Tugas ibu bapa mendidik dan memantau anak zaman kini semakin mencabar dengan kewujudan teknologi canggih yang menjadi antara faktor penyumbang keruntuhan akhlak. Mungkin realiti ini pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini apabila remaja belasan tahun berani keluar masuk hotel dengan teman lelaki, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang lelaki di laman sosial.
Dalam ciapannya di Twitter, lelaki itu berkongsi pendedahan dibuat seorang individu mengenai 'perangai' sekumpulan pelajar perempuan yang ditemuinya di sebuah sekolah yang tidak segan silu berkongsi pengalaman dengan teman lelaki masing-masing. "Aku ada buat training silat dekat sekolah lama aku. Sementara menunggu budak-budak, aku lepak surau. Kiranya surau ni jadi port aku la. Dari situ aku tahu banyak cerita. "Masa tu ada sekumpulan budak perempuan tingkatan tiga dan empat duduk belakang surau, kiranya dekat dengan tempat wuduk. Diaorang borak pasal 'check-in' hotel dengan boyfriend dan benda lucah. "Diaorang bercerita macam borak benda biasa je. Aku yang lama-lama dekat situ naik malu dan geli. Bila aku keluar, tahu pula diam dan cepat-cepat nak gerak," kongsinya. Individu tersebut turut berkongsi satu kisah yang berlaku tiga tahun lalu ketika dia masih menuntut di tingkatan enam di sebuah sekolah, di mana ada pelajar yang mengambil kesempatan melakukan hubungan intm di tandas ketika aktiviti sukan berlangsung. "Masa tu sekolah ada merentas desa dan semua wajib terlibat. Sudah tentu waktu tu tak ramai dekat dalam sekolah tak ramai budak. Masa itu jugalah ada kes. "Boleh pula ada yang **** dalam tandas. Budak perempuan tingkatan tiga dengan budak lelaki tingkatan lima. Dah tertangkap, bawa jumpa kaunseling sekali dengan ibu bapa. "Diaorang cakap dah lama buat macam tu dan selalunya waktu balik sekolah dalam kelas kosong. Takut ya budak-budak sekarang. Benda macam ni perkara biasa bagi diaorang," kongsinya lagi. Luahan yang dikirim menerusi Direct Message (DM) itu dikongsikan oleh akaun Twitter @ibjela. Menerusi ruangan komen, ternyata perkongsian berkenaan mengundang kebimbangan warga maya terutama golongan ibu bapa. Sumber: mStar
|
Suchi replied at 9-8-2023 09:50 AM
Menda ni dr zaman mak pak depa sekolah lagi berlaku tp time tu takde socmed nk bercerita
midori888 replied at 9-8-2023 10:28 AM
yes, dulu pun ada tapi meols rasa dulu2 takde lah se advance budak2 skrg...maybe sbb majority buda ...
Suchi replied at 9-8-2023 10:35 AM
Tak advance chek in hotel je tp umah ada, ladang sawit ada dan mcm2 lg
Nih kalau nk cite byk ni se ...
Suchi replied at 9-8-2023 09:50 AM
Menda ni dr zaman mak pak depa sekolah lagi berlaku tp time tu takde socmed nk bercerita
ADVERTISEMENT