orang panggil ayah sheols maembong
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi bukan ke sbb consume veryyfull tu? dah tak jadi duta ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahtek pun nak kurus kena bersenam...Jangan tau nak gesek laki je macam kucing betina birah yang nak mengawan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 03:30 PM | Show all posts
prizadane replied at 10-8-2023 02:30 PM
Tu nama ayah she. Nama ayah she ismail embong. Sebut laju laju jadi la maembong. Memang orang pang ...

ok tq info....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Emma lama2 hampir seiras dgn mak sheols…
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoshhi replied at 10-8-2023 03:03 PM
Jahtek pun nak kurus kena bersenam...Jangan tau nak gesek laki je macam kucing betina birah yang nak ...

Hehe terselit jua kisah jah. Btw tak caya la aku benda yg depa telan tu boleh kuruskan badan. Silap2 bawak penyakit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoshhi replied at 10-8-2023 07:03 AM
Jahtek pun nak kurus kena bersenam...Jangan tau nak gesek laki je macam kucing betina birah yang nak ...

hahaha...itu lembaga susah nk kulush...tgk kuturunan la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 08:16 PM | Show all posts
mcmmana la mak2 dolu beranak 8-10 orang... dah jd nenek menten pinggang kerengga
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik Emma nie & setuju apa yg dia cakap tu.  Tak de lah dia suruh makan supplemen ke benda2 yg mengarut tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
I see,, iollz klau nk reduce weight iollz akan puasa makanan/minuman manis 3-4 bulan
.. langsung takde manis...minum pun air kosong je siang malam... fokus utama iollz ialah gula, baru lemak dan minyak... sbb iollz rsa gula yg paling bahaya... at the same time lemak dan minyak pun iollz minimize kan...klau mkan ayam iollz mkan isi breast putih je tak mkan wings or drumstick..nk manis2 mkan buah je...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak minah ni. Ckp yg agak betul lah kan.
Taklah sugar coat, ckp eh taklah, saya makan je semua, tapi mmg keturunan badan gini.
Cam siyel je.
Mmg cranky nak mampos lah kan, kalau tak dpt nasik. Lagi hangin lagi kalau lapo. Kena bersusah payah nk kurus, bukan senang. Bagus budak ni.
Tak suruh telan isap2 apa tah, yg si NadKangkang makan tu. Meluat tgk muka dia. Skrg tgh bunting muka dah mcm kena sengat tebuan. Yihhhh. Meluat
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
X cayalah la semata jaga makan..mesti ada buat cucuk2 mcm trend artis skrg ni nak.kurus... tgk la ramai artis skrg kurus mengejut..paling ketara fasha dgn rozita ibrahim tu..makin pelik kurus di tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.045599 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list