CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Anak Gadis Keluar Bekerja Tanpa Kebenaran, Bapa Sebat Sampai Cedera

8-8-2023 10:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8709| Komen: 30

Segamat: Seorang wanita luka teruk disebat bapanya dengan rotan di Kampung Melayu Raya, dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata pihaknya menerima laporan mangsa berusia 20 tahun jam 12.16 tengah malam tadi, memaklumkan mengalami luka selepas dipukul dengan rotan kecil.



Katanya, pihaknya segera menjalankan siasatan sebelum menahan bapa mangsa yang berusia 45 tahun di kediamannya jam 2.33 pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 11 pagi semalam ketika bapa mangsa juga penoreh getah dikatakan berada di rumah.

"Ketika kejadian mangsa berada di rumah sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba merotan mangsa lebih 10 sebatan di betis, peha dan siku menggunakan rotan.

"Akibat kejadian itu, mangsa cedera teruk," katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, hari ini.


Ahmad Zamry berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap anak perempuan sulungnya itu selepas mengikut saudara terdekatnya bekerja sebagai jurujual di Sungai Buloh tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dulu.

Beliau berkata, mangsa menerima rawatan di Hospital Daerah Segamat (HDS) berikutan kecederaan serius akibat sebatan bertalu-talu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dicederakan.

"Suspek yang memiliki beberapa rekod jenayah lampau berkaitan curi dan menyamar sebagai penjawat awam direman tiga hari bermula hari ini," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 8-8-2023 10:37 PM
bila baca rekod baru nak menangkan anak.

moga dipermudahkan urusan anak ni.
Quote hareeeesah 8-8-2023 10:39 PM
Elok polis rotan plak bapak tu.. u cant provide enuf for your kids biar la dia nk keluar kerja.. bagus la dia nk kerja. Jgn yg bkn-bkn dh la
Quote asamfish 8-8-2023 11:08 PM
anak tu gi kerja kotttt.....galak sgt nak jadi bapak mithali.....dah terlantar esok, anak tu jugak la yang nko nak mintak suruh jaga makan minum kencing berak
Quote dewimalam78 9-8-2023 07:05 AM
Budak tu pergi dr segamat johor ke  sg buluh tanpa kebenaran ayah.
Ai faham la kerisauan ayah. Pergi mana, kerja apa. Sedara pun bukan boleh percaya bulat.

Ayah dia rotan bukan sb anak dia kerja tp sebab tak bgtau perhi kerja kat mana. Esok kalau anak dia buat kerja tak senonoh, netizan juga yg lahar kenapa mak bapak biarkan anak pergi tak bgtau
Quote green~tea 9-8-2023 07:12 AM
Takpe lah.. bapak dah kena tahan masok lokap pun.. selesa makan minum tpt tinggal ditanggung.. takyah keluar menoreh... boleh bermalasan dalam lokap
Quote lightheaded67 9-8-2023 07:28 AM
entah2 pukul anak tu sbb buat lepas perasaan dia jer.
Quote lightheaded67 9-8-2023 07:32 AM
dewimalam78 replied at 9-8-2023 07:05 AM
Budak tu pergi dr segamat johor ke  sg buluh tanpa kebenaran ayah.
Ai faham la kerisauan ayah. Perg ...

betul sis, tp smpi melarat2 budak tu sakit. cerdik la tu dia report polis, takut kalau di biasa kan nnti, di masa depan, dia jd terbiasa bila hidup dgn suami abuser
Quote Simunggu 9-8-2023 07:34 AM
Edited by Simunggu at 9-8-2023 07:48 AM

Allahuakhbar...anak pg kerja ja pun...lagi pun anak tu sudah 20thn

cuma anak tu buat silap tak berbincang dgn bapa dia pasal nak kerja
Quote dewimalam78 9-8-2023 07:49 AM
lightheaded67 replied at 9-8-2023 07:32 AM
betul sis, tp smpi melarat2 budak tu sakit. cerdik la tu dia report polis, takut kalau di biasa ka ...

Sorry tertekan report. Ai selalu confuse report dgn reply.

Ai rasa ayah dia dh terlebih geram sampai luka belasah anak. Mesti anak jenis degil, tak dengar kata. Hidup miskin, ayah penoreh getah je, payah dapat duit jadi budak tu buat keputusan cari duit sendiri.

Mak atau ayah tak kan belasah anak kaww2 kalau anak tak buat oerangai berulang kali. Tp ai tetap la tak sokong tindakan ayah dia.
Quote BoongaKertas 9-8-2023 07:49 AM
iols mcm ingatkan apaknya kaya lah kan, beria xnak bg anak g keje. kemain nak pukul. aiyo.
Quote jazaa100 9-8-2023 07:57 AM
Aku dari awal baca tetiba paranoid pulak....

Kena siasat detail lagi....bapaknya ada "kacau" anak tak?....mana tau takut rahsia terbongkar.....
Quote lightheaded67 9-8-2023 07:58 AM
dewimalam78 replied at 9-8-2023 07:49 AM
Sorry tertekan report. Ai selalu confuse report dgn reply.

Ai rasa ayah dia dh terlebih geram sam ...

takper siss, agaknya gitulah masuk skali emosi yg terlampau
Quote nurkasih74 9-8-2023 07:59 AM
Berita sikit sgt… ye ke gi sg buloh kerja..
Quote otai_g 9-8-2023 08:13 AM
Owh org da ada rekod jenayah. So what are u expect. Hantar jail je lah
Quote anony-mous 9-8-2023 08:25 AM
Selayaknya? Rekod lampau tu xsure la berkait atau x tp keluar rumah tanpa bgtau pegi ke KV, jd jurujual, jurujual apa?? Mmg patut dirotan

Serius dia tu serius mcm mana? I baca atas tu kata rotan kecik . Hbis2 pon berbirat
Quote KamikuP 9-8-2023 09:04 AM
Bapaknya pon lahai ada kes polis ekekekeke
Quote Suchi 9-8-2023 09:20 AM
Anak dah 20 tahun pun kena rotan lagi
Quote krustykrab 9-8-2023 09:21 AM
Bapak pun rekodnya mcm ada tu ada hati nk rotan anak 20an pi keje nk cari rezeki.. harap hang bakalan tk makan la anak tu.
Polis, sila rotan si bapak tu
Quote esbok 9-8-2023 09:28 AM
macit tunggu plot twist

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054865 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top