CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul 2 Pagi Masih Lepak Di Luar, Ketakutan Kawan Tiba-Tiba Mengilai Dalam Kereta

9-8-2023 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3202| Komen: 28

Seorang individu berkongsi pengalaman seram apabila rakannya tiba-tiba ‘mengilai’ dalam kereta pada pukul 2 pagi.

Katanya di TikTok, wanita tersebut mula berkelakuan pelik sebelum ‘mengilai’ tanpa henti selama beberapa minit.


Gambar Hiasan

“Sewaktu kejadian, saya sedang memandu kereta. Rakan saya duduk di sebelah. Tiba-tiba dia mengilai tak berhenti, katanya sebab stres.

“Kawan-kawan di tempat duduk belakang mula rasa tidak sedap hati. Tak pernah kawan saya itu ketawa macam ini,” katanya.



Tidak lama kemudian, mereka cuba memasang bacaan Al-Quran di radio sebagai ikhtiar.

“Kawan saya minta saya berhenti dan kemudian terus buka pintu dan muntah. Selepas muntah, kawan saya terus kembali normal.


“Jadi, saya nasihatkan semua agar tidak keluar lewat malam sampai pukul dua pagi,” katanya.

Di ruangan komen, ramai pengguna mengakui pernah mengalami perkara yang sama, lebih-lebih lagi jika keluar sehingga lewat malam.

“Sedih sebenarnya. Kalau kawan aku jadi macam ni sebab stres, aku pun percaya sebab aku pun pernah buat benda yang sama. Gelak sorang-sorang sebab terlalu tertekan,” kata Ijo.

“Kami pernah keluar dengan kawan-kawan sampai pukul dua hingga tiga pagi. Tapi, yang ‘kena’ adalah orang yang sedang memandu kereta. Tiba-tiba dia diam sahaja sepanjang perjalanan.

“Kami terpaksa minta dia berhenti bawa kereta sebab dia nampak tak fokus dan hampir melanggar kereta hadapan. Masa tu, kami semua dah mula rasa seram sejuk,” kata seorang pengguna.

“Korang lepak mana malam tadi? Kadang-kadang, ada benda yang ikut sebelum balik,” pesan seorang pengguna lain. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 9-8-2023 10:31 AM
timing ko keluar tu time untuk manusia berehat. kalau berjaga pun utk bangkit sepertiga malam & beribadat.
Quote sufi^_^ 9-8-2023 10:37 AM
bulalof replied at 9-8-2023 02:31 AM
timing ko keluar tu time untuk manusia berehat. kalau berjaga pun utk bangkit sepertiga malam & beri ...

Pukul 2-3 pagi tu matsaleh panggil the witching hour memang waktu hantu setan keluar berjimba.

Tak paham aku jenis budak2 yang tak reti duduk rumah malam2 ni.

Balik rumah pukul 4 pagi, lepas tu tido sampai tengahari.
Quote bulalof 9-8-2023 10:38 AM
sufi^_^ replied at 9-8-2023 10:37 AM
Pukul 2-3 pagi tu matsaleh panggil the witching hour memang waktu hantu setan keluar berjimba.

Ta ...

betul tu. bangkit tido dah tghari.
Quote sufi^_^ 9-8-2023 10:40 AM
Tapikan, pontianak yang polis bantuan tu berjaya rakam tu, tak de pulak bunyi mengilai cam ni. Dia lebih macam bunyi musang atau burung. Yang ni macam dibuat2 je.

BBNU ni tak penat ke jadi attention seeker?
Quote Belibis 9-8-2023 10:51 AM
Pelawok...pelawok...pelawok..[em:3:]
Quote CiliPadiSedap 9-8-2023 10:58 AM
sufi^_^ replied at 9-8-2023 10:40 AM
Tapikan, pontianak yang polis bantuan tu berjaya rakam tu, tak de pulak bunyi mengilai cam ni. Dia l ...

cik pon tu habis battery tinggal 20% jadi terpaksa guna silent mode vibrate mode
Quote sufi^_^ 9-8-2023 11:14 AM
CiliPadiSedap replied at 9-8-2023 02:58 AM
cik pon tu habis battery tinggal 20% jadi terpaksa guna silent mode vibrate mode

hahahaha...tulah, macam battery about to die je bunyi dia.
Quote edayildiz 9-8-2023 11:17 AM
i pun dah xkeluar lepak sejak i kena kacauuu..i lepak kt luar sampai pg ngn kwn..
sekali masa tdo teruk i kena...pastu dh xkeluar dh..dk umah je bila balik kerja..tdo pun awl huhuhu
Quote midori888 9-8-2023 11:27 AM
adik meols kalu balik cuti mmg hobi dia kuar mlm...kita nak ckp lebih2 tak bole, sbb umur dia lagi dekat dgn 30 dari 20...tapi dia kalu dah lewat mcm kul 2 pagi nie, dia tido umah kawan dan balik esok pagi...kita pun tak suka dia ride or drive pagi2 buta sbb masa nie byk drunk drivers...

alasan dia kuar malam, kawan2 ada masa lepak malam jer, siang2 diorg kerja...adik meols punya schedule kerja, sebulan kerja, sebulan cuti...lain dari kawan2 dia yg kerja 9 to 5 on weekdays

Quote bakingsoda 9-8-2023 11:29 AM
aku rasa bukan hasanah ni, kadang2 kalau kita lebih2 buat berani ada yg datang test aku pon penah kena dulu ngan roomates, galak sangat malam2 buta nak share cite hantu sudahnya sorang menjerit nampak lembaga masa tido, habis terbangun semua mencicit lari tumpang bilik sebelah lepas tu siang2 hari pon rasa sheramm bila dlm bilik sorang2 kalau roomates lain tgh kat kelas
Quote cmf_PariS 9-8-2023 01:27 PM
duduk rumah dendiam mlm2.. sebok laa nk keluar2 sgt kan,...
Quote reddots 9-8-2023 01:57 PM
ko muntah kat pohon kemboja ker bodo?
semoga suku sakat genderowo  melekat ikut kau balik, sebab muntah kat halaman rumah dia
Quote Simunggu 9-8-2023 03:39 PM
ini tandanya PN akan kalah teruk hantu pun dah mengilai
Quote syamzana 9-8-2023 04:13 PM
byk betul tenaga bdk2 skrg ni. kerja/bljr siang hari dah penat malam tu rehat2 tgk movie tido ke tak blh ke?
iols dulu kerja blk dah lewat kdg2 smpai pkl 12 baru blk mmg nmpk katil je. ni zaman bujang, dah branak pinak blk kerja pkl 6 pun terbayang2 bantal
Quote Jitu 9-8-2023 04:19 PM
bingitnya rasa mcm nak bg penampo je
Quote noor2 9-8-2023 04:43 PM
Laa..dah ko gelak melampau mmg la muntah...
Quote MissVixen 9-8-2023 05:15 PM
Malam2 duduk rumah. Budak2 ni duduk rumah kecik dan kotor ke sampai tak selera nak lepak rumah sendiri? Hantu tak pe lagi. Kalau kena langgar dengan pemandu mabuk atau yang kena microsleep tak ke haru?
Quote Decaffeinated 9-8-2023 05:38 PM
Dengan geng2 bodoh boleh lah ko prank. Try buat kat aku baru ko tau erti penyesalan. Dan2 aku tendang keluar balik jalan kaki. Kelakar lagi ka tak?
Quote Skuau 9-8-2023 05:51 PM
cuma pelik...awat bangla kt mamak 24 jam..x pernah...KENA????...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.248983 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top