CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Transgender Minta Bekas Kekasih Pulangkan Testikel

9-8-2023 12:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7541| Komen: 12

Detroit, Michigan – Seorang wanita transgender dari Michigan menuntut agar bekas teman lelakinya mengembalikan testikel miliknya yang dibuang dalam satu pembedahan, selepas organ itu didakwa disimpan di dalam peti sejuk, lapor akhbar New York Post semalam.


Brianna Kingsley, 40, memfailkan afidavit dengan mendakwa bahawa William Wojciechowski, 37, menyimpan buah zakar miliknya itu yang dibuang menerusi pembedahan. Ia dikatakan disimpan di dalam balang dan diletakkan di dalam peti ais bersebelahan telur.

Wojciechowski (kiri) menuduh Kingsley (kanan) mengancam untuk mencederakannya. – Facebook

“Tuntutan pemulangan segera spesimen organ milik saya dengan ganti rugi sebanyak AS$6,500 (RM29,727),” demikian menurut  dakwaan yang difailkan di Mahkamah Daerah Pontiac, minggu lepas.


Sementara itu, Wojciechowski berkata, dia merancang untuk menggunakan dakwaan yang dikemukakan Kingsley sebagai bukti bahawa plaintif selama ini mengganggunya sejak mereka berpisah lapan bulan lalu.

Dia turut menuduh Kingsley mengancam untuk mencederakannya serta pergi ke tempat dia bekerja.

Wojciechowski pada 13 Disember tahun lalu berjaya mendapatkan surat arahan perlindungan peribadi yang dikeluarkan mahkamah.

Ia melarang Kingsley daripada membeli senjata api serta menegah transgender itu daripada berhubung dengan Wojciechowski secara peribadi, pihak ketiga atau media sosial. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 9-8-2023 12:13 AM
Ia dikatakan disimpan di dalam balang dan diletakkan di dalam peti ais bersebelahan telur.



Quote swimswim 9-8-2023 07:53 AM
Yg mana satu wanita transgender nya.. Dua2 mcm bapuk tak siap and i meant this as complements ya by the way gituw
Quote Kurex 9-8-2023 07:56 AM
Dua2 macam bapok
Quote nurkasih74 9-8-2023 07:56 AM
Bertudung dah si kingsley tu sejak potong bebird..
Quote margo20 9-8-2023 08:25 AM
La kalau da kerat tu maknanya dh tak syg kn buat ape nk simpan lg bukan bole function pun
Quote SedihPedih 9-8-2023 08:32 AM
kalau dlm peti sejuk pun bukan lama2 akan busyuk jua? tergamak heols..
Quote jlo 9-8-2023 08:50 AM
aduhhh parah
Quote KamikuP 9-8-2023 09:02 AM
Bole ke sambung dan berfungsi balik bebird tu? ekekekeke
Quote babelina 9-8-2023 10:29 AM
adoiiii.. gelak aku baca.. hahaha
Quote sangbara2020 9-8-2023 12:37 PM
dh jd pompuan kompom la jd sejenis cepat sentap kan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.331142 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top