Penyanyi Waheeda menzahirkan rasa syukur apabila namanya kembali menjadi sebutan peminat selepas tular persembahannya menyanyikan lagu Wassini pada Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 2003. Pemilik nama sebenar, Norwahidah Abdul Wahab mengakui terharu dengan sokongan dan ingatan peminat terhadapnya biarpun sudah lebih 10 tahun menyepi.
"Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih dan bersyukur, benda sebegini buat saya terharu. Mereka sangat baik," katanya dalam satu temu bual bersama Melodi. Dalam pada itu, Waheeda turut menyangkal dakwaan yang mengatakan dia tidak lagi aktif dalam dunia nyanyian kerana dihalang oleh suaminya, Ustaz Akhil Hayy yang juga seorang pendakwah bebas dan penyanyi.
"Kesian suami saya, banyak kena tuduh macam-macam. Pada mulanya berundur sekejap. Berhenti itu sebab nak kenal Al-Quran semula, lebih pada mencari ilmu. "Ia tidak ada kena mengena, sebenarnya nak berhenti sebelum kahwin lagi tetapi saya tak tahan dan saya kena berhenti. Suami saya cakap, 'Aku tak pernah halang dia, kongkong dia, lagi-lagi bab muzik sebab itu memang jiwa saya'. "Sehingga ke hari ini, saya membesar dengan muzik, pada dia 'teruskan'," katanya lagi. Sementara itu, Akhil Hayy turut memberikan respons dengan menegaskan tiada isu menghalang isterinya itu untuk berkarya.
"Saya sebagai suami sudah tentu saya hanya mengawal, memang dia sudah berhijrah, dia berhenti untuk kegiatan seni walaupun bukan sepenuhnya atas dasar-dasar hukum. "Alhamdulillah, so far so good, tiada isu pun, kalau saya tiada kelak dan dia ingin kembali, itu hak dia. Tapi masih bersama itu saya nampak, beliau berhijrah kerana Allah. "Apa pun terletak atas niat masing-masing. Sebagai suami saya hanya mengawal keadaan itu suapaya nanti tidak disoal siasat dan dipertanggungjawab di masyar kelak," kata Akhil Hayy. Sumber: Xtra, Melodi
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|