CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri Rumah Rosakkan 'Handphone', Cederakan Pelajar Didenda RM2,000

8-8-2023 02:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2733| Komen: 17

Kajang: Seorang suri rumah didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, bagi setiap tuduhan iaitu merosakkan telefon bimbit dan mencederakan pelajar kolej swasta, yang kejadian itu tular di media sosial baru-baru ini.


Majistret, Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz, memutuskan hukuman berkenaan selepas Chew Soo Li, 51, mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda terbabit.


Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit jenis Iphone X milik Jocelyn Foo Qai Yen, 20, menyebabkan kerugian RM25 dan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas mangsa.

Kesalahan dilakukan di tepi jalan Sungai Long dan sebuah kedai serbaneka di Jalan SL 1/2 masing-masing di Bandar Sungai Long, di sini, jam 2 petang, 3 Ogos lalu.

Bagi kesalahan khianat, pendakwaan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Tuduhan kerana mendatangkan mencederakan pula di bawah Seksyen 323 KK yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, peguam bela tertuduh, S Priyalatha, memohon anak guam dikenakan denda minimum dan munasabah bagi kedua-dua tuduhan terbabit.

"Suami anak guam yang berusia 54 tahun tidak bekerja atas faktor kesihatan dan usia, selain ada kolestrol yang tinggi dan bergantung kepada ubat. Tertuduh bergantung kepada duit simpanan suami untuk menyara hidup.

"Anak guam ada empat anak berusia 21, 16, 12 dan lapan tahun dengan kesemua mereka masih belajar. Pengalaman tertuduh direman sebelum ini menjadi pengajaran kepadanya, selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan terbabit," katanya.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim, memohon hukuman sewajarnya sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan itu.

"Mohon mahkamah juga mengambil kira faktor kecederaan dan kerugian dialami mangsa serta kekerapan kes sama yang berlaku," katanya.

Dalam video pertama yang tular, tertuduh kelihatan berada dalam kereta dan didakwa mencampak wang ke atas jalan selepas tidak puas hati kerana tayar keretanya dikunci dan disaman penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang.

Dalam video kedua, Soo Li, dilihat menghampiri dua pelajar kolej dengan seorang daripadanya sedang memegang telefon bimbit dan kelihatan seperti sedang membuat rakaman suara bersama rakannya.

Tertuduh kemudian mahu meminjam telefon bimbit berkenaan tetapi pelajar wanita itu memaklumkan sedang menggunakan gajet rakannya untuk membuat tugasan.

Soo Li kemudian merampas telefon bimbit itu dan mencampaknya ke atas jalan raya sebelum tertuduh dikatakan memukul mangsa menggunakan buku.


Sumber: BH Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 8-8-2023 02:29 PM
Kerugian Iphone tu rm25 je ke. Btw rm2000 denda tu dpt kpd pelajar yg dicederakan or dpt kn govt
Quote sara_thrash 8-8-2023 02:32 PM
bagi aku perempuan tu gile. sesuka hati je rampas telefon orang & campak. bila dah kena tangkap mula la bagi macam-macam alasan bodoh.
Quote nisako 8-8-2023 02:41 PM
patut denda byk lagi....
Quote she 8-8-2023 03:16 PM
Alaa kenapa cakap 25 hengget je
Bagitau je lah fon mati terus
Kurang2 dapat fon baru

Gitewww macik ngajor yang bebukan

25 hengget tu mesti tempered glass retak
Quote CiliPadiSedap 8-8-2023 03:20 PM
sambaldurian replied at 8-8-2023 02:29 PM
Kerugian Iphone tu rm25 je ke. Btw rm2000 denda tu dpt kpd pelajar yg dicederakan or dpt kn govt

govlah. kalau dapat pelajar tu saman sivil contoh saman among politician. A saman B, B saman C , C saman A. so  court akan meriah dengan kehadiran yb2 saman sivil ni lah dpt duit. tp tengok juga orang di saman tu berduit atau tidak. kalau xberduit nak saman pun xguna juga
Quote CiliPadiSedap 8-8-2023 03:25 PM
she replied at 8-8-2023 03:16 PM
Alaa kenapa cakap 25 hengget je
Bagitau je lah fon mati terus
Kurang2 dapat fon baru

tulah kalau iphone cm iphone dino kalau jatuh je terus crash candy crash dengar cerita dino dh iklan kan iphone max 14 pro sbb nak iphone 15 pro ada usb type c, body dibuat dari titanium dan latest chip set. kaka xsabar nak beli xiaomi


xpasti kenapa kaka benci iphone kecuali ipad. ipad untuk trading mesra sangat. ada banyak function. kalau untuk smartphone, xde apa pun sama je dengan realme, oppo. cuma iphone mmg champion bab video camera. kalau banding smartphone lain, gmbr iphone nampak semua orang ambil wudhuk air sembahyang. muka semua penuh cahaya keimanan dan nampak natural. kalau handphone android muka nampak kusam sedikit

jap lag ada lah budak sondol suami orang nak flex dia pakai iphone. walhal iphone made in china lepas tu batteri charge full, 10 minit guna dah tinggal 30%. os pun android ada hati ckp pakai ios. pfft. bila nak thumbprint security phone tu, iphone china cakap tangan gemuk mohon diet and senam ibu jari
Quote she 8-8-2023 03:32 PM
CiliPadiSedap replied at 8-8-2023 03:25 PM
tulah kalau iphone cm iphone dino kalau jatuh je terus crash candy crash dengar cerita dino d ...

Jujurnya

Macik beli iphone sebab suka dengan app Find My Iphone
Segala device anak2
Macbook ipad airtag airpod iwatch
Semua boleh trace
Dan tak risau nengok anak2 kat kampus

Sebab tu dulu ada orang curi iphone anak kat RnR
Anak call minta trace
Naseb dapat balik lepas macik tekan bunyi alarm kat fon anak

Gitewww
Ada pro and kontra
Terpulang lerrr suka yang mana
Quote rospinki 8-8-2023 03:38 PM
kesian wanita itu mesti dia stress dahla kena jaga laki
aku saspek dia ni rajin main porem loyat tapi hakikat hidup pun stress ngadap laki tak berupaya terpaksa hiburkan diri main socmed 24 jam ahahaha..mcm fiska
Quote zehra2 8-8-2023 04:11 PM
amboii smlm kemain garang nya..
Quote Skuau 8-8-2023 04:19 PM
CiliPadiSedap replied at 8-8-2023 03:20 PM
govlah. kalau dapat pelajar tu saman sivil contoh saman among politician. A saman B, B saman C , C ...

gomen dpt????Demokrasi terpimpin 3Abdul ke apa ni???...
Quote Madel 8-8-2023 04:42 PM
Dah tu siapa yg bayar gntirugi kat student tu.
tak kan kerosakan iphone tu rm25 aje?
denda rm2k tu pun mahkamah yg amik kot.
Entah apa2 je undang2 Msia ni
Dah la ahso ni menganggu penjawat awam melakukan tugas.
Quote shernazz 8-8-2023 04:58 PM
Alahai member Aku neh
Bagi je denda banyak lagi nik...
Bior Padan muka dia..
Quote sambaldurian 8-8-2023 06:15 PM
Tp nmpak mcm ahso tu mcm 'tampar sikit' student dlm restoran depan polis. Should be kena ganti rugi 'malu' ke bg student tu sikit. Patut rm100 sbb tampar2 manja je. Boleh la rm100 tu lepas beli steambot
Quote likilu 8-8-2023 08:01 PM
Korang pernah ke kena clamp kereta

Kena bayar cash tau. Kalau time time tu duit surut atau memang xde duit fuhh dia punya stress mmg xleh bwk bincang. Rm50 je punnnn.


Wajar ke hukuman gitu sekali berlaku senang senang atas rakyat. Motor parking merata takde pulak ko nak clamp. Kenapa tahu simpati? Kete boleh?

Kejam.
Quote KamikuP 9-8-2023 02:25 PM
Knp dia marah student tu?>
Quote Burong_Hantuk 9-8-2023 03:35 PM
dia nih mcm saiko..ada mental issue

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.138767 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top