Rakaman video ruang kediaman di China dengan satu tingkap sekecil sebesar tapak tangan mendapat perhatian ramai. Bilik loteng seluas lapan meter persegi dengan tingkap kecil di Kawasan Baru Pudong Shanghai itu disewakan pada harga kira-kira RM634 (1,000 yuan).
Menurut Ding, bilik loteng itu terletak di sebuah hartanah dua tingkat yang dibahagikan kepada enam bilik. Dia turut berkongsi pemandangan bilik lain di flat sama yang juga mempunyai tingkap 'nano', sambil menambah bahawa satu bilik telah pun disewa pada 31 Julai. Pun begitu, tingkap tersebut boleh ditutup atau dibuka mengikut keselesaan penghuninya. "Tuan rumah tahu kami perlu bekerja sepanjang hari dan oleh itu tidak memerlukan bilik dengan pencahayaan yang baik. "Jangan buang topeng muka kerana boleh gunakan sebagai tirai," sindir warga maya.
Terdahulu, salah satu penyelidik hartanah bebas terbesar di negara itu, Akademi Indeks China menyatakan purata harga hartanah kediaman di Shanghai telah menurun dengan ketara dalam tempoh dua tahun lalu. Walaubagaimanapun, harga purata semasa untuk hartanah kediaman baharu dan jualan semula masih mengatasi purata gaji bulanan bandar. - CARI Sumber: mStar/SCMP.com
|
ADVERTISEMENT