CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 15 Tahun Ditahan Intai Wanita Dalam Tandas

9-8-2023 08:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2359| Komen: 5

Tapah: Lelaki yang diburu polis selepas dipercayai mengintai seorang wanita di tandas sebuah stesen minyak di sini Sabtu lalu, telah tampil menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asnawi berkata, suspek berusia 15 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada pukul 9 malam pada Ahad.



“Remaja itu datang bersama bapanya ke IPD Tapah dan mengaku dia merupakan individu dalam kes yang disiasat. Kawad cam telah dilakukan oleh mangsa dan suspek dikenal pasti melalui bentuk fizikalnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, rampasan telah dilakukan terhadap baju suspek yang dipakai ketika kejadian.

“Siasatan sedang dijalankan dan kes akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, polis sedang mengesan seorang lelaki susulan laporan polis dibuat wanita yang mendakwa diintai seseorang melalui ruang atas tandas semasa sedang menggunakan tandas di stesen minyak berkenaan.


Berdasarkan semakan televisyen litar tertutup (CCTV), didapati seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan telah masuk ke dalam tandas wanita sebelum beredar menaiki kereta jenis Toyota Avanza. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kentot_Wangi 10-8-2023 02:19 AM
Satu lagi yg jenis mak2 bawa anak lelaki masuk toilet tu... Suruh anak2 tu duduk jauh ckit dr tandas. Ak pernah kot kena intai dgn anak dorg ni dari bawah tu.. Arghh.. Giler betul...
Quote Carcosa 10-8-2023 03:05 AM
La, budak 15 tahun ke??
Babinya kau dek. Semoga mampos kau diterajang dgn abam2 polis nnti
Quote jalfa 10-8-2023 03:06 AM
Ko dah kenapa intai.org beghak dek...nampak tahi je kot...mana nak nampat burit pon.  Adehhhhh
Quote otai_g 10-8-2023 04:04 AM
jalfa replied at 10-8-2023 03:06 AM
Ko dah kenapa intai.org beghak dek...nampak tahi je kot...mana nak nampat burit pon.  Adehhhhh

Mn ko Tau dia tgh berak. Mungkin kencing. Hahaha

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.211539 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top