CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'PN Tidak Boleh Bentuk Kerajaan Pusat' - Zahid Hamidi

9-8-2023 08:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3643| Komen: 31

Pasir Puteh: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi peringatan kepada Perikatan Nasional (PN) bahawa gabungan itu tidak boleh membentuk kerajaan walaupun menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.


Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan kini mempunyai seramai 148 Ahli Parlimen dan kalau mereka melompat parti, kerusi mereka akan kosong.


"Begitu juga Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, semuanya terikat kepada Akta Anti Lompat Parti.

"Mereka (PN) tidak boleh membentuk kerajaan (Pusat) dengan adanya akaun bersumpah. Kalau ini pun tidak difahami oleh seorang Presiden sebuah parti (Tan Sri Abdul Hadi Awang).

"Sepatutnya dia (Abdul Hadi) memahami perkara yang (boleh) membentuk kerajaan secara demokratik dan saya harap apa yang berlaku di negeri-negeri ini memang tidak akan pernah berubah kedudukan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Program Pemimpin Bersama Masyarakat di Kampung Nelayan Tok Bali di sini, hari ini.

Terdahulu, Presiden Pas sekali lagi mendakwa kemenangan PN dalam enam negeri pada PRN, 2 Ogos ini akan membolehkan berlaku perubahan dalam kerajaan Pusat dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, dakwaan itu berdasarkan terdapat sokongan daripada Ahli Parlimen di dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan termasuk dari Sabah dan Sarawak yang akan menyokong PN jika gabungan memenangi PRN di enam negeri.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno, berkata kini Kerajaan Perpaduan ada 148 Ahli Parlimen dan kerusi di Pulai, Johor kosong selepas Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia.

"Insya-Allah akan ada pilihan raya kecil dan kita akan memperkenalkan calonnya," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 9-8-2023 08:15 PM
Ya tapi tolong bagitau anwat supaya tukar beberapa oramg menteri yang tak perform

Pada pengamatan bangkem ada 10 orang menteri PH yang tak perform.. sila gantikan dengan menteri dari umno lepas PRN kelak
Quote lanacondor 9-8-2023 10:21 PM
Xtau la nk pangkah sp skg. Msg2 gile kuasa xde Pon nmpk nk jg kebajikan rakyat.
Quote Kuin-Kepam 10-8-2023 07:41 AM
yg x paham perlembagaan je dok sembang kedai kopi pasal ni..
Quote sangbara2020 10-8-2023 08:05 AM
elok bg pembangkang penuh parlimen tu..kahkahkah
Quote krustykrab 10-8-2023 08:08 AM
Asal nmpk je muka dia ni rasa nk bg penampo je
Quote juboqhang 12-8-2023 08:16 AM
Berani ke lompat? Juta wey kena bayar balik...
Quote Minami2013 12-8-2023 08:24 AM
Meluat tgk muka zahid hamidi ni sama je meluat tgk muka hadi awang, anwar ibrahim, muhyiddin yassin, mahathir... puak gile kuase.

Bila la politik malaysia nk ubah pemimpin muda tadbir negara. Masuk umur 50 tahun tak boleh bertanding dah.
Quote shida81 12-8-2023 08:28 AM
Ada akar umbi yg support dia...
Menyampah siak tgk muka dia
Ak x paham knp Umno x blh tumbangkan dia
Quote Samerosie 12-8-2023 10:51 AM
krustykrab replied at 10-8-2023 08:08 AM
Asal nmpk je muka dia ni rasa nk bg penampo je

My sentiment is the same.  Dgn anak dia juga.
Quote Samerosie 12-8-2023 10:53 AM
Minami2013 replied at 12-8-2023 08:24 AM
Meluat tgk muka zahid hamidi ni sama je meluat tgk muka hadi awang, anwar ibrahim, muhyiddin yassin, ...

Kan, patut dah start pass the baton ke yg muda2.  Politicians pencen umur 55 cukup lah at least muda2 tu bawa idea2 baru dan bernas sikit.  Ini muka sama dari muka dia tegang ke wrinkly ke kerepot pastu tegang balik duk bertanding lagi koser.
Quote CiliPadiSedap 12-8-2023 11:04 AM
kemaruk replied at 9-8-2023 08:15 PM
Ya tapi tolong bagitau anwat supaya tukar beberapa oramg menteri yang tak perform

Pada pengamatan b ...

dah jadi khadam roket pun perangai masih sama
Quote kemaruk 12-8-2023 11:09 AM
CiliPadiSedap replied at 12-8-2023 11:04 AM
dah jadi khadam roket pun perangai masih sama

tak abis2 main persepsi

ko tu dulu macam2 ko fitnah najib

apa yang buat ko ingat ko betul kali ni?

maybe ko memang bodoh dan tak layak bagi pendapat
Quote CiliPadiSedap 12-8-2023 11:12 AM
kemaruk replied at 12-8-2023 11:09 AM
tak abis2 main persepsi

ko tu dulu macam2 ko fitnah najib

[youtube]Cy657JZBCU8[/youtube]

najib dah jalani hukuman
Quote CiliPadiSedap 12-8-2023 11:13 AM
lanacondor replied at 9-8-2023 10:21 PM
Xtau la nk pangkah sp skg. Msg2 gile kuasa xde Pon nmpk nk jg kebajikan rakyat.

time nak prn je. cuma kali ni tiada cium keris hidup melayu , cium roket terus.


sama lebai, takde sentimen agama seperti dulu sebab masing2 tengah harap undi berpihak pada mereka.
Quote kemaruk 12-8-2023 11:14 AM

najib masuk penjara takkan cuci dosa ko fitnah najib pon

pernah tak ko fikir sejenak, yang ko ni sebenarnya bodoh?
Quote CiliPadiSedap 12-8-2023 11:15 AM
Kuin-Kepam replied at 10-8-2023 07:41 AM
yg x paham perlembagaan je dok sembang kedai kopi pasal ni..

dh tu boleh tukar cmtu ye? apa kaka faham hanya ketua parti boleh decide berpihak mana. ahli parlimen xboleh melainkan kosongkan kerusi macam contradict dengan sistem demokrasi yang di amalkan selama ni
Quote CiliPadiSedap 12-8-2023 11:17 AM
Edited by CiliPadiSedap at 12-8-2023 11:24 AM
kemaruk replied at 12-8-2023 11:14 AM
najib masuk penjara takkan cuci dosa ko fitnah najib pon

pernah tak ko fikir sejenak, yang ko ni  ...

yang tuduh najib macam2 turun jalan raya orang pakatan haprak. pfft.   skandal 1mdb memang dh jalani hukum . lepas tu nak cakap orang bodoh? mahkamah dh sabit hukum. meroyan lah sorang khadam roket  ni


[youtube]TcGo_bymoqg[/youtube]
Quote CiliPadiSedap 12-8-2023 11:19 AM
Minami2013 replied at 12-8-2023 08:24 AM
Meluat tgk muka zahid hamidi ni sama je meluat tgk muka hadi awang, anwar ibrahim, muhyiddin yassin, ...

tunggu je parti mana bawa perubahan pru akan datang undi mereka.  bukan parti tabur fitnah bina naratif .
Quote CiliPadiSedap 12-8-2023 11:21 AM
krustykrab replied at 10-8-2023 08:08 AM
Asal nmpk je muka dia ni rasa nk bg penampo je

tu lah. tunggu je lepas prn adakah kena gugur kes atau tak? wallahuallam

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.397323 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top