CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kambing Pelik, Gemar Makan Mi Goreng, Mandi 2 Kali Sehari

9-8-2023 08:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2259| Komen: 11

Jakarta: Seekor kambing di Banjarnegara, Indonesia tular kerana gemar makan mi goreng bersama telur, lapor laman berita iNewsJateng hari ini.

Haiwan berusia enam bulan diberi nama Kuncoro itu dikatakan berbeza daripada kambing lain.


Hadi memberi hidangan mi goreng kepada Kuncoro. - Elis Novit

Pemiliknya, Hadi, yang merupakan penduduk di Kalibening berkata, Kuncoro mempunyai tabiat unik sejak lahir.

Selain hobi makan mi goreng, Kuncoro juga gemar makan kerepek ubi kayu, biskut dan minum susu lembu.

Rumput dan daun hanya diberikan sebagai hidangan sampingan atau pelengkap oleh tuannya.

Selain itu, Kuncoro akan mengikuti Hadi ke mana sahaja dia pergi.

Pada waktu siang, ia dibenarkan bermain di dalam rumah dan hanya akan dimasukkan ke dalam kandang pada waktu malam.


Kuncoro juga dimandikan dua kali sehari supaya kekal bersih dan wangi. Pada sebelah petang, ia dibawa bersiar-siar dan menjadi perhatian penduduk. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 9-8-2023 09:31 PM
Kucing yg dibela org indon boleh makan apa saja,  kacang tanah tauhu lempeng semua makan bagus tak memilih
Quote airfilterkotor 9-8-2023 09:35 PM
Takde apa yg pelik kalau cerita pelik² mari dari seberang.
Quote Skuau 9-8-2023 11:34 PM
apa yg pelik...ulau pon indon boleh ajak berdangdut...
Quote hokeypokey 10-8-2023 08:53 AM
kambing ni bela dlm rumah kot, sbb tu makan pun mcm tuan dia
Quote noor2 10-8-2023 09:01 AM
Yang pelik tu ko...tuan kambing tula...yg ko bg kambing tu mkn Mi dan mandikan dia mmg la dia ikut...ada dia ckp dia mintak mi ke asalnya?..
Bodoh...attention seeker
Quote Suchi 10-8-2023 09:12 AM
Ini bkn kamben yg aneh tp tuan dia yg aneh.

Kamben tu bkn masak sendiri pun mi tu kan kalau bkn kamu yg masakkan utk dia.
Quote KirazMevsimi 10-8-2023 09:12 AM
makan modal ye kuncoro. kemainnnn makanan minumannyaaa. mandi lagi
Quote esbok 10-8-2023 09:26 AM
dah kambing nya duduk dalam rumah, semua benda dalam rumah dia telan lah
Quote kucingitam 10-8-2023 09:28 AM
lagi pelik kalau takde benda yang pelik2 terjadi kat negara seberang
Quote sangbara2020 10-8-2023 09:53 AM
ala sian kamben tu...
sok dh xde mknn kita semelih kamben tu lak

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.189435 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top