Denpasar: Pihak berkuasa pulau peranginan Bali, Indonesia berkata, ia menghantar pulang 198 pelawat dari Januari-Julai berbanding seramai 188 orang pada 2022 kerana melanggar peraturan imigresen, lapor Sputnik.
Pegawai itu berkata antara kesalahan imigresen yang paling kerap dilakukan ialah tinggal melebihi tempoh had visa, selain menyalahgunakan visa untuk tujuan yang tidak sesuai, termasuk bekerja secara haram. "Semakin ramai yang melanggar peraturan. Kita juga mendapati jumlah warga asing yang tiba tahun lepas kurang daripada dua juta. Sehingga Julai (2023), jumlah itu mencapai 2.6 juta. "Angka ini agak membimbangkan kerana semakin ramai yang datang, potensi pelanggaran juga tinggi," kata ketua Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Bali, Anggiat Napitupulu.
Kata pegawai itu, lebih banyak pengusiran dijangka dari pulau itu tahun ini kerana peningkatan jumlah pelancong asing, lapor Agensi Berita Antara. Rakyat Rusia, Amerika Syarikat, United Kingdom mendahului senarai orang yang dihantar pulang. Sumber: Harian Metro |
shernazz replied at 8-8-2023 05:03 PM
Yang kat klcc tu indons ke sabahan EK yang buat snap2 pic menara PETRONAS tu?
anony-mous replied at 8-8-2023 05:21 PM
Dlm benaang sblm ni i baca diaorang kata indon. Xnk plak penguatkuasa menyamar jd pelancong n tgka ...
ADVERTISEMENT