Batu Gajah: Pemilik butik produk kecantikan mengalami kerugian sebanyak RM7,000 selepas disamun oleh seorang individu yang dikatakan melakukan jenayah itu menggunakan payung. Polis memburu individu yang melakukan jenayag tersebut di Jalan Pandak Akhat, di sini, petang semalam,
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, suspek dipercayai lelaki tempatan melarikan wang tunai dan barangan kemas milik penjaga premis yang juga seorang wanita. Beliau berkata, suspek dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) membawa payung ketika masuk ke premis sebelum menggunakannya untuk menggertak mangsa menyerahkan barang berharga. "Suspek mempunyai fizikal dengan ketinggian sederhana dan berbadan kurus. Semasa kejadian, suspek memakai baju lengan panjang warna kelabu, berseluar panjang warna hitam, bertopi keledar hitam dengan visor gelap dan berkasut putih.
"Polis sedang berusaha mengesan suspek bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menghubungi pegawai penyiasat jenayah Inspektor Nurhidayah Omar di talian 0133976564 atau bilik gerakan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di talian 05-3654322 / 05-3629050 bagi membantu siasatan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Sumber: Harian Metro |
supernaturalee replied at 10-8-2023 01:34 PM
"Semasa kejadian, suspek memakai baju lengan panjang warna kelabu, berseluar panjang warna hitam, be ...
supernaturalee replied at 10-8-2023 01:34 PM
"Semasa kejadian, suspek memakai baju lengan panjang warna kelabu, berseluar panjang warna hitam, be ...
_blackbird replied at 10-8-2023 02:12 PM
rambutmu hitam jambul didepan. berbaju bunga, seluar yankee, berkaki ayam. owhh adindaaa....
ADVERTISEMENT