CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dalang Jual Darjah Kebesaran Pahang Di Platform E-Dagang Sudah Dikenal Pasti

10-8-2023 01:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2977| Komen: 2

Kuantan: Polis sudah mengenal pasti dalang yang menjual bintang dan lencana darjah kebesaran Pahang melalui platform e-dagang tanpa kebenaran.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan setakat ini.


Katanya, ini kerana pihaknya masih lagi menjalankan siasatan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

YAHAYA ditemui pada Majlis Pelepasan Petugas Bantuan Sumber Manusia (BSM) Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15. FOTO Farizul Hafiz Awang

"Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan pada masa sama kita sudah mengenal pasti dalang terbabit.

"Sebenarnya penjualan darjah kebesaran itu berlangsung selama seminggu di platform itu sebelum ia ditutup disebabkan tular di media sosial," katanya ketika ditemui media pada Majlis Pelepasan Petugas Bantuan Sumber Manusia (BSM) Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke -15 di Dataran Kawad, Kompleks PDRM Alor Akar, di sini, hari ini.


Pada 11 Julai lalu, polis menyiasat kegiatan penjualan bintang dan lencana darjah kebesaran negeri Pahang melalui platform e-dagang tanpa kebenaran.

Kegiatan penjualan itu dikesan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan menerima laporan.

Siasatan awal mendapati satu set darjah kebesaran itu dijual pada harga melebihi RM1,000.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.

Yahaya dalam kenyataan sebelum ini berkata, semua pihak tidak dibenarkan memasang atau memaparkan lambang atau emblem darjah kebesaran Pahang pada mana-mana bahagian kenderaan mereka tanpa kebenaran.

"Mana-mana individu yang disabitkan bagi kedua-dua kesalahan berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 11-8-2023 01:02 AM
Hahhahahha siasat sekali minah delusional yg acah2 Datok Seri Atiqah gila yg sponsor Kak Ani concert tak laku tu. Kahkahkah. Gegehhhh satu family dato sana, dato sini. Dia kena up sikit, Dato Seri. Cara berckp pon erk ork erk ork, mcm org kena stroke. Ada hati Dato Seri. PUIIIIIII!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.110567 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top