Seorang doktor tak senang dengan minuman yang kini tular di media sosial. Pada mulanya beranggapan si peniaga hanya bergurau apabila memasukkan bahan-bahannya. Namun menerusi hantaran yang dibuat di Facebook Khairy Malik, doktor itu berkata dia tidak menyangka bahawa air yang dicampurkan dengan dua bahan tinggi kandungan gula itu sememangnya dijual kepada orang ramai.
"Saya tak tahu macam mana nak susun ayat. Nanti orang ingat saya nak condemn (kutuk) bisnes orang Melayu. Ada lalu video orang jual minuman di Facebook ni. "Asalnya, dia campur air tin atau air gas berkarbonat dengan susu sejat. Saya tengok boleh tahan banyak sukatannya. Aku ingatkan tu video parodi atau video meme kelakar. Rupanya itu menu sungguh yang memang dijual dan wujud," katanya dalam hantaran yang tular. Dalam hantaran dibuat, doktor ini turut memuat naik satu tangkap layar daripada video tular tersebut.
Rakaman menunjukkan seorang lelaki menuang susu sejat dalam kuantiti agak banyak serta satu tin air bikarbonat ke dalam plastik sebelum digoncang. Menurut Khairy yang merupakan seorang pengamal perubatan yang bertugas di unit kecemasan setiap hari, hantaran dibuat bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai. Menerusi pemerhatian peribadinya sendiri di hospital, pesakit kencing manis yang berada di unit kecemasan kini terdiri daripada golongan muda selain orang muda. "Saya nak tegur ni rasa tak layak sebab saya bukan dietitian atau nutritionist ke apa. "Dulu waktu mula-mula jadi doktor, saya cuma nampak orang atas 50 tahun yang ada diabetes ni. "Tapi semenjak dua hingga tiga tahun ni, jumpa orang yang 30 hingga 40 tahun sudah ada diabetes dengan komplikasinya sekali. Lekangan retina, kegagalan buah pinggang dan polineuropati (gangguan pada banyak saraf)," jelasnya lagi. Mengakui dirinya juga tidak mengamalkan sepenuhnya gaya hidup sihat dengan makan makanan berkhasiat, Dr Khairy memberi peringatan kepada semua termasuk dirinya sendiri. "Saya tahu pemakanan sendiri pun tak bagus juga. Kejap makan M******ds lepas tu air S***b**ks selalu. "Tapi jom la kita sama-sama beringat termasuk saya bahawa diabetes itu penyakit yang sangat bahaya dan susah nak dikawal. "Ni kena dekat batang hidung sendiri juga sebab selalu minum minuman jenama barat lain," katanya lagi. Dalam pada itu, tegasnya dalam hantaran sama, dia tidak menghalang mana-mana individu untuk terus membeli air tersebut kerana ia merupakan pilihan diri sendiri. "Kadang kita rasa benda tu tak manis, rapi kandungan gula kat dalam tu mashaAllah tinggi betul. "Betul, kalau tak nak beli tak payahla beli. Tapi tak payahlah nak hasut orang supaya jangan beli. Eh tidak... saya tak hasut. Nak beli, belilah. "Macam rokok juga, risiko sendiri. Ni peringatan saja. Nanti orang kecam cakap saya yang asyik minum minuman jenama barat, lepas tu minuman tempatan saya sibuk nak komen," katanya lagi. Setelah hantaran tersebut tular, doktor tersebut membalas komen apabila menyedari bahawa ramai yang mengecam luahan dan pendapatnya di ruangan komen. "Saya dah agak ramai kecam. Ramai yang komen ala minuman ni dari dulu dah ada. "Ada yang suruh nasihat jenama lain dulu. Tak kiralah jenama apa pun kalau tak sihat semua tak okay. "Apa-apa pun pilihan di tangan anda. Jangan nak triggered lebih-lebih sangat," tulisnya di ruangan komen.-CARI Sumber: mStar
|
helicornia replied at 9-8-2023 11:51 AM
ofismet aku anak dia baru 22 dh cuci buah pinggang
dia ckp anak dia sedih sbb muda lagi dah mcm tak ...
kucingitam replied at 9-8-2023 03:28 AM
iya betul apa yg dr ni kata..aku tgk gak video tu..bila tgk dia masuk susu tu, ingat dia nak buat ko ...
ADVERTISEMENT