Kuala Lumpur: Kehadiran 'Oyen', kucing yang tular 'bersahabat' baik dengan tikus gergasi capybara telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara hingga melebihi 3,000 orang pada hujung minggu.
Naib Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata Oyen yang kini menjadi 'Star of Zoo Negara' mempunyai populariti luar biasa susulan keunikan persahabatannya dengan capybara sejak tiga tahun lalu. "Setiap hari, 95 peratus daripada pengunjung yang datang hanya mahu melihat Oyen. Oyen sangat popular, sebab itu saya panggilnya The Star of Zoo Negara, malah kedatangan pengunjung juga meningkat dua kali ganda terutamanya pada hujung minggu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pemasangan papan tanda rasmi Oyen di hadapan kepungan tikus gergasi capybara di zoo berkenaan hari ini sempena Hari Kucing Sedunia yang disambut pada 8 Ogos setiap tahun. Menurut Rosly papan tanda baharu itu menggantikan papan tanda sebelum ini yang rosak akibat ditendang pengunjung tanpa sengaja.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya berhasrat untuk mencarikan pasangan buat Oyen agar kucing itu mempunyai anak. "Kami sedang berusaha untuk mencari pasangan yang sama jenis dan seusia dengan Oyen. Jadi, jika Oyen sudah tiada, akan ada anaknya nanti di sini untuk tatapan pengunjung," katanya. Rosly berkata pihak zoo juga akan bertindak menjaga kebajikan kucing berkenaan termasuk memberi makanan bernutrisi selain memantau tahap kesihatannya. "Berbanding dahulu, Oyen kini sudah jinak dan boleh didekati. Tujuan kami mahu rapat dengan Oyen supaya jika satu hari nanti Oyen jatuh sakit, mudah untuk kami pegang dan merawatnya," katanya. Persahabatan dua haiwan berlainan spesies itu menjadi tarikan baharu Zoo Negara selepas video memaparkan Oyen yang juga kucing buangan, tidur dan memeluk capybara tular menerusi media sosial. Sumber: Harian Metro |
Kitty_catz replied at 8-8-2023 06:25 PM
bukan dah ada pesaing ke? si tompok?
Kitty_catz: bukan dah ada pesaing ke? si t ...
kotakbaju replied at 8-8-2023 06:55 PM
Uols pon boleh. Sesama kucin kan [em:22:]
ipes2 replied at 8-8-2023 06:29 PM
''si tompok''? sy google tiada yg keluar.
ala tomel Oyen, nanti dapat makanan zoo jadi mokmok
Menurut individu yang dikenali sebagai Masyita itu, terdapat kucing baharu yang menetap di dalam kandang tersebut dan dia menggelarkan ia sebagai Si Tompok kerana berwarna hitam dan putih.
Menerusi video berdurasi selama 24 saat itu, kelihatan Si Tompok sedang di tepi tangga seolah-olah sedang berehat.
Dalam masa yang sama, Oyen dilihat sedang duduk di tepi memerhatikan Si Tompok. Agak-agaknya apa yang diperkatan oleh Oyen di dalam hati?
Kitty_catz replied at 8-8-2023 06:58 PM
ada la momod... acer gugle pesaing oyen zoo
https://lobakmerah.com/oyen-zoo-negara-ada-saingan-kal ...
fefeeling replied at 8-8-2023 07:03 PM
2 tahun lepas aku pegi nampak oyen ni melepak atas tembok kandang seladang.. panjang umur dia ye
ipes2 replied at 8-8-2023 07:05 PM
oh aha ada rupa nya
terima kasih
muka dia moyok je, ngantuk agak nya
fefeeling replied at 8-8-2023 07:03 PM
2 tahun lepas aku pegi nampak oyen ni melepak atas tembok kandang seladang.. panjang umur dia ye
ipes2 replied at 8-8-2023 06:29 PM
''si tompok''? sy google tiada yg keluar.
ala tomel Oyen, nanti dapat makanan zoo jadi mokmok
ipes2 replied at 8-8-2023 07:06 PM
ooo dah lama lah ye kuceng kuning tu
i see...
Kitty_catz replied at 8-8-2023 07:09 PM
meols pun ingat nak pi zoo semata2 nengok oyen... tapi kat umah meols pun dah ada sekor oyen... so ...
fefeeling replied at 8-8-2023 07:12 PM
Lama la tu 2021 masa kobid start reda aku gi zoo tu.. ada gamba dia atas tembok hijau kandang sela ...
Kitty_catz replied at 8-8-2023 07:08 PM
OT laaaa... siang malam jaga capybara
momod apatawwww
fefeeling replied at 8-8-2023 07:14 PM
Sama la aku pun ada sekor kt umah, mmg btoi la mana2 kucing jenis oyen ni mmg aneh2 sket perangai ...
ipes2 replied at 8-8-2023 07:16 PM
kalau begitu tentu dia dah consider dan tanda that area tu territory dia
kuceng selalu begini, ie ...
ipes2 replied at 8-8-2023 07:17 PM
oh ye, lupa ha ha
sebab anak2 capybara bulat2 tu tentu malam2 gi sana sini
jenuh oyen tu nak kerah ...
ADVERTISEMENT